Terima Whatsapp “Hubby, Farra nak minta cerai dari Hubby. Harap Hubby dapat tunaikan.”

Gambar Sekadar Hiasan

Cerita penceraian aku dengan isteri ini berlaku pada tahun lepas. Kitorang dah sembilan tahun berkahwin dan sudah ada dua orang anak.

Masa itu, aku ada dekat office. Dapat first Whatsapp dari isteri.

“Assalam Hubby, Farra nak minta cerai dari Hubby. Harap Hubby dapat tunaikan.”

Tersentak aku. Kenapa pula tiba-tiba? Aku tak balas apa-apa Whatsapp dari isteri. Jam pula dah pukul 5, waktu aku bersiap untuk ambil isteri balik kerja. Sampai ke office dia pun dalam roughly pukul 5.30 petang.

Dia masuk dalam kereta dan diam. Aku pun mula buka suara,

“Kita ke Tasik Titiwangsa nak?”

Dia jawab ringkas, ‘okay’.

Tak jauh pun, dalam 10 minit dah sampai, sebab tempat kerja dia kat area Jalan Ampang. Jalan pun tak jem sangat time itu. Kitorang duduk dekat satu pondok. Aku mula bertanya,

“Why so sudden? Sekarang dah rasa abang tak cukup kacak ke,? tanya aku sambil cuba bergurau.

“Sebenarnya Farra dah agak letih. Kesihatan abang tak pernah baik. Setiap pukul 3 pagi, Farra mesti bangun buatkan abang air jus epal untuk ubat sakit batu karang abang tapi tak pernah baik. Malam semalam Farra bangun pukul 3 lagi, buatkan air. Sampai ke office pula, Pendrive Farra rosak. Dalam itu ada dokumen yang bos nak, Farra dah kena marah. Sampai waktu lunch, Farra beli makanan, bihun tu basi pula. Macam-macam hal jadi hari ini. Nak balik tadi, kaki Farra terpeleot sampai jatuh di depan client. Malulah abang. Farra tak cukup tidur, Farra nak mintak cerai.” jelasnya.

Memang betul. Dah lama tapi kesihatan aku tak pernah baik. Aku ditakdirkan terkena batu karang. Dah bermacam kaedah berubat tapi tak juga baik. Dah tiga tahun, ubat tradisional. Aku pun tak pernah guna alternatif perubatan laser sebab mahal. Jus epal yang aku minum itu cuma boleh reduce sakit apa yang aku alami ini. Kalau tak, malam-malam aku mesti berdarah juga la. Financial pula problem sebab anak aku kena hinggap lelah. So duit banyak keluar untuk dia masuk wad. Aku bagi jawapan untuk isteri,

“Abang sebenarnya agak terkedu. Tapi Farra dah buat keputusan. Abang berkahwin dengan Farra bersebab. Kalau bukan untuk bahagiakan Farra, untuk siapa lagi? Tapi Farra tak bahagia, abang kena pulangkan balik hak Farra. Farra berhak untuk lebih bahagia daripada sekarang. Abang minta maaf atas apa yang Farra dah lalui ini. Mungkin tiga tahun masa abang tengah sakit ini banyak membuatkan hati Farra menangis. Tapi takdir Allah ini abang tak boleh tolak. Abang kena teruskan juga kehidupan.

“Abang tunaikan permintaan Farra untuk lepaskan Farra. Abang redha sebab abang sayangkan Farra. Ini pun tanggungjawab. Tapi minggu depan abang lafazkan cerai boleh? Lagipun minggu depan abang outstation, anak-anak kita pula cuti sekolah. Takut diorang terkejut pula benda yang datang tiba-tiba ini.

“Soal pembahagian anak itu, abang takkan berebut. Kita ada dua orang anak, abang akan ambil yang sulung, Farra ambil yang bongsu. Untuk seminggu ini, abang tidur dekat ruang tamu atas sofa. Mungkin anak-anak takkan syak sebab abang akan buka tv sampai pagi masa abang tidur.

“Terima kasih atas jagaan Farra selama sembilan tahun ini. Dah macam-macam kita tempuh. Farra jangan menangis lagi. Air mata Farra itu sangat berharga. Bila kita dah tak bersama nanti, Farra  jangan lupa untuk tutup suis seterika pagi-pagi. Lepas Farra gosok tudung, Farra mesti lupa. Abang tak marah. Kereta Kita ini manual, Farra dah lama tak bawa manual kan? Esok abang akan hantar untuk tukar gearbox auto. Farra boleh pakai kereta, abang pakai moto je pergi kerja. Safety first, pakai seat belt masa memandu. Farra selalu lupa, tapi abang pakaikan,” jelasku panjang lebar.

“Minggu depan? Bolehlah, lagipun masa itu cuti sekolah, Farra akan bawa budak-budak balik kampung. Okay.” jawab Ina.

Dalam masa seminggu itu, aku tidur dekat luar. Bernyamuk juga dan panas sebab aircond dekat dalam bilik. Aku jenis tidur mati, berpeluh pun lena je tidur. Tapi Farra tak pernah lupa untuk bangun pagi buatkan aku jus epal untuk minum seperti kebiasaan. Dah bermacam DVD juga aku tengok kat rumah tu. Walhal tak pernah-pernah tengok DVD selama ini. Cuma tahu beli je. Itupun Farra yang nak sebab lepak mapley je mesti beli satu DVD. Aku dengan dia ini tak sama taste. Manalah aku suka cerita jiwang-jiwang ini. Sampailah cukup seminggu hari sabtu pagi.

“Farra, abang nak cakap sikit ni. Datang dekat abang kejap boleh?” panggil ku.

“Ye abang, kenapa?” soalnya.

“Abang dah janji dengan Farra, abang nak lepaskan Ina. Abang nak lafazkan cerai,”

Farra terkejut. “Hah? Tak boleh abang. Jangan! Farra sayangkan abang. Farra dah buat keputusan yang salah. Farra minta maaf. Kita balik semula ye abang. Farra lupa dengan janji abang, tapi Farra tak biasa bila abang tak ada. Orang yang boleh faham Farra dengan baik cuma abang. Farra takkan ulang benda ini lagi dekat abang.” balas Farra sambil menangis.

Nasib baik anak-anak ada dekat luar rumah, kitorang dekat dapur.

“Abang dah lama ampunkan Farra. Farra tak salah dalam hal ini. Abang pun susah hati bila Farra tak ada. Takdir Allah, tuhan dah baikkan hati Farra. Abang tipu sunat dekat Farra. Sebenarnya abang tak ada outstation. Abang bagi alasan itu sebab abang nak Farra bertenang untuk Farra fikir balik keputusan apa yang Ina dah buat. Abang minta maaf. Dah 9 tahun abang pun tak biasa kalau tak tengok kecantikan Ina waktu pagi tanpa mekap. Abang rasa sejuk. Walaupun Ina tidur dengan berbagai gaya. Sendawa Farra lepas makan, betul-betul buat abang tergelak. Langsung tak cover. Tapi itulah, kalau Farra tak nak kat abang ini, abang makin tua makin tampan. Melepaslah Farra.” selorohku.

“Abang niiii!(Farra pun peluk). Farra syampu rambut abang nanti nak? Dah selalu rasa air tangan Farra ni barulah abang tak menggatal.” Farra cuba membodek

“Hamboii. Bodek nombor 1. Haha,”

Alhamdulillah, aku dengan Farra tak jadi bercerai. Takdir Allah hubungan itu selamat dengan masa. Ada cara sebenarnya macam mana aku nak tackle problem ini. Alasan dia sebab dia letih bangun pagi buat jus epal untuk aku. Dia kena tahu, level dia sebagai isteri dia terpaksa buat. Aku tak pernah paksa, cuma aku ini pun orang yang susah untuk bangunkan seawal 3 pagi. Tapi terpaksa dia ini adalah kerja untuk Allah. Yelah, sebab jaga suami kan.

Dari hati yang terpaksa itu dia akan ikhlas. Macam solat, orang yang nak berubah dia kena bentuk diri dia dengan solat. Dia buat dalam keadaan memaksa. Tapi hati ini milik Allah. Lama-lama dia akan ikhlas dan redha. Ikhtiar aku, cuma aku berdoa minta dia dilembutkan hati. Standard orang perempuan, emosi dia ini turun naik. Bila emosi dia naik, moral dia akan down dan marah. Time inilah dia kurang sabar. Bila buat keputusan, memang dia akan ikut apa aja yang terlintas. Dia akan capai yang mana ada dulu dalam fikiran dia. Emosi dia tak stabil.

Farra ini agak pelupa. Sebenarnya ada helah kenapa aku bawa dia ke Tasik Titiwangsa dulu masa dia minta cerai. Kat situ mulanya date kitorang dulu. Waktu itu, Farra tersalah dial telefon. Angka cuma lari satu je dari nombor yang dia nak dial tu. Dia cari Ramli masa tu. Aku bila dengar suara perempuan je, apa lagi. Gunakanlah teknik penyamaran. Lagipun suara dia ini sedap didengar sebab suara manja. Lagilah aku lentok. Cuma dia cakap laju je.

Kereta dia tengah problem masa itu sebab tak boleh nak start (kereta kancil ini dah dijual, aku beli kereta baru). Aku bagi dia troubleshoot. Tapi dia tak pandai sebab orang perempuan kan. Bab-bab ini dia tak laju. Kasihan pun ada sebab dengar suara dia dah nak menangis. Lagilah aku tak jadi nak menipu, aku cakap aku bukan Ramli. Aku cakap aku datang nanti, kalau dia sudi.

Dia dah start risau, tapi aku bagitau waktu siang ini. Aku tak mungkin nak culik dia. Kalau dia ada rasa ragu-ragu, dia boleh jarakkan diri 50 meter dari aku dan start menjerit kalau nampak aku ini meragukan nanti. Niat cuma nak tolong.

Aku sampai, dan jumper battery dia balik dan kereta boleh start. Tapi dia tak jarakkan diri aku pun. Dia tengok dengan penuh minat dan penuh dengan pertanyaan. Aku pun tanyalah,

“Dalam kereta awak ini ada payung berger tak?”

Dia tanya kenapa. Aku jawab.

“Kalau ada, saya nak buka kaunter pertanyaan kat sini”.

Dia kata aku perlu pula. (Hahaha).

Kereta dia memang kemas dan superb wangi. Dia buka pintu kereta dan ambil air twitter masa itu bagi dekat aku. Aku balas,

“Aih takkan ini je? Nasi-nasi tak ada ke? Kot ada jamuan ringan nanti, jangan lupa call pula. Saya ini kuat makan”.

Itulah first aku tengok dia senyum dan gelak. Memang mengekek. ‘aih minah ni, ada bela ke?’ tanya aku dalam hati. (Hahaha!)

Memang betul. Tiap kali gaduh, first thing yang aku recall, macam mana aku boleh kenal Farra ini dan kenapa mesti aku mula bercinta dengan dia dulu. Masa itu dah berlalu. bab ini memang penting. Itulah resepi kenapa aku dengan dia boleh bertahan sampai 9 tahun lamanya. Tapi mata dia memang sangat cantik. Mungki itu sebab kenapa aku terpikat dengan dia kot. Main-main mata dengan aku, mana aku boleh tahan. Cair terus (hahaha)

Sebelum berkahwin dengan Farra ini, aku dah kaji habis-habisan apa watak dia. Tapi masa bercinta itu tak nampak. Agak tricky juga, takkanlah tak ada salah langsung. Makan pun elok je sopan. Macam aku makan dengan permaisuri agong pula. (Haha). Tapi masa bercinta dulu Farra dah terkantoi. Aku tengok tudung dia ada sikit terbakar. So aku tanya kenapa, dia kata dia nak cepat tadi sebab aku dah nak datang. Dari situ sebenarnya aku tahu dia seorang yang agak kurang sabar. Dia tak prepare awal sebelum aku nak datang. Orang macam ini dia cepat buat keputusan bila dia marah.

Orangnya sensitif dan dia seorang yang simple. Simple itu sebab dia suka kenakan pakaian yang ringkas. Dia tak pandai pilih baju. Seluar jeans dia pun kakak dia yang belikan. Dia takut pada lipas, so aku agak dia seorang yang pengemas. bawah katil dia mesti clear tak ada barang. Kalau tak, dia tak senang tidur.

Penyayang, itu pun sebab dia bela kucing. Waktu kucing dia mati dulu, aku ada dan dia riba mayat kucing itu. Kucing itu dah berdarah-darah tapi dia masih boleh riba.

Concern, itu pun sebab dia tengok budak-budak lelaki tak solat, lepak-lepak dekat mapley. Dia tanya aku dah solat belum, dia risau kalau aku tak solat, macam mana aku nak jaga dia esok-esok.

Family first, masa aku kenal dia, dia cepat-cepat bagitau family dia yang dia tengah berkenalan dengan aku. Caring, setiap pagi dia takkan lupa untuk bagi salam dekat aku dan dia tak nak aku kerja lebih masa sebab takut kesihatan aku terabai.

Talkative, kalau bercakap telefon dengan dia, 10 minit pun tak cukup untuk satu sesi. Tabah, dia pernah sakit tapi dia selalu sedapkan hati kuatkan diri untuk family dia. Tak nak family dia risau keadaan dia.

Terurus, dia suka pada benda yang wangi, dia secara natural tak ada bau yang mengharukan.

Friendly, dia seorang yang suka berkawan tapi kadang-kadang orang suka ambil kesempatan pada kebaikan dia ini.

Rajin memasak, dia suka kalau bab-bab nak suruh aku try makan ini. tapi dia tetap tak pandai buat nasi goreng. Mee goreng ok. Lagipun dia ini jenis yang tak makan nasi.

Cantik, ini yang kadang-kadang buat aku risau (jealous memanjang). Dia ada kacukan Korea dan dia gebu orangnya. Tapi dah selamat jadi isteri aku pun. So aku tak risau. She’s really a perfect girl to be married.

Ingat bro, perempuan ini dia perlukan perhatian. Kesilapan paling utama, bila kau buat dia menangis. Time inilah, cerita yang tak ada bakal diada-adakan. Sebab dia confuse. Orang lelaki ini pula suka buat orang perempuan confuse. Bila marah atau kecil hati je diam. Kalau yang panas baran itu, mungkin naik tanganlah. Maki-maki ke. Ini langsung tak gentleman.

Alam perkahwinan ini lain. Susah memang ada, tetapi seronok pun ada. Aku kahwin dengan Ina waktu dia masih muda, dia baru habis belajar. Pembawakan dia agak kebudak-budakan tetapi pelahan-lahan dia matang bila dah jadi isteri. Banyak part yang dia akan belajar, secara automatiknya dia akan pandai.

Contoh, dia tak pandai gosok baju kemeja dulu sebab dia tak pernah buat. Aku ajar dia gosok, sampai sekarang dia pandai, baju kemeja aku memang kemas. Member-member mesti tegur, kau pakai baju baru ke ini? (kembang semangkuk sat). Bini pandai jaga, memang tip toplah hasilnya aku ini. (Hehehe)

Belanja aku nasi kandar berbuka nanti boleh? Aku dah penat turunkan ko ilmu ni Nik. Lauk tambah ye. Haha

Sumber: informasidbt

~ Pengalaman ini diceritakan balik oleh seorang sahabat kepada aku. Baik sebenarnya untuk panduan orang lelaki . Secara overall perangai orang perempuan lebih kurang sama. Cuma tanggungjawab kita untuk lebih memahami. Salam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *