Sy kerja luar negara, tiap kali nk video call suami mcm berat je rs, sy x tahu nk trangkan pd suami mcm mana

Tujuan aku cerita ini sebab aku keliru dengan diri sendiri. Aku tak mampu nak luahkan pada sesiapa kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa. Aku isteri kepada seorang suami yang sangat baik, menetap di johor dan boleh dkatakn tak jauh dari fmily dan family in law. Suami aku ni tak merokok, menjaga solat, menjaga ikhtilat, tak s0sial, tidak boros, menyediakn keperluan seperti rumah, makan pakai.

Dia lewat 20 an dan aku awal 20 an. Dugaan bermula bila aku dapat tawaran kerja luar negara sbelum berkahwin lagi. Aku bukan seorang yang pandai, jadi bila ada pluang, aku tak mahu sia2 kan. Aku terima wlaupon pada awalnya ditentang tunang (suami sekargan).

Aku pernah bagi tahu, kalau berat rasa nak tunggu aku (masa tu bagi tau nak kerja 2-3 tahun memandangkn gaji tinggi dan ada plan untuk kumpul duit) aku rela dia putuskan tunang dan kahwin lain, sebab istikharah aku menunjuk kan tempt di mana aku bekerja sekarang.

Tapi dia tetap nak kahwin dan sanggup pjj. Aku serba salah, sayang tapi tak sanggup melukakan. Lepas berapa bulan aku kerja, aku berkahwin dan bulan 1 ni dah setahun kahwin dan pjj. Walaupun jauh, tiap 2 bulan sekali aku akan balik cuti dalam 2 minggu walau susah dan mencabar macam mane pon aku tetap balik.

Kadang sebulan sekali. Setiap kali balik aku layan elok2, bangun awal pagi kadang siapkn lauk bekal dia pergi kerja. Cuba untuk jadi isteri terbaik. Walaupun aku tau isteri yang baik adalah yang berada di sisi suami ?

Iya, aku selesa kerja di luar, alhamdulillah rezeki nikmat yang Allah pinjamkn sangat banyak, contohnya keluarga aku bukan orang senang, 1k untuk setiap bulan yang aku berikan sangat besar buat mak ayah walaupon itu bukan tanggung jawab aku sebagai anak prempuan. Dan kawan2 aku yang lain, selalu mengadu ada masalah duit. Lagi membuatkn aku takut nak berhenti. Bukan aku tak percaya rezeki Allah, mungkin ini cara Allah tolong aku untuk capai modal sebelum aku balik.

Apa yang mampu aku tolong, aku tolong, bahkan aku yakin, setiap rezeki yang aku dapat ini, terselit rezeki orang lain. Berbalik pada husband, setiap kali balik, dia akan tanya, sampai bila nak kerja jauh. Bukan aku tak nak kerja kat sana, tapi dia pon cukup2 makan je bila dah ptong duit rumah, kete dan macam2.

Dia pon pernah cakap tak nak aku jadi suri rumah saje. Dia nak bisnes tapi belum ada modal, jadi aku cuma mintak dia redha aku kerja luar bukan untuk aku sorang, untuk tolong dia juga. Dia tak pernah mintak duit aku tapi semua klengkapan diri, aku tanggung sendiri.

Dan aku tak berkira pun untuk beli barang2 dalam rumah, maklumlah rumah baru, kosong, malah rancak juga aku deco itu ini setiap kali balik. Aku tak pernah mintak duit dia sebab aku tahu gaji dia banyak mana, tapi bila aku kenangkn kerja aku dulu 7am-7pm gaji 1k.

Dengan kelulusan dan tahap ekonomi sekarang, dan banyak cerita mengaitkn kesempitan wang, aku buntu. Aku tak bersedia nak berhenti. At least bagi la aku setahun dua lagi untuk aku cukupkn modal. Dan setiap kali aku balik mesti ada gaduh. Dia tak pernah buat aku rasa nak stay wlaupon banyak kali aku bagi tau apa sebenarnya aku nak dari dia.

Dia tak pandai amik hati aku, contoh, dia tak suka menunggu, jadi bila aku balik, aku lebih suka keluar dengan kawan (perempuan dengan izin) mase dia kerja. Dengan dia, bukan skali, 2,3 kali aku kluar shopping biase la prempuan belek2 barang 5-10 minute, normal kan? Dia dah buat muka tak kisah depan orang, jalan pon tinggal aku kat blakang.

Aku malu bila orang tegok. Terus tak ade mood nak shopping. Kempunan sorang isteri. Keluar mesti tergesa2 Aku pernah slow talk pasal ni, tapi dia cakap tu dah memang prangai dia tapi masa bercinta boleh pulak kawal ok, Sejak dari tu aku tak kluar mall dengan dia. Ni pun aku pjj, kalau dekat?

Di rumah, iya aku hadiahkn dia ps4 sebab dia sorang duduk rumah. Sunyi katanya. Aku tak kisah dia main game. Even kalau aku balik pun dia main smpai lewat malam. 12 malam baru masuk bilik. Sepanjang aku jauh, dia memang susah nak msg aku. Kadang bole kira berapa patah. Video call lagi lah sbulan sekali pon susah, itupun kena aku yang ajak. Aku slowtalk kata tak kan semua aku nak start. TAK boleh ke dia start dulu ???? Lama2 aku dah tak kisah. Msg bpe kerat pon, takcall pon takpe.

Aku bosan dengan married life aku. Kalau ikut kan, asyik aku je start dulu, romantik, menggoda, manja, semuanya aku start dulu. Aku pon nak juga dia start. Tapi cakap dengan dia macam curah air ke daun keladi. Jadi aku pon buat tak tahu je.

Kalau aku merajuk, dia tak msg aku sehari dua, katanya bagi aku masa walhal aku dah bagi tau, kalau merajuk aku nak di pujuk bukan biar macam tu je sehari dua. Dah slowtalk tapi tak tahulah. Malas cakap banyak kali kang di copnya kita ni kuat complain jadi aku biarkn wlaupun menyakitkan.

Lama2 aku mula rindu life lama dan Aku akui sebelum kahwin aku ramai kawan lelaki since sekolah sebab aku kasar sikit orang nya Tapi dengan husband aku tak pernah kasar, aku manja. Yelah husband dengan kawan mana sama. Hati pon macam tisu.

Tapi semenjak aku kahwin, aku dah tak contact kawan lelaki. Setiap kali aku nak cntct, aku fikir aku isteri orang, berdosa dengan suami plus apa pulak kawan aku kata nanti. Kadang2 aku menyesal kahwin. Kalau aku balik kejap pon makan hati dengan perangai dia. Apatah lagi kalau aku duduk sebumbung.

Kawan serumah aku pon hari2 oncall, video call dengan tunang, pakwe memasing, aku? Laki sendiri pon msg kadang2. Aku pernah tanya, kalau2 dia ada plihan lain, atau kawan dengan orang lain tapi aku pulak dimarahnya kata aku merepek.

Aku bukan anti poligami jadi aku cuma nak dia happy sebab aku tak rasa pon dia happy dengan aku. Sama2 dah tak kesah. Kalau happy mesti dia pujuk baik2, layan aku elok2 masa aku balik supaya aku benti dan blek di sisi dia kn?

Husband pon fon tinggal merata2 pon relax je, fb pon aku ade password dia. Kadang aku rasa aku bukan jodoh dia, dia tak faham aku, aku pon tak faham dia. Rindu dengan life aku yang dulu. Kalau berpuluh tahun kahwin tak apalah ini tak sampai setahun layan aku macm ni.

Kadang sorang lebih buatkn aku tenang dari relationship ni aku tak cukup baik ke sebagai seorang isteri? Sampai aku fikir kalau dah memang tak ade jodoh, aku nak menetap terus kt sini tak balik dah Hati aku dah kering.

Sampai satu tahap, aku kenal dengan orang sini, dia baik, dia layan aku sejuta lebih baik dari suami aku. Dia bujang dan dia tak tahu aku isteri orang. Dia cakap dia akan melamar aku.

Yang jadi masalah aku kena minta cerai dengan suami aku dulu. Tapi aku tak tahu mana nak jelaskan. Dan kami sudah beberapa kali terlanjur. Dan aku rasa ada sesuatu yang terjadi sebab dah 6 minggu aku tak datang bulan. Aku buntu.. tolong aku.