Wanita Ini Bongkar Identiti Sebenar Boy Iman Dalam PEKIDA..

Wanita Ini Bongkar Identiti Sebenar Boy Iman Dalam PEKIDA..

Sejurus kes penangkapan pengarahUrusan DBI Properties Dato Boy Iman, pelbagai cerita dan kebenaran terus dibongkarkan oleh netizen. Semalam, sejurus sahaja habis tahanan reman,Boy Iman ditahan semula untuk siasatan lanjut,

Dakwa Miliki Taraf Ayahanda

“Kenapa saya menyertai PEKIDA dan saya berpangkat Ayahanda, saya juga adalah Timbalan Pengerusi Insan Prihatin Malaysia dan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Kerabat Aura Syifa. Macam Pian, ramai orang tak tahu, dia adalah orang kuat madrasah, kami banyak terlibat dengan amal kebajikan”

Wanita Ini Bongkar Identiti Sebenar Boy Iman Dalam PEKIDA..

Ujar Boy Iman suatu ketika dahulu menerusi sebuah portal hiburan. Sebelum ini ramai yang mengetahui Boy Imandikatakan mendapat pengiktirafan yang bergelar Doktor. Namun kini netizen mempertikaikannya kerana selain kereta mewah dan telefon bimbit, sijil kedoktoran beliau turut dirampas untuk tujuan penyiasatan.

PEKIDA Tak Iktiraf Boy Iman

Ternyata pangkat Boy Iman sebagai ayahanda Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (PEKIDA) tidak mendapat pengesahan dan pengiktirafan dari PEKIDA.Ini telah dimaklumkan sendiri oleh Pengerusi Perhubungan PEKIDA Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA Malaysia,Rohaida Roslan

Wanita Ini Bongkar Identiti Sebenar Boy Iman Dalam PEKIDA..

Tambah Rohaida, gelaran ayahanda yang diguna Boy Iman  adalah menerusi pertubuhan yang dikenali sebagai Majlis Jemaah Cochrane (MJC) dan hanya dua individu yang berhak memberi gelaran ini kepada seseorang iaitu Presiden PEKIDA Malaysia, Jamaludin Yusof dan Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Roslan Dahaman.

Dalam sumber lain,Presiden Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) Datuk Abdul Halim Ali berkata, tindakan Boy Iman itu memang memalukan bagi individu yang mengakui mempunyai status ayahanda.

Sumber Harian Metro 

Via Hangat.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *