Ikan Bilis banyak ni harga RM348..?? Pelajar terkejut setelah mengetahui harga ikan bilis yang dibelinya..

Pelajar terkejut setelah mengetahui harga ikan bilis yang dibelinya..
Seorang wanita berasa sungguh terkejut setelah dia dikenakan caj yang agak tinggi ketika membeli barangan dapur baru-baru ini. Pada 2 Januari lalu, Nik Yam Chik Zainab telah berkongsi kisahnya yang membeli barangan dapur setelah dia selesai menduduki peperiksaan. Nik Yam beranggapan bahawa kos semua barangannya hanyalah dalam lingkungan RM200 sahaja.

Pelajar terkejut setelah mengetahui harga ikan bilis yang dibelinya..

Semasa di kaunter juruwang, dia diberitahu bahawa jumlah barangannya berharga RM586.75 dan Nik Yam membayar kos barangannya sebanyak RM600, lalu dia menerima baki wang sebanyak RM13.25.

Wanita itu yang juga pelajar Unversiti Pendidikan Sultan Idris Shah telah masuk ke keretanya dan melihat semula resit pembeliannya. Dia juga ada menerangkan bahawa sudah menjadi tabiatnya untuk menulis senarai pembelian pada kertas sebelum membeli barangan supaya dia tidak terlupa membeli barangan yang diperlukannya kelak.

Nik Yam berkata dia berasa amat pelik dan ternyata-tanya apakah yang dibelinya sehingga berjumlah hampir RM600, iaitu tiga kali ganda lebih banyak daripada jumlah jangkaannya.

Apabila dia memeriksa senarai barangan yang dibelinya pada resit, dia perasan akan ikan bilis yang dibelinya tidak dikira. Sebaliknya ia melihat bahawa beliannya disalah kira sebanyak RM348 untuk ‘Silverside CTN’.

Pelajar terkejut setelah mengetahui harga ikan bilis yang dibelinya..

Dia kemudiannya membuka bonet kereta dan melihat semua barangan yang dibelinya untuk mencari ikan bilis. Ikan bilis tersebut yang sepatutnya berharga RM2.24 secara tiba-tiba bernilai RM348.

Selepas itu, dia masuk kembali ke kedai berkenaan dan memberitahu kakitangan kedai itu akan kesilapan harga barangannya. Nasibnya baik kerana dia berjaya mendapatkan kembali wangnya.

Pelajar terkejut setelah mengetahui harga ikan bilis yang dibelinya..

Sumber: Nik Yam Chik Zainab/Facebook…Oleh yang demikian, berikutan dengan pengalamannya itu, Nik Yam mengambil peluang untuk mengingatkan orang ramai agar sentiasa berhati-hati semasa berbelanja dan periksa dahulu harga barangan yang ingin dibeli sebelum membelinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *