“Dia akan berpesta dan meratah darrah nifas dan haid tanpa kita sedar” Awas wanita. Jaga lah kebersihan sendiri.

Rupanya ‘dia’ berpesta dengan ‘kawan kawannya’ sambil dengan rakusnya meratah ratah ‘barang’ kita dan memandang kita. Uwaaa….

Mungkin ada yang tak percaya dengan kisah ni… kononnya zaman moden mana ada perkara ghaib macam ni lah… merepek lah…. Cerita lawak lah….

Pesanan dari saya……ambil kisah ini sebagai pengajaran…. Kerana ia memang wujud dan memang terjadi….

Ini kisahbenar tentang pengalaman seorang cleaner…

Aku telah menerima mesej dari seorang rakan fb. Katanya dia bertugas mengambil upah mengemas rumah orang atau cleaner.

Baginya macam mana keadaan rumah tersebut dia akan menerimanya. Itu merupakan rezeki dia. Rata rata rumah yang dikemasnya ialah rumah orang melayu tapi bila melihat keadaan rumah yang di kemasnya memang cukup menyedihkan.

Ada rumah yang didapati tulang bersepah sepah, pad yang masih berdarrah. Setelah dia kemas dan pulang dia pasti akan diganggu makhluk. Walaupun dia tidak nampak tapi dia dapat merasai kehadiran mereka.

Saya ni ambik upah kemas rumah orang. Tak kira umah mcm mana sekali pun saya tetap terima,ye lah nak cari rezekikan.

Rata rata rumah yang saya kemas semua rumah orang melayu. Tapi sayang, kenapa mereka tak reti jaga kebersihan

Ada rumah yang saya pergi allah. Saya kemas, saya balik kena ganggu mahkluk tu ikut saya balik. Biasa saya mesti dia ganggu waktu saya tido. Sedih sangat,bila saya kemas rumah,tulang tulang bersepah.

Tuala wanita… segan sangat nak cerita bende ni. Dia orang tak rasa ke ada makhluk lain selain kita kat bumi ni?sedih kecewa dan macam macam perasaan saya ada.

Masa saya kemas rumah niat saya cuma satu je minta benda benda tu janganlah ganggu saya. Sampaikan saya nak buat post pasal tu pun saya tak tahu nak cakap macam mana.

Memang saya tak nampak mahkluk tu tapi saya dapat rasa kehadiran dia. Saya hanya nampak dalam tido je.
Rumah tak bersih macam mana dia solat? Macam macam dalam fikiran saya tok cik.

Ada satu rumah tu saya kemas,bilik rumah saya nak solat. Saya angkat takbir terasa angin pantas lalu sebelah saya. Baru baru ni saya kemas tuala wanita masih ada darrah. Malam saya tido teruk juga saya kena.
Saya mohon semua orang yang baca ni tahu betapa penting jaga kebesihan.

Kalau boleh malam malam sampah sampah tu buanglah keluar rumah tak pun tutup lah.

Sedangkan saya rumah tak kemas sikit pun saya dah dapat rasa kehadiran dia nikan rumah org lain. Tolonglah jaga kebersihan. Malas macam mana,letih macam mana segala sisa sisa makan tolong buang dalam tong sampah

Dan tuala wanita tolong cuci dengan bersih guna sabun dan bungkuslah elok elok supaya tak dijilat mahkluk tersebut.

Terima kasih tok cik sebab sudi dengar cerita saya. Sedih dah tak tahu nak cite dengan siapa. Bukan tak nak beritahu tuan rumah takut nanti tuan rumah kata saya yang tak betul. Wahal dia tak tahu,apa yang kita tahu.

Memang kita yang dewasa ni tak nampak benda benda tu. Tapi anak kecil kita nampak. Tu sebab kadang kadang bila rumah kita kotor ada mahkluk tu anak kecil asyik meragam.

Ada lagi. Mana rumah yang ada mahkluk tu saya kemas mesti dia marahkan saya. Macam macam cara dia ganggu saya waktu bekemas, kadang kadang serupa anak istimewa saya,kadang kadang macam yang lari sana sini walaupun rumah yang saya kemas tak ada kucing dan setiap kali saya gi kemas rumah orang tak penah bawak anak.

Kadang kadang lampu ruang yang saya kemas tiba tiba tutup dan buka dengan sendiri. Tapi tetap saya buat sebab niat nak bersihkn rumah dan mencari rezeki yang halal. Itulah risiko paling mencabar keja sebagai ambil upah rumah orang.

Maaf kali ini cerita tidak panjang. Entah kenapa hati aku tidak enak ketika menaip kisah ini. Ada beberapa pasang mata sedang melihat. Mungkin tidak suka cerita mereka di siarkan. Pesanku kepada semua jagalah kebersihan di dalam rumah terutama tulang dan tuala wanita yang berdarah. Jin dengan rakusnya berpesta menjilat tulang dan darrah di pad.

Haishh… setiap kali menulis story ni mesti saya akan meremang dan pandang kanan kiri… bila suruh cuci pad cakap tak perlu….Tak susah pun cuci pad kita yang ada darrah sebaiknya dan baru buang. Thank you admin sebab sudi kongsi cerita ni

Yang dah kawin lama tapi tak dapat-daapt anak tu mungkin boleh start dengan jaga kebersihan. Banyak case benih di makan sesuatu gara-gara bende tu dah suka pada kita. Wallahualam.

Semoga allah limpahkan rezeki dan kebahagiaan buat pembaca semua Aamiin….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *