Diganggu mertua, lps beranak, dia jeling je kt aku,risau mungkin rahsia trbocor apa yg dia buat kt aku

Salam ..Semoga kisah ni dijadikan tauladan. Aku kahwin baru je 2 tahun lebih. Anak sorang. Lepas kahwin suami aku ajak duduk dgn family dia dgn alasan kesian dkt mak dia. Mula2 aku tak faham dan aku tak nak pun. Aku nk hidup berdikari. Aku dah ajak dia cari rumah dr spnjg tempoh bertunang tp dia taknak. Sampai aku dah malas nak ckp. Bermula la kisah sedih hidup aku..

Seminggu lepas kahwin, pak mertua aku mula tunjuk perangai dia yg suka maki hamun anak bini, menantu. Nak kena ikut semua ckp dia. Jangan bantah. Kalau bantah dia maki hamun semua org. Aku bukan jenis hidup dgn keluarga mcm ni , keluarga aku bukan jenis maki hamun anak bini.

Semua pergerakkan aku salah. Makan dulu sb nk kerja salah, kemas rumah salah, bangun lewat sikit sb letih kerja salah, duduk berdua dlm bilik lepas siap buat kerja pun salah. Takde privasi langsung. Baru duduk kejap dlm bilik, dia dah membebel.

Tanya buat apa dlm bilik lah apa lah. Tepuk dahi aku . Mcm kami ni tak sah je dia buat. Allahuakhbar. Aku mmg stress dkt situ. Sampai tak boleh bendung. Suami aku pulak mcm tunggul kayu, ikut je ckp pak mertua aku tu.

Lepas tu aku mengandung . Ibu mengandung perangai mmg la mcm2. Lagi maha dasyat aku kena. Aku ambil point mabuk so aku nak balik kg aku. Rumah mak abah aku sb aku taktahan. Sebulan aku balik aku tak contact langsung diorang. Habis je cuti aku kena balik rumah tu balik. Allah Allah Allah! Ngeri betul rasa nak duduk rumah yg buat apa pun salah ni. Mcm hamba abdi aku kat situ. Jgn la salah sikit. Aku masuk bilik adik ipar sb nak iron baju pun kena maki.

So aku beli je iron sendiri aku tak pakai iron diorang dah. Paling aku rasa tahap gila mencari slh org pak mertua aku ni, sampai berak pun tak boleh kt toilet dia. Rumah teres, toilet tu je lah. Di cabutnya penutup toilet bowl tu. Tepuk dahi aku .

Aku tgh berak pun dia maki hamun ckp bodoh ke guna toilet dia. Entah lah. Masa mengandung tu aku ajak suami aku pindah. Aman sikit duduk rumah sewa. Suami aku taknak. Mcm2 alasan dia bg. Aku paksa jgk.

Suami aku buat syarat kalau nak pindah jgk aku kena bayar sewa rumah tu separuh. Aku ckp ok la takpe. Sepanjang kahwin dan tumpang situ aku selalu pesan, bg parents dia duit belanja. Kita tumpang sini makan minum sini. Tp suami aku kata takpayah. Bayar bil api air je. Bil api air total bulan2 3ratus hingga 4ratus. Kau jgn tanya kata aku tipu. Aircond nonstop kat bilik pak mertua siang malam.

Aku pulak bg duit kat mak abah kat kampung. pak mertua aku dpt tahu, dia marah suami aku ckp aku takpatut bg mak abah aku. Aku patut bg diorang sb aku makan minum sini. Lagi sekali, entahlah. Duit aku. Apa masalahnya. Spnjg aku kerja suami aku mmg takde bg aku nafkah bulan2 pun. Semua aku pakai duit sendiri. Tp diorang taktahu. Aku mmg tak bg duit kt diorang sb aku nk tlg family aku dulu.

Sampai hari aku beranak pun, dia tak dtg melawat. Keluar hospital pun kena jeling bila balik. Aku rasa dia bengang kot sb aku tak mati. Hahahaha. Dlm pantang lg dasyat aku kena. Family sendiri dtg melawat pun dia marah. Maki hamun aku kata setakat beranak je bukan sakit nak mati pun tak boleh buat kerja rumah.

Aku beranak, anak aku besar, aku tumpah drah . Aku mmg pening lg masa tu. Boleh dia ckp bukan sakit nak mati. Hahahaha. Satu hari dia maki aku sb tak cuci toilet masa dlm pantang. Aku bengang aku ckp kalau mcm ni la layan aku, aku nak balik rumah mak bapak aku je. Buruk2 pun aku anak takpernah kena maki. Mak mertua aku marah. Dia ungkit mcm2. Kata aku tak hormat suami.

Mmg aku tak hormat kalau keputusan semua kena ikut pak mertua aku. Aku langsung tak wujud dlm rumah tu.Mak mertua aku tambah lagi, aku kahwin dgn anak dia cuma menyusahkan anak dia bukan menyenangkan. Hahahaha. Aku sedih, aku stress sgt. Dlm pantang pun kena layan mcm tu. Siap ckp aku bukan menantu pilihan. Masa tu aku diam je malas nak lawan. Belum lg bila aku pegang anak aku pak mertua aku marah, ckp buat apa dipegang budak tu.

Org zaman dulu takde sibuk pegang anak pun. Kali ni aku taktahu laAku taktahu la nak tepuk apa. Tepuk lantai sb nak ketawa je lah. Punya la dia nak halang dr anak aku rapat dgn aku. Allahuakhbar. Apa jenis manusia ni. Suami aku? Diam seribu bahasa.

Biar je bini kena maki hamun. pak mertua aku siap tak bg aku balik rumah mak bapak aku dgn alasan aku org kampung, hospital jauh kalau apa2 jd kat anak aku. Aku taknak, aku nak balik. Dah sebulan kena seksa baru dpt balik. Dlm pantang 20hari kena mop lantai, basuh toilet dan mcm2 lah.

Tp lepas pantang pun suami aku mcm tu jgk. Nak duduk situ. Tp kali ni diorang cas semua kos ktrg menumpang. 500 utk sewa. 300 utk mengasuh anak aku. Aku takde pun suruh diorang jaga. Diorang yg nak sendiri. 800 tu satu sen pun aku tak tlg byr.

Pandai2 la suami aku nak settle. Sb aku bayar duit kutu 500 yg suami aku gatal gatal nak main tu. Bila aku nak ambil brg, tv peti ais smeua tu suami aku xbg. Bila sebut nak ambil kereta pak dan mak mertua aku tak bg. Kata tak bersyukur pakai je apa yg ada. Sedangkan anak aku demam nk pinjam.kereta bawak pergi klinik pun tak bg. Entahlah.. aku bertahan lg positif duduk situ walaupun hati aku tak kuat…

hari2 aku bangun tidur, mennagis, hilang arah, aku takde tempat nk luah perasaan. Suami aku xsupport aku. Sedih! Sampai tahun lepas aku ajak suami aku pindah. Aku paksa dia pergi interview tmpt lain. Aku gadai cincin aku semua buat modal takpe la asal boleh keluar dr rumah neraka tu.

Alhamdulillah urusan dipermudahkan. Awal tahun dia dpt kerja kat tempat lain. Yeay pindah! Tp tak bg tahu pak mertua aku pun lg. Bila dpt tahu mengamuk lah dia! Kata suami aku tak pentingkan mak bapak. Pentingkan bini. Keputusan tak bincang dgn mak bapak pun.

Seminggu sebelum pindah tu, ada salah fhm sikit. Sb aku dah taktahan skait hati, aku bergaduh dgn pak mertua and Mak mertua aku. Aku pertahankan keluarga aku. Diorang marah sb aku cerita apa aku kena masa duduk dgn diorang. Siap ckp keluarga aku serang diorang.

Ye abah aku call suruh hantar aku balik kat dia kalau rasa nak layan mcm hamba, mcm patung takde perasaan selama duduk situ. Aku kena marah sb aku pilih cerita dkt keluarga drpd share masalah dgn diorang. Hahahaha. Kau dah buat aku mcm2 sampai aku meroyan, kau harap aku cerita pulak sedih aku? Hahahaahahah!

Siap ckp, aku selama ni guna duit suami aku, xnk bantu suami eh mcm2 la lg. Malas pulak nak ingat. Dgn bengang nye aku jawab masa tu.

SELAMA HARINI ANAK MAK AYAH TU XPERNAH BG NAFKAH BULAN2 KT ORG, APA ORG BELI SELAMA NI PAKAI DUIT ORG, BAJU ANAK, SUSU ANAK, HAL.KEPERLUAN ANAK SEMUA ORG URUS SB DIA XDE DUIT. YE SB NK BANTU TP KALAU MCM NI SEKALI ORG LAIN NK TUDUH, TAKPELAH. CUKUP SETAKAT TAHU APA ORG BELI ORG BUAT SEMUA PAKAI DUIT SENDIRI. Lepas tu kena halau la kami suami isteri. Lol.

Setakat kena halau mmg makanan je kot. Suami aku je tahan sb mak dia. Dah halau tu, siap suruh tinggal anak kat diorang. Ya ampunnnnn memang tak lah.

So skrg dah aman aku pindah dr rumah tu. Walaupun diorang kejap datang kejap dtg tp takpe lah, janji takpayah hadap hari2 makian org. Suami aku entah la, dia rasa berdosa kat mak bapak dia sb ikut ckp bini ke aku pun taktahu. Yg nampak dia mmg berat nk pindah.

Oh ya, skrg aku dah tak kerja. Memandangkan dah kena cop kikis duit suami, maka kita laksanakanlah benda itu supaya tidak menjadi fitnah. Aku bahagia duduk rumah jaga anak walaupun berperang dgn tekanan meroyan yg masih belum hilang.

Kepada suami2 diluar sana lepas kahwin pindah je lah Jangan ajak anak bini duduk dengan family. Ko ye lah boleh tahan sb membesar situ. Bini ko tak. Kalau mertua baik, Alhamdulillah. Kot dpt mcm aku? Meroyan la jawabnya sampai skrg… doakan aku cpt sembuh.. tenang… aku akui ada sikap aku yg org tak terima, tp aku lg tak terima kena maki hamun selama 2 tahun tu…

Aku masih berperang dgn perasaan marah. Aku cederakan diri sendiri. Berapa kali aku terfikir utk racun diorang satu keluarga? Nasib baik Allah sedarkan aku.. bertabahlah duhai hati.. dugaan ini utk pengalaman hidup…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *