Tengah Mak Usap Tangan CikNah Tetiba Mata Cik Nah Terbeliak. Mata Dia Merah Pandang Mak Dengan Tajam

3 tahun lalu ayah dan mak pernah sakit, sakit yang pelik. Demam yang tak kebah. Aku cakap pelik sebab bila dah pergi klinik, doktor cakap ayah dan mak sihat. Teruskan dengan ujian darrah, doktor cakap normal. Kami syak ada benda tak kena. Ayah dan mak Aku orang niaga, biasa kan orang kaitkan orang meniaga dengan siihir/buatan orang.

Akhirnya mestilah carik alternatif rawatan yang lain kan. Jadi kami pergi la jumpa pak ustaz. Ustaz yang ala ala rawatan Darussyifa tu la. Ustaz cakap ayah dan mak aku kena siihir sebab orang dengki. Aku jenis yang malas nak percaya.

Tapi bila dekat 2 bulan ayah dan mak Aku masih sakit, badan dah mula susut, terbaring tak sihat, Aku rasa marah dan sedih, siapa tak sedih tengok ayah dan mak kita sakit kan? Adik beradik Aku pun ada yang terkena sekali. Aku siap doa, ya Allah, jika benar kami di siihir, aku takkan maafkan si penyihir, kau berilah kesembuhan kepada kami ya Allah.

Family kami buat solat hajat, untuk kesembuhan ayah dan mak, moga Allah berikan jalan keluar.

Seminggu selepas solat hajat, ada ahli keluarga kami sakit. Sedara mara yang tinggal kawasan rumah kami jugak. Mak Aku memang tak boleh dengar kalau sedara mara sakit, tak sihat macam mana pun dia akan pergi ziarah. Balik dari ziarah, mak dan kakak Aku menangis. Aku namakan sedara yang sakit tu sebagai Cik Nah.

Semasa ziarah Cik Nah kat ICU, yang boleh masuk melawat dua orang je, mak dan kakak Aku. Masa melawat tu, Mak bagi la salam, Cik Nah yang dah dekat 3hari tak boleh bangun tiba-tiba bersuara. Mulut dia terkumat kamit. Mak dan kakak Aku usap la tangan Cik Nah nak bagitahu yang ada orang datang melawat ni.

Tengah Mak Aku usap tangan Cik Nah sambil cakap-cakap, mata Cik Nah tetibe terbeliak. Mata merah pandang Mak dengan tajam. Mak dah henti usap Cik Nah, tapi Cik Nah terus tenung Mak macam nak makan. Kakak dah tarik Mak ke belakang.

Mulut Cik Nah masih terkumat kamit. Tiba Cik Nah bangun macam nak terkam mak, sambil ulang jerit ‘memang aku yang buat korang, hihihi’. Cik Nah boleh mengilai. Kakak panggil nurse dan lepas tu aku xtahu apa yang jadi sebab Mak dan kakak sambung nangis.

Mak sehabis daya husnuzon dengan Cik Nah, tak nak tuduh sesiapa yang siihirkan kami. Tapi korang rasa apa yang akan kami fikir? Sekali dengan aku nangis walau aku tak tahu kenapa aku kena nangis.

Seminggu jugak Cik Nah dekat ICU, tak tahu apa sakit dia. Lepas tu Innalillahi wa inna ilaihi rajiunn. Cik Nah pergi tinggalkan 3 orang anak, yang bongsu baru 5 bulan waktu tu. Aku tak ada di kampung waktu tu, Aku tengah sambung study luar negeri. Lepas tu, Alhamdulillah ayah dan mak kembali sihat.

Cerita Cik Nah habis kat situ, tapi cerita Aku belum habis lagi. Seminggu lepas tu, Aku dapat mimpi yang pelik, berulang-ulang. Aku mimpi ada orang menggal, Aku tak tahu siapa orang tu, dalam mimpi tu, Aku rilek sedekah baca Yassin dekat jnazah.

Tiba-tiba jnazah perempuan tu bangun, kain kafannya terbukak sendiri, muka hitam, rambut pendek, badan kurus kering, telanjang datang merangkak ke arah Aku. Ko rasa apa yang Aku akan buat?

Ya, Aku lari sambil mulut baca segala surah yang Aku ingat. Tapi dalam mimpi tu jnazah perempuan tu tetap merangkak kejar Aku sambil ulang ‘maaf, maaf, maaf’. Aku tak kenal siapa dia. Bila Aku sedar, peluh menitik, dan biasa mimpi tu antara pkul 3 sampai dekat Subuh.

Aku beritahu mak pasal mimpi tu. Mak nangis lagi, Aku pun nangis jugak dengar mak nangis, ye kami suka nangis. Mak dapat mimpi yang sama, mak cerita detail muka jnazah dalam mimpi tu, sama!. Dan mak cakap itu macam muka aruah Cik Nah waktu saat-saat akhir aruah.

Waktu Cik Nah menggal kan Aku tak ade dekat kampung, jadi Aku tak tahu macamana muka Cik Nah saat-saat akhir nafasnya. Mak cakap maafkan lah Cik Nah, walau kita tak tahu betul ke tak Cik Nah yang siihir kita dulu.

Aku tak sangka benda ni boleh bawak sampai termimpi-mimpi. Padahal lepas Cik Nah menggal tu Aku sibuk dengan assignment dekat Universiti. Korang ingat ada masa ke Aku nak fikir. Tapi Aku kuatkan hati, Aku sebut dalam hati, ya, aku maafkan Cik Nah dengan harapan, mimpi tu tak datang lagi.

Korang rasa Aku mimpi lagi tak lepas tu?

Haha, ye, Aku mimpi lagi, mimpi yang sama tapi kali ni muka jnazah lebih jelas, merangkak sambik sebut ‘maaf, maaf, maaf’. Ngeri.

Mak cakap mungkin Aku tak ikhlas maafkan dia. Lepas tu baru Aku teringat yang Aku pernah kata yang Aku takkan maafkan si penyihir tu.

Masa tu lepas isyak, dah habis buat assignment Aku ambil wuduk, solat taubat, solat hajat, kemudian Aku doa sungguh-sungguh dan ikhlaskan hati untuk maafkan si penyihir tu.

Alhamdulillah malam tu Aku tak mimpi dah. Tidur nyenyak sampai subuh esoknya. Bangun pagi esok Aku rasa tenang. Mungkin sebab assignment dah siap. Huhu

Aku tak pernah nak tuduh atau kata Cik Nah yang siihir kami. Tapi ini semua apa yang terjadi pada kami. Kisah ni cuma satu dari berpuluh kisah siihir yang terjadi.

Aku teringin nak share pasal jenis perawat/ ustaz yang pernah Aku jumpa. Tapi panjang la pulak confession ni nanti.

Untuk kalian yang pernah disiihir, jangan pernah putus asa usaha, doa. Ustaz atau perubatan Islam itu hanyalah perantara. Sakit siihir hanya kita yang rasa, tapi penyembuhnya hanyalah Dia.

Untuk kalian yang pernah menyihir, taubatlah, jangan sampai siihir memakan diri, minta maaf pada yang kalian pernah zalimi. Mati itu pasti.

Untuk kalian yang pernah ada niat untuk menyihir, fikirkan berjuta kali, sebab sekali kalian terjebak, ianya adalah syirik, dan kalian sendiri tahu dosa syirik bukan? Sekian..