4 tanda kanser serviks yang harus anda ambil perhatian, #2 paling ditakuti.

4 tanda kanser serviks yang harus anda ambil perhatian, #2 paling ditakuti.

Sebut sahaja kanser serviks, pasti semua wanita akan berasa gerun dan takut. Hal ini kerana ia agak sukar untuk dikesan pada mulanya. 99.7% punca kanser ini datang daripada kuman papilloma virus (HPV) onkogenik, yang menyerang pangkal rahim.Bagi mengelakkan jangkitan virus dan meminimumkan peluang terkena kanser serviks, anda harus mengenal faktor penyebab, pencegahan dan gejala agar anda boleh mengurangkan risiko menghadapi penyakit berkenaan.

Oleh itu, kami akan kongsikan gejala-gejala kanser serviks ini kepada anda. Sebenarnya, kanser ini masih boleh dicegah dan dirawat. Apa yang penting, buat pemeriksaan doktor dengan kadar segera jika and mengalami gejala di bawah :

#1 Tempoh menstruasi.4 tanda kanser serviks yang harus anda ambil perhatian, #2 paling ditakuti.

Jangan lupa untuk  catat tempoh kitaran (hari) daripada mula anda mengalami haid sehinggalah ia habis. Jika anda sentiasa merekodkan tempoh haid, maka anda akan perasan jika haid anda keluar secara tidak teratur dan terus berulang. Sebagai contoh, jika anda kebiasaannya haid secara normal namun tiba-tiba tidak datang haid untuk satu tempoh yang lama walaupun anda tidak hamil. Hal ini ditambah dengan warna darah yang bukan seperti biasa; kehitaman dan mempunyai ketulan.

#2 Alat sulit tiba-tiba berdarah.

4 tanda kanser serviks yang harus anda ambil perhatian, #2 paling ditakuti.

Anda hanya melakukan rutin harian biasa sahaja seperti berhubungan kelamin, melakukan pemeriksaan atau membersihkan alat sulit anda. Tetapi, ia mengeluarkan darah. Musykil juga ya! Golongan wanita yang telah menopaus juga banyak mengalami masalah seperti ini. Oleh itu, anda perlu jalani pemeriksaan dan doktor akan memeriksa bahagian pangkal rahim anda.

#3 Keluar haid walaupun sudah habis tempoh haid sebelumnya.

4 tanda kanser serviks yang harus anda ambil perhatian, #2 paling ditakuti.

Jika menstruasi normal, anda hanya akan mengalami menstruasi semula selepas 28 hari daripada hari terakhir anda haid pada bulan yang lalu. Namun, menjelang hari ke-14, secara tiba-tiba keluar darah. Apatah lagi jika darah keluar untuk tempoh 6-8 jam dan berbau pelik, serta mengalami sakit pada alat sulit. Inilah masa yang tepat untuk anda rujuk pada pakar.

#4 Sakit sewaktu berhubungan kelamin.

Sakit ketika melakukan hubungan seks adalah normal. Namun, jika ia berlaku pada setiap kali anda melakukan hubungan intim, ternyata ia hal yang lain.  Terutamanya kesakitan pada bahagian abdomen seperti kejang pada perut, yang sama seperti kita alami sewaktu datang haid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *