Gambar beberapa bayi yang diikat kaki serta tangannya dengan kain napkin sambil muka ditutup dengan kain dalam keadaan sedang menyusu botol.

Melaka : Gambar Taska beberapa bayi yang diikat kaki serta tangannya dengan kain napkin sambil muka ditutup dengan kain dalam keadaan sedang menyusu botol.

Gambar beberapa bayi yang diikat kaki serta tangannya dengan kain napkin sambil muka ditutup dengan kain dalam keadaan sedang menyusu botol.

BANDARAYA MELAKA – Kerajaan negeri mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memantau sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Paya Rumput ekoran aduan wujudnya unsur penganiayaan terhadap bayi di bawah jagaan pusat berkenaan oleh bekas pengasuh di situ.

Pihaknya menerima beberapa gambar serta visual yang diambil menerusi telefon bimbit oleh salah seorang bekas pengasuh taska berkenaan.

Antaranya menunjukkan beberapa bayi diikat kaki serta tangan mereka dengan kain lampin sambil muka ditutup dengan kain dalam keadaan sedang menyusu botol.

Gambar beberapa bayi yang diikat kaki serta tangannya dengan kain napkin sambil muka ditutup dengan kain dalam keadaan sedang menyusu botol.Paparan skrin video yang tular di media sosial sebelum ini.

Malahan video berdurasi 1 minit 27 saat yang turut tular sebelum ini memaparkan seorang pengasuh yang baharu bangun dari tidur menengking bayi yang menangis dan memasukkan botol susu dengan cara kasar juga dari taska yang sama.

Pihaknya turut menerima visual berdurasi 11 saat merakamkan seorang pengasuh taska memandikan bayi yang ditiarapkan di atas lantai tandas dalam keadaan menangis.

Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri, Datuk Latipah Omar berkata, hasil siasatan JKM di taska terbabit mendapati dakwaan itu benar dan siasatan telah pun dijalankan.

Menurutnya, perkara itu dilakukan oleh bekas pengasuh di taska itu yang berusia dalam lingkungan  60-an dan sudah pun diberhentikan kerja dua minggu lalu.

Gambar beberapa bayi yang diikat kaki serta tangannya dengan kain napkin sambil muka ditutup dengan kain dalam keadaan sedang menyusu botol.Gambar beberapa bayi yang diikat kaki serta tangannya dengan kain napkin sambil muka ditutup dengan kain dalam keadaan sedang menyusu botol.

“Pengusaha taska sudha beri penjelasan dan pihaknya telah pun memberhentikan  wanita terbabit selepas berkhidmat di situ selama tujuh tahun.

“Difahamkan keadaan itu berlaku sejak beberapa bulan lalu, mungkin perasaannya terganggu disebabkan wanita berusia 60-an itu masih bujang,” katanya selepas lawatan, semalam.

Turut sama, Pengarah JKM negeri, Burhanuddin Bachik.

Menurutnya, memang sebelum ini JKM ada menerima aduan daripada ibu bapa tentang perkara tersebut dan beberapa siri lawatan telah dilakukan namun tiada bukti sahih untuk mengaitkannya.

“Sehinggalah gambar dan visual terbabit dirakamkan salah seorang bekas kakitangan di situ.

“Pengusaha taska juga telah diberikan amaran serta nasihat sekiranya gagal mematuhi garis panduan yang ditetapkan mereka boleh dikenakan tindakan.

Sumber : Sinar Harian

Justeru, katanya, JKM diminta melakukan lawatan secara berkala bagi memastikan taska ini sentiasa mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *