Dah 5 thn kawin, tiba2 ade mkcik ni ckap ko tak pndai m*in ke, tu yg ssah nk dpat anak

Hai Assalamualaikum semua. Aku dah berkahwin selama 5 tahun masih tak dikurniakan anak lagi, aku dan suami aku berkenalan selama 4 bulan sebelum kahwin dan dia terus masuk meminang. Aku dulu boleh dikatakan ada rupa dan dari keluarga yang berada,manakala suami aku pula anak yatim piatu dan berasal dari kampong.

Masa bujang memang ramai orang suka kat aku, tipu lah cakap aku tak de boyfriend, masa aku ade boyfriend pon ade orang nak masuk meminang aku, tapi aku tolak dengan harapan boyfriend aku akan masuk minang, tapi perkenalan selama 10 tahun tak menjanjikan perkahwinan.

Selama 4 bulan sebelum kahwin aku kenal suami aku, dia memang seorang yang baik, bercakap pon lemah lembut, dan senang bawa berbincang. Bila dia bagitahu ade hasrat nak masuk meminang, aku bagitahu family dan bila dia datang meminang, family aku semua suka dia, memang Allah permudahkan.

Alhamdulilah sekarang dah masuk tahun ke 5 kami berkahwin, aku seorang graduan professional dan aku sambung belajar sambil bekerja selepas berkahwin dan sekarang aku sedang sambung PHD. Nak dikatakan suami aku hanya graduan diploma tetapi dengan graduan diploma ni lah dia yang tampung aku sambung study sampai sekarang.

Aku dulu bekerja sambil belajar tetapi disebabkan stress yang melampau di tempat kerja, kena maki hari hari oleh boss, tak campur lagi dengan politik kerja, balik kerja je menangis kat suami dan..suami aku suruh focus study dan duduk rumah.

Kenapa aku panggil suami aku “suami dari syurga”? sebab sepanjang perkahwinan 5 tahun ni, dia layan aku mcm baru seminggu berkahwin, aku sibuk dengan PHD aku kadang2 aku tak sedar masa berjalan cepat, aku lupa nak prepare masak tengahari dan buat kerja rumah, selalunya kalau weekend dia yang masak tanpa disuruh.

Bila aku balik lewat malam sebab stay dekat library sampai malam, dia yang tolong angkat baju dengan pesanan Whatsapp “ sayang, baju di ampaian dah angkat tapi saya tak reti lipat cantik2 lah nnt kita lipat sama2 boleh?”. Allahu, lembut nya bicara suami aku, aku balik library terus peluk suami aku kuat2, dan minta maaf kat dia kalau ada apa2 kurang.

Bila waktu cuti, dia selalu suruh aku ke spa, ke salon untuk memanjakan diri atau dia akan ajak jalan2 untuk belikan pakaian baru utk aku, dia cakap isteri menggambarkan suami, dalam masa yang sama dia galakkan aku berpakaian macam “NUR & ECAH ” haha sopan dan tutup aurat gituu.

Memang banyak kecaman dari makcik2 bawang merah bawang putih kunyit halia lengkuas semuaa lah pernah kena… yelah, dia anak yatim piatu, anak tunggal pula, dan saya tak dapat lagi nak beri zuriat pada dia.

Allah, anak tuh kan rezeki dari Allah, kami dah usaha macam-macam malah dah jumpa doctor pakar yang famous2 dan bagus dan mengesahakan kami dua2 normal dan tak de masalah apa2, dah makan segala jamu dan ubat ubatan, dah pergi jumpa ustaz, monitor waktu subur dengan OPK dengan bantuan monitor doctor.

Jangan pandang remeh usaha orang yang ikhtiar anak bertahun2 ni, korang tak tahu berapa banyak dan hebatnya usaha mereka. Habis duit beribu2 jumpa doctor, dan ubat ubatan lagi. Sepupu suami aku pernah bergurau yang tak seberapa gurau pon cakap kat suami aku “ko tak reti dan tak cukup **** ni” amboi2 sedap mulut ko… Boleh dikatakan sampai suami aku kalau tengok aku pon lari tau.

Hahahaha, lagi2 bila orang tahu kami berdua mmg gamers, main pubg, CR boleh cakap apa2 game online mmg akan satu team, memang kami akan gelak besar setiap kali main game sebab selalunya aku yang dapat Chicken Dinner,hehe, lagi lah orang cakap, kami ni main game aje sepatutnya buat anak bukan main game, aduhai..

Maaf lah, tapi itu reality pasangan yang sedang berikhtiar tapi masih belum berhasil, jangan lah ajukan mereka seribu satu soalan tapi doakan lah mereka baik2. Suami aku selalu ingatkan aku tujuan di dunia ni hanyalah sementara untuk kita kumpul pahala untuk ke syurga, disebabkan suami aku, aku cuba sabar walaupun menanti si kecil tiap tiap bulan.

Suami aku ni bukan lah jenis lelaki yang ada rupa pon, badan dia pon berisi muka bulat, muka hitam2 manis, banyak kali dia cakap terima kasih kat aku terima dia sebagai suami, kata dia, dia tak pernah sangka perempuan secantik dan sepandai aku untuk terima dia. Dia cerita kawan kawan sekolah dia selalu ejek dia hitam dan pandang rendah kat dia, dia kata sebab dia tak pandai, tak hensem dan tak kaya. Tapi jujur aku cakap, lepas kahwin aku pandang muka suami aku hari2 hanya tuhan je tahu apa aku nampak, wajah yang tenang, murah senyuman, selalu buat aku ketawa dan happy.

Lelaki ni yang orang ramai pandang rendah, orang pijak2 dulu nil ah yang bekerja keras untuk tampung dan jaga seorang wanita berkelulusan PHD sampai berjaya, lelaki ni yang hanya dengan diploma mampu beli rumah di tengah2 kota dan bayar loan kereta pon dah habis. Lelaki yang korang cakap hitam dan tak pandai ni lah jaga aku. Kawan aku ade siap tanya aku kenapa kahwin dengan suami aku yang tak hensem tu dengan alasan “mesti dia kayakan”.

TAK! Ujian buat kami seminggu selepas aku berkahwin, suami aku kena VSS, dengan pampasan yang sangat rendah, dan dia berniaga di tepi jalan jual air sementara cari kerja. Dia lah yang banyak ingat kan aku pada tuhan, dia lah yang selalu ingatkan aku apa erti kehilangan kedua ibu bapa, dan galakkan aku balik rumah parents setiap minggu dan call setiap hari.

Sekarang, aku pon nak hampir siap PHD aku, dan aku betul2 bertekad nak cari kerja dan tolong suami aku cari rezeki, dan membantu saudara mara, orang sekeliling aku yang susah.

Biarpon aku tak de anak lagi, aku akan jadikan perjalanan ini menjadi sebab aku dan suami ke syurga bersama. Nasihat pada perempuan di luar sana, banyakkan berdoa untuk dipertemukan jodoh yang baik2, “suami dari syurga” ini lah yang telah mengubah saya 100% pada diri yang jauhhhhh lebih baik.

Jangan lah cari lelaki semata kerana harta, cari yang kuat kerja, nikmat harta dan keselesaan hanya sementara. Cari lah lelaki yang jaga kata2 nya, yang jaga solat nya, yang sentiasa berkata perkara2 yang baik. yang hormati orang tua, yang memahami kesusahan dan tinggi tahap kesabarannya.

Untuk aku, aku bersyukur yang tak terhingga pada Allah kurniakan aku seorang SUAMI DARI SYURGA. Yang sentiasa bermanis muka dengan aku dalam apa2 keadaan pon, tak pernah sekali pon naik suara dengan aku bila marah tapi peluk aku malah minta maaf atas salah silapnya dan cakap dengan nada yang sangat penuh kasih sayang.

Biar sekali aku tak dikurniakan zuriat lagi, tapi aku tahu dengan suami aku ini yang mampu bawa aku ke syurga, mampukah aku untuk tidak bersyukur lagi? Doakan aku untuk cari kerja yang diberkati Allah dgn niat nak bantu suami aku, dah masuk setahun aku cari kerja. Insha Allah ada rezeki buat aku dan buat orang2 yang diluar sana yang sedang mencari kerja juga!

– Si Isteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *