Suatu Malam Suami Datang Menyatakn Hasrat Untuk Menikah Satu Lagi.

Gambar Sekadar Hiasan

Saya ada suami dan seorg anak yg br berusia nak msuk 10bulan.  Sy dgn suami sering bergaduh disebabkan hal2 yg kecik. Suami pernah menyatakn Yg dia stay dgn sy hnya Kerana anak.  Luluh hati saya mendengar. Saya tak salahkan dia sebab mgkn dia sudah Letih dgn masalah yg dihadapi.  Masa Awal perkahwinan pun sudah ada masalah iaitu  Mslh keluarga.  Dia tidak boleh nak trima keluarga sy . Dia tak izinkn saya untuk pulang jumpa ibu dan adik beradik sy.  Sebagai manusia,  siapa yg tidak sedih Bila dlm situasi mcm ni.  Bila sy menangis Dia Kata saya Anak manja Yg tak boleh ditegur. Penat bertengkar akhirnya sy diam. sy telan kata2 dia dan keluarga dia..

Waktu sy bersalin dipaksanya saya dudk dgn ibunya dlm pantang. Ibu sy terlalu makan hati dgn ap yg terjdi. Tp sy terpksa akur kerana dia seorg suami.  Dlm pantang ibu sy selalu bertnya khabar tp selalu dihalang oleh suami.  Suami kata sy terlalu manja dan buat dia naik meluat . .Hari2 sy menangis dlm pantang.  Suami sampai sanggup menyruh sy pilih dia atau ibu sy Allah. Dgn  keadaan dlm berpantang.  Alhamdulillah Allah bg sy kekuatan utk tempuh semua ni. Sy diamkn diri lama dr ibu sy.  Sy cuba beritahu padanya perlahan-lahan dan dia faham.  Sy tahu jauh dlm hatinya dia sedih tp dia berpesan Syurga terletak pd keredhaan suami. Sy xmampu nk luahkn pd sesiapa pun..

Satu hari sy terdengr perbualan suami dan ibunya.  Rupa2nya selama ni ap yg jd adalah agenda dr ibunya sendiri.  Sejak dr hari tu sy mula nampak belang ibu mertua.Dihadapan suami layanannya pd sy sungguh baik.Tp tidak dibelakang suami. Satu hari sy beritahu pd suami sy nk pulang ke rumah sewa kami tp tiba2 suami ckp kita takkan balik lagi kt sana. Kita akn terus tinggal dgn mama.Tanpa bincang apa2, suami tlh buat keputusan.Bergaduh sekali lagi. Sy diam lagi.  Stlh 3 bulan sy cuti,  sy kerja.Ibu mertua volunter utk jaga anak sy. Sy kerja jauh.Jd pkul 6.30 sy dh keluar rumah.Lewat mlm br sy pulang.

Sy dh terangkn prkra ni pd suami tp dia kata ibunya xkesah.Br seminggu sy kerja,  sy dgr suara2 mengatakn sy xreti jaga anak.  Bila sy tnya terus terang pd ibu mertua,  dinafikan segala cerita.Tp akhirnya Dia mengaku sendiri dia cerita dkt semua sedara mara sy ni xreti jaga anak & dia penat jaga anak sy.  Sedangkn dia ad jaga anak kepada kakak ipar sy yg duduk di sebelah rumah.  Dikatakn dia xde msa utk beribadat kerana jaga anak sy. Waktu anak sy br nk msuk 4 bulan,  dihalaunya kami keluar dr rumah jam 3 pagi.  Dgn tiada tmpt tinggal xtau hala tuju.  Mujur ad sedara yg bg nasihat utk biarkn kami tggal utk beberapa hari.

Keesokkan pg kami terus cr umah sewa.Alhamdulillah  Allah permudahkn semuanya. Sy trus duduk dirumah sewa sementara suami ulang alik ambil pakaian kami.  Kami diharamkan utk jejakkn kami kerumah dia lagi. Dr hari tu suami mulai sedar. Tp selang beberapa hari,dtg fitnah yg lbh berat utk sy. Ibu mertua tak habis marahnya pd sy. Dia memfitnah sy, memaki hamun sy,  menghina keluarga sy mcm sy xde maruah.

Sy diam dan berlembut kerana fikirkn dia ibu mertua. Sy seorg diri prthnkn maruah. Dgn izin Allah sy masih kuat. Sy ambil keputusan berhnti kerja menjaga anak. Suami juga setuju. Selang beberapa bulan sy tiba2 alami batuk berdarah. 2 bulan sy derita. Pergi ke klinik xray semuanya clear. Dan akhirnya sy berubat secra tradisional. Dan perkara mengejutkn sy, sy disantau oleh  keluarga mertua sy sendiri.. Allah..

Tp sy maafkn. Waktu ni suami dh xckp ap2. Dia kata dia malu dgn ap yg jd. Sy kata xapa lah.  bukan slh dia.. Kami berubat.sehingga sy sembuh.pabila sy dh sembuh,  dhantarnya lagi.Kali ini menganggu hubungan rumahtangga kami.  Goyang.  hampir musnah.  Minta petunjuk pd Allah dan sekali lagi berubat.Benar tekaan sy. Ustazah memberi pendinding diri utk kami.  Alhamdulillah semuanya reda..

satu malam tiba2 suami dtg menyatakn hasrat utk menikah satu lagi.  Allah.  Hancurnya hati sy. tp dia masih tak punya calon cuma berniat utk mencari satu lagi.  Dia kata dia inginkn kbhgiaan.  Dia kata dia xbhgia dgn sy.  Sy sedih dh xtau nk ckp ap. Ustazah kata pendiding yg diberi pd suami dah hilang krna suami buat perkara terlarang.  Bila ditny dinafikan.  Sy skrg buntu.  Sy tak tahu ap yg sy buat.  Keluarga suami benci.  Suami sndri sy dh xbrapa nk percaya. Sy tak tahu mna yg betul mna yg slh. Sy tak tahu nk buat ap.  Hari2 menangis mnta petunjuk. Sy betul2 xtau. Kalau la anda semua dlm keadaan sy, ap yg anda akn lakukan?  Tolong bantu sy. Sy betul2 buntu.  Keluarga sy semua dh jauhkn diri xambil peduli. Sy dh xtau.. Keliru sy. Luka dihati dr keluarga dia belum diubati,  ditmbh dgn prtnyaan kahwin satu lagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *