Dia bos, 4 tahun x pernah tinggal dgn bini, bos ngaku duda dpn aku, plik bila alasan dia bg x msuk akal

Assalamualaikum para pembaca semua.. Saya merupakan seorang yang tidak gemar berkongsi apa pun cerita sedih dari sisi hidup saya kepada siapa pun. Saya lebih gemar, bersendirian jika menghadapi situasi begitu. Tetapi saya seorang yang periang dan suka bercakap. Bila saya diam, ahli keluarga/rakan sejawat akan tahu saya sedang memendam sesuatu.

Tiada siapa yang berani/akan bertanya. Semua pasti akan dapat jawapan yang sama. Tiada apa-apa. Tapi kali ni saya decide untuk berkongsi disini. Hampir 7bulan saya pendam. 3kali depression. Berkurung dalam bilik seharian. Hanya keluar untuk kerja, mandi, dna melakukan perkara yang wajib. Selebihnya saya akan berkurung dalam bilik. Tidak makan.

Cerita yang saya hendak kongsikan ini berkenaan percintaan. Bagi yang mengenali diri saya, saya seorang wanita yang tidak suka dengan percintaan. Bagi saya ia membuang masa. Sepanjang 25tahun, hanya dua kali saya betul-betul jatuh cinta.

Ini kali kedua. Selepas kecewa bercinta 4tahun yang lalu, saya berjumpa dengan seorang lelaki di tempat kerja baru saya. Pada awalnya, hanya bergaul atas urusan kerja. Selepas itu bertukar nombor telefon dan sebagainya. Beberapa bulan kenal, saya sangat selesa dengan dia begitu juga dia. Tapi sayang seribu kali sayang, dia tidak beri respon bila sy bertanya adakah dia sudah berkahwin atau belum.

Jika dilihat secara jauh/luaran, dia seperti orang bujang. Saya mengetahui tentang status dia sebagai suami dan bapa dari rakan sekerja. Dia tidak pernah memberitahu saya. Bila ditanya, jawapan dia ‘Awak mesti akan tahu jugak dari budak budak tempat kerja’. Hmmmm

Selepas banyak kali saya mengajukan soalan tentang status dia, baru dia jawab. Tetapi jawapan yang saya terima tidak seperti yang saya dengar dari rakan sekerja. Dia cakap dia duda pada awalnya. Pulak dahhhh. Respond saya pada ketika itu ‘oh okay’.

Saya keliru. Dia cakap dia duda, tapi rakan-rakan sekerja beritahu dia masih suami orang. Saya masih lagi meneruskan hubungan kami seperti biasa, sebab saya inginkan jawapan yang sebenar dari dia. Walaupun sudah semakin jangggal. Bodohnyaaa masa tu.

Saya masih tidak berputus asa mencari jawapan. Kami selalu bertengkar. Dia akan minta maaf dan cakap dia belum bersedia menceritakan semuanya. Tetapi, dia masih inginkan saya. Arghhhh. Jujurnya, saya sayangkan dia. Selepas itu, banyak cerita buruk yang saya dengar tentang dia. Saya dengar dan pendam. Bila jumpa dia, saya akan cerita semula dan minta penjelasan. Oh ya, sekarang dia bertugas di KL tetapi masih dibawah syarikat yang sama. Dia akan cakap orang dengki dengan dia. Tak boleh tengok dia senang.

Akhirnya dia mengaku dia masih suami orang tetapi tidak tinggal sebumbung hampir 4tahun. Seriously 4tahun???? Boleh percaya ke? Dia akan balik tiap minggu untuk ke rumah Mak Abah nya, bawa anak-anak sekali tanpa si isteri. Lalu saya bertanya, untuk apa masih meneruskan hubungan suami isteri ini kalau tidak sebumbung dan tidak ada sefahaman lagi? Anak-anak masih kecil jawabnya. Menurut saya jawapan tersebut sangat klise. Jujurnya sepanjang 6bulan bersama ada sisi baik dia yang saya nampak plus dia tak pernah ambil kesempatan atas diri saya.

Kami berbincang, menurut saya dia seorang suami yang dayus. Sanggup menggantung isteri tidak bertali bertahun tahun. Sedangkan si isteri mungkin ada impian dan cita-cita, paling tidak pun izinkan lah si isteri mencari kebahagiaan kerana saya yakin wanita mana yang bahagia jika dilakukan sedemikian. Dan bagi saya si isteri bodoh kerana tahu hubungan seperti telur dihujung tanduk tetapi masih tidak bekerja.

Tapi jauh disudut hati, saya faham kenapa si isteri berbuat demikian. Si dia memilih si isteri untuk menjadi suri rumah supaya anak anak tidak terabai dengan kesibukan dia berkerja mencari rezeki untuk mereka. Saya bersama si dia disaat mereka sudahpun bermasalah dalam perkahwinan. Jujurnya, saya selalu memberi nasihat supaya dia membawa balik si isteri ke rumah yang sudah 4tahun dia beli tetapi masih belum dihuni.

Rumah tu cantik, cuma perabot belum lengkap. Oh ya, mereka tidak sebumbung dan si isteri kembali ke rumah ibunya bersama anak anak. Menurut saya , hubungan mereka boleh bertambah baik, jika mereka duduk sebumbung dan berbincang bersama tanpa ada campur tangan ahli keluarga yang lain.

Tetapi, jawapan si dia menghampakan. Dia cakap, mereka tidak boleh duduk sebumbung sebab dia akan panas dengan sikap si isteri yang tidak mendengar kata. Menurutnya, si isteri gemar mendengar kata-kata ibu dan adik beradiknya. Lagi lagi kerja si dia memerlukan dia travel ke 2 negeri. Dan tidak mungkin dia akan membawa anak anak dan isteri.

Oleh sebab itu, dia hanya berjumpa anak anak hanya setiap hujung minggu. Si isteri tidak memahami kerja yang dia galas (menurut si dia). Dia bekerja keras untuk keluarga. Dan nafkah dia tidak pernah lupa. (saya sangat memahami pekerjaan dia kerana kami bekerja di bawah satu syatikat yang sama).

Department dia dan saya bekerja kadang-kadang balik hingga jam 1pagi dan perlu masuk kerja semula pada jam 5pagi. Walaupun dia berpangkat tinggi dalam department itu, dia tetap menjalankan tanggungjawab yang menurut saya, tidak semua ketua department akan buat begitu.

Dia dan si isteri tidak mungkin dapat hidup bersama lagi. Cuma akan bertahan demi anak-anak dan masa yang akan menentukannya. Saya cuba untuk tidak mengasaknya dengan banyak soalan, walaupun banyak yang saya ingin korek. Saya selalu cakap, saya taknak jadi perampas. Dia akan cakap, saya bukan seorang perampas. Dia selesa bersama saya, dia suka dengar saya memberi nasihat, dia ingin kan saya terus ada dengannya.

Tapi, sampai bila? Sampai bila nak teruskan hubungan ini tanpa pernikahan? Tiap kali diajukan, dia akan cakap belum masanya. Tapi dia berniat memperisterikan saya. Cuma dia takut keluarga saya tak boleh terima. Ibu ayah saya juga sudah mula bertanya jika saya sudah punya pilihan hati atau belum. Saya jadi tidak selesa untuk berkongsi dengan mereka. Sudah ada, tapi complicated.

Sampai satu masa saya berfikir untuk berjumpa si isteri dan mendengar cerita bagi pihak sebelah sana pulak. Selepas itu dengan yakinnya saya akan membuat keputusan. Sebab selama ini saya hanya mendengar cerita sebelah pihak sahaja. Bagi saya, si isteri seorang wanita dan ibu yang kuat. Walaupun saya tidak mengetahui kesahihan hubungan mereka suami isteri.

Jujur, saya buntu. Saya sayangkan dia pada masa yang sama saya kasihan isteri dan anak-anaknya. Bahagianya saya waktu bersama dia, hanya Allah swt sahaja yang tahu. Saya selalu berdoa supaya dipermudahkan urursan dia dan keluarga serta urusannya dengan saya.

Apa yang patut saya lakukan? Tinggalkan dia? Jumpa si isteri untuk dapatkan jawapan? Atau apa? Jadi isteri no 2? Haihhhlaaa tak pernah terfikir.

Tapi apa yang saya perasan, si dia tidak gemarkan perbincangan yang panjang. Contohnya : Jika dia larang jangan buat sesuatu perkara yang dia tidak suka, dia cuma cakap sekali sahaja. Jika kau buat, kau degil. Dan dia tidak akan mengulanginya (larangan). Apa yang saya boleh katakan, mungkin si isteri selalu melawan apa yang diperintahkan suami. Sebab menurut dia dahulu, si isteri lebih suka mendengar kata ibu dan adik beradiknya. Wallahua’lam.

Pesan saya, suami isteri perlu ada komunikasi yang baik dalam hubungan. Saling memahami dan bertolak ansur. Jika ada keraguan terhadap pasangan, cuba untuk berbincang. Cuba perbaiki apa yang perlu.

Saya masih meneruskan hubungan ini. Tidak pasti sampai bila. Saat confession ini saya tulis, kami sedang bergaduh. Bergaduh sebab dia tidak suka saya selalu suruh dia bawa balik isteri dan anak anak supaya sebumbung.

Sebab menurut dia, saya buat-buat tidak memahami cerita dia walaupun dia sudah ulang banyak kali hahaha. Saya faham, saya cuma try je kot jot dia yang ego tinggi ke. Sayang isteri, tapi ego. Manalah tahu kan. Saya berharap masing-masing menemui bahagia yang di cari.

Lain manusia, lain ragam, lain cerita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *