2 Tahun Bernikah, Upiak Mengaku Masih Perawan. Ini Alasannya!

2 Tahun Bernikah, Upiak Mengaku Masih Perawan. Ini Alasannya!

Nama Upiak dikenali meneresui lagu Hits Tak Tun Tuang, yang menjadi satu fenomena. Bahkan, lagu berbahasa Minang tersebut, sudah berdendang di telinga warga negara Malaysia hingga Thailand.

Namun, ramai yang tidak tahu bahawa penyanyi bernama asli Nanda Silvia ini pernah gagal berumah tangga dan ditipu oleh bekas suami.

Dalam sebuah program popular di Indonesia berjudul Karma episod 77 yang disiarkan pada 1 April 2018, Upiak memdedahkan kisah hidupnya yang tragis.

Walaupun telah menikah secara rasmi, hukum dan agama, Upiak mengaku dirinya masih rasa perawan, kerana tidak pernah bersetubuh selama dua tahun setangah perkawinannya.

2 Tahun Bernikah, Upiak Mengaku Masih Perawan. Ini Alasannya!

“Karena, dua setengah tahun menikah, saya masih bisa menjaga itu (kehormatan),” dedahnya.

Alasannya, kerana selama bernikah suami tidak membuatnya ghairah.

“Sebetulnya mungkin, kerana Tuhan belum mengizinkan saya. Dan, lagi-lagi wanita itu bergantung pada lelaki, berikan mood yang bagus dulu, mungkin baru boleh meluluhkan perempuan,” sambung wanita berusia 32 tahun tersebut.

2 Tahun Bernikah, Upiak Mengaku Masih Perawan. Ini Alasannya!

Upiak bakal membuat kemunculan kembali di Anugerah MeleTop Era (AME 2018) selepas agak lama menyepi. Selain Upiak, nama-nama popular yang bakal membuat persembahan pada malam kemuncak kelak termasuklah Awie dan Mus May, Mas Idayu, Ernie Zakri dan Syamel, Hael Husaini, Haqiem Rusly, serta Xpose Band.

Acara gilang gemilang ini bakal dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 8 April 2018, jam 9.00 malam secara eksklusif di empat buah saluran utama iaitu Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Astro Maya HD (134).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *