Isu Rendang Crispy. Ini PENJELASAN Zaleha Peserta MasterChef Mengapa Dia MEMBISU

PETALING JAYA: Selepas menjadi sensasi di seluruh dunia berikutan komen negatif 2 chef televisyen Britain mengenai rendang ayamnya, Zaleha Kadir Olpin, anak kelahiran Malaysia mengucapkan terima kasih kepada mereka yang pertahanannya tetapi masih mengunci mulut kerana beliau masih terikat dengan kontrak.

 

“Sebelum menjadi peserta MC (MasterChef), setiap orang daripada kami perlu menandatangani kontrak dengan BBC dan penerbit, Shine TV,” kata Zaleha dalam kiriman Instagram hari ini, beberapa hari selepas beliau disingkirkan dari pertandingan memasak popular itu.

 

“Saya tidak mengabaikan anda atau tidak bersyukur. Saya tidak dapat memberi komen mengenai isu ‘rendang’,” katanya.

 

Zaleha, yang memasak rendang pada pusingan suku akhir pertandingan itu, menyediakan nasi lemak dengan rendang ayam, tetapi masakannya dikritik jurinya, John Torode dan Gregg Wallace yang mengatakan kulit ayam “tidak garing”.

 

Komen mereka membangkitkan kemarahan di media sosial, dengan kebanyakan mereka berkata tidak pernah mendengar mengenai rendang ayam garing.

 

“Mengatakan rendang ayam harus garing seperti mengatakan hamburger perlu direbus,” pakar makanan jalanan Asia, KF Seetoh memberitahu Reuters.

 

Kejadian itu juga menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan musuh politiknya Tun Dr Mahathir Mohamad mengetepikan perbezaan mereka dan bergabung menyokong Zaleha.

 

Zaleha berkata dia tersentuh dengan “sokongan hebat”, dan berterima kasih kepada chef Malaysia, Chef Wan dan Norman Musa.

“Kalian adalah legenda,” tulisnya.

Kredit : FMT

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *