Laki aku dlu kerani miskin, lps kawen jnji nk berubah, x sangka laki aku tgh sedap nikmati sgalanya

Assalamualaikum semua. Terlebih dahulu terima kasih sebab sudi membaca luahan hati aku yang dah hampir 5 tahun aku simpan. Aku ingin berkongsi perasaan aku, tiada niat untuk aku menjatuhkan aib sesiapa. Aku telah berkahwin 5 tahun yang lalu dengan suami aku yang aku kenali hanya 2 bulan, pertemuan yang singkat dan kami percaya bercinta selepas nikah tu yang lebih baik.

Aku menerima suami aku seadanya dia, walaupun pekerjaan dan pendapatan dia lebih rendah dari aku. Suami aku menyakinkan aku yang dia akan lebih berusaha setelah berkahwin. Aku seorang yang berkerjaya alhamdulilah, tiada niat riak dan suami aku hanya la kerani biasa, namun hal ini keluarga aku tidak pernah mengetahui.

Suami aku tidak punya apa2, walaupun sebiji motor. Aku tak kisah sebab pada aku, apa yang aku ada, aku boleh kongsi. Suami aku seorang yang baik, rajin membuat kerja rumah dan aku boleh harapkan menjaga anak bila aku keluar daerah.

Permulaan perkahwinan kami agak sedih yang mana suami aku tidak dapat menyediakan duit hantaran, aku tidak dapat membantu kerana duit aku, aku guna untuk kegunaan perkahwinan kami di kampung aku. Pada masa itu, tarikh perkahwinan hanya tinggal seminggu sahaja lagi. Pada masa tersebut juga, pejabat aku terpaksa ditutup, dugaan kami. Aku gunakan duit yang mana ada untuk perkahwinan kami. Ibubapa aku tidak membantu mengeluarkan apa-apa belanja kahwin.

Kakak suami aku mencadangkan suami aku supaya berterus – terang dengan ayah aku yang duit hantaran iaitu merangkap mas kawin tak dapat disediakan. Adik beradik suami aku tidak dapat membantu, aku tak tahu kenapa. Akhirnya, ayah suami aku mengeluarkan simpanan beliau untuk membantu suami aku.

Perkara ini tiada siapa tahu. Tu tak termasuk lagi cincin kahwin kami hanya tiruan sahaja sebab kami tak mampu, barang2 hantaran kawin semua yang murah2 yang pada masa tu kami hanya beli di GM Plaza. Boleh korang bayangkan kan? Tapi aku redha sebab aku percaya lepas kawin akan ada rezeki.

Alhamdulilah rezeki kami, lepas kawin aku dapat kerja baru yang mana gaji juga alhamdulilah ok. Masalah lagi apabila lepas kawin kami tiada rumah.

Ayah mertua aku offer untuk kami tinggal sama2, aku tak nak sebab kat rumah tu dah ramai. Aku dan suami aku menyewa bilik sehingga la 2 bulan. Kami berjaya menyewa rumah setelah menyewa bilik. Kisah ini tiada siapa yang tahu. Hanya kami yang tahu dan telan sendiri.

Setahun kemudian, aku mengandung dan anak kami pun lahir. Semasa awal kelahiran anak kami, hidup kami ada sedikit peningkatan, cuma tidak lah semewah mana. Aku terus berusaha untuk majukan ekonomi keluarga kecil kami dan alhamdulilah akhirnya aku membuka perniagaan aku sendiri. Suami aku menyokong penuh kerjaya aku.

Kami berjaya memiliki kereta sendiri. Aku tak pernah harapkan kemewahan dari suami aku, aku cuma harapkan kesedaran untuk suami aku sama2 naikkan ekonomi keluarga kecil kami untuk lebih baik.

Kini anak aku dah berusia 4 tahun yang mana aku berjaya masukkan anak aku ke sekolah international. Kehidupan keluarga juga banyak berubah, kami dapat tinggal di rumah yang lebih baik. Suami aku bagitau aku lepas anak dah sekolah, dia akan lebih usaha. Suami aku tak punyai kelulusan tinggi, jadi mustahil untuk dia peroleh kerja yang lebih baik.

Dia nak bawa grab, daftar grab. Aku sokong. Aku belikan kereta lain untuk lebih mudah. Dia hanya daftar sahaja untuk bawa grab, tapi dia tak nak buat. Aku tak tahu kenapa. Aku diam lagi sebab aku juga sibuk. Perniagaan aku alhamdulilah boleh dikatakan maju. Aku kongsi apa yang aku ada dengan suami aku. Kadang2 aku terlepas mengungkit bila aku tidak tahan dgn perangai suami aku yang macam tak nak berubah.

Sepanjang kawin, aku boleh kira berapa kali dia bagi aku nafkah, tapi aku tak kisah. Aku beli apa yang aku nak dgn duit aku sendiri. Aku tak kisah lagi. Dalam masa yang sama, suami aku disahkan ada knser.

Aku hantar dia dapatkan rawatan di hospital swasta, dia juga ada keluar kan kwsp dia sebagai cover2 belanja untuk rawatan kanser dia. Setahun dia menjalani rawatan, akhirnya dia sembuh. Setelah sembuh, dia janji lagi nak bantu aku. Tapi janji tinggal janji. Aku hanya melihat.

Aku penat sangat sebab aku risau Sekiranya aku tidak lagi mampu. Macam mana anak aku? Aku tak nak anak aku susah sebab aku dah lalui kesusahan sejal dari kecil lagi. Aku cuba berbincang, end up perbincangan kami, suami aku akan salah faham, dia akan cakap aku tak ikhlas mengungkit. Aku jadi sakit hati, setiap kesusahan yang aku lalui aku tak pernah kongsi dengan sape2.

Di depan ibu bapa aku, aku pamerkan suami aku penuh kebaikan. Aku akan bagi duit kat suami aku untuk suami aku bagi kat ibu bapa aku. Aku tak nak suami aku di lihat tak berguna. Untuk pengetahuan adik2 aku dan suami adik2 aku semuanya berpelajaran tinggi dan berkerjaya.

Hanya suami aku yang paling rendah pelajaran dan pekerjaan jika dibandingkan. Aku redha. Suami aku tak pernah tanya masalah aku, kesusahan aku untuk pertahankan perniagaan aku sedangkan aku setiap bulan sentiasa risau sekiranya aku tidak mampu untuk selesaikan apa2 bil. Gaji suami aku hanya digunakan untuk benda2 kecil seperti bayar medical dia dan anak aku. Sedangkan aku sendiri pun tak punyai medical kad, aku tak kisah diri aku tapi aku kisah keperluan suami dan anak aku.

Aku nak yang terbaik untuk mereka. Aku simpan semua dalam hati kecil aku. Kadang2 aku rasa lebih baik aku bawa haluan sendiri, tapi aku tak nak anak aku terabai, sebab anak aku tak boleh kalau suami aku takde. Aku tertekan dengan keadaan kehidupan aku.

Aku tak bahagia, cuma aku selalu pastikan suami dan anak aku dapat yang terbaik. Hati kecil aku selalu memberontak. Aku nak aku dan suami sama2 naikkan lagi kehidupan kami untuk anak kami. Aku tak minta kemewahan cuma aku nak suami aku berubah. Suami aku tak pernah fahami aku. Apa aku nak. Aku jadi sakit dalam diam. Pergaduhan kerap terjadi. Sampai satu tahap aku rasa aku hanya ada suami sekadar nama sahaja tapi tiada tiada fungsi.

Aku hanya berkongsi di sini untuk aku hilangkan tekanan dalam diri aku… Sekian.

– Jenny

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *