Kadang aku xfaham family sendiri benci aku. Walhal baju raya sampai seluar kecik pun aku yg bagi duit. Last ada bende trbongkar waktu kenduri kahwin di rumahku.

Hai Aku nak share kisah hidup aku selama aku hidup 30 ni… kisah ni agak pjg sbb ini kisah aku yg sebenar…

Selama aku hidup 30 tahun, aku x penah dpt apa2 perhatian dan rasa dihargai oleh family aku.

Aku masih ada family.

Aku anak kedua dr 5 beradik. Tapi aku x tau kenapa aku dianggap seperti anak tiri atau anak angkat…

Aku tak tahu di mana silapnya tapi layanan mak aku pd aku x seperti mak org lain… kdg2 aku sedih sgt tp aku xde tmpt nak nak mengadu.. aku fikir maybe aku kakak so aku terpaksa beralah dgn adik2 aku smpai skrg ni…. apa yg aku buat tak pernah membanggakan mak n abah aku even aku yg plg cemerlang antara mereka….

Aku mulakan kisah duka hidup aku dr aku sekolah rendah… bila aku sekolah rendah dlu… mak aku meniaga sarapan pg.. jadi aku yg akan tlg mak aku bgn pg utk meniaga.. masa tu aku darjah 5. Bygkan masa darjah 5, aku dah pandai goreng mee, kueyteow dan bihun utk dijual oleh mak aku… aku selalu lambat utk ke sekolah.

Abg aku biasa lah.. anak lelaki, mmg diajar utk tidak perlu masuk ke dapur utk tlg apa yg patot. Dan adik aku no 3 which is alang dah masuk skolah asrama utk kanak2 kurg mampu. Yg lg 2 org masih kecil lg. Walaupon aku selalu tlg mak aku dgn bgn pg dan malam

Tido lewat, aku x pernah gagal dlm pelajaran aku… sbb aku mmg niat nak jd yg terbaik…. dr aku darjah 1 smpai darjah 5 aku dpt top 3 terbaik dlm kelas aku. Tp bila darjah 6, aku nak upsr, aku terpaksa jugak tlg mak aku meniaga. Bila aku ckp aku nak belajar, mak aku akan ckp ala upsr jer.. nnt spm kena belajar btl2. Aku jugak x dihantar tuisyen. Aku hanya pegi kelas malam utk belajar dgn cikgu2 sekolah… takpe aku fikir adik2 aku masih ramai.

Tapi keputusan upsr aku kira bagus utk masuk sekolah asrama. Aku nak sgt masuk asrama sbb aku nak keluar dr umah… aku suka tgk adik aku, alang. dia pegi asrama, blh pakai brg2 pencuci muka. Blh dpt duit setiap kali balik asrama.. tp aku tak.. mmg x dinafikan, adik aku lebih cantik dr aku. Aku dlu muka gelap sbb aku x pakai apa2 pon penjagaan muka sbb mak aku x mampu nak bg semua tu… aku sabar…

Bila masuk tingkatan 3, abah aku pencen.. kami pindah pulang ke kampung halaman mak aku.. Lepas abah pencen, abah still keje dan mak aku masih berniaga. Aku masih sekolah harian. Aku dapat biasiswa dr tingkatan 1 smpai tingkatan 5. Tp duit tu semua aku bg utk family. Adik aku yg alang tu ckp biasiswa tu satu family sorg je dpt, so kena share la utk semua adik beradik.

Mak aku lebih percaya alang dr aku.. along mmg x pernah peduli la psl pelajaran. Aku sbg angah rasa ini semua tak adil. Tapi siapakah aku utk bersuara. Duit biasiswa tu jugak aku buat utk bayar yuran dan beli brg skolah utk kami.

Aku tekad nak belajar sguh2 sbb aku dah penat hidup susah dan kena sabar dgn hidup mcm ni. Apa yg alang mintak mesti mak aku turutkan. Tp alang x berapa cmerlang dlm pelajaran, mak aku x pernah bising. Bila time aku, dapat anugerah cemerlang kena naik pentas, mesti mak aku akan mrh.

Kena naik lg ke tahun ni.. tak payah la, mak takde baju cantik nak pakai… aku yg dengar rasa sgt sedih sbb aku rasa mak org lain semua nak anak dorg naik pentas n amik hadiah… bila aku mintak hadiah dr mak aku… mak aku ckp nnt dia bg. Tp mmg aku tau takkan dpt semua tu…

Sampai la aku habis spm… aku tekad aku nak keluar dr umah. Oh lupa nak ckp, lepas pmr aku dpt mrsm dan jugak skolah teknik, tapi dua2 mak aku x bg sbb xnak aku masuk asrama. Katanya, belaja kat mana2 pon sama. Blh pandai jugak. Tp alang blh je masuk asrama sekolah biasa… sedih kan bila layanan x adil…. takpe aku pendam lg..

bila lepas spm, aku dpt lanjutkan pelajaran dlm diploma kat shah alam. Lepas diploma aku terus smbg degree kat sana. Sepanjang 5 tahun aku di shah alam, perbelanjaan aku sepenuhnya ptptn. Dan aku ada buat keje part time utk menampung perbelanjaan aku.. sbb aku sedar aku bukan org senang… tapi si alang.. sekali lg menghasut mak aku utk amik separuh duit ptptn aku sbb katanya aku boros berbelanja dgn duit ptptn tu.

Aku x tau la kalau org lain.. kalau aku.. mmg aku sedih dan aku x tau mcm mana aku nak hadap masa tu.. tapi yg byk tau kisah aku ni adalah cikgu sekolah aku.. dia byk bg nasihat utk aku supaya bersabar. Sepanjang aku kat sana, dia akan bg zakat utk aku belanja masa kat U. Aku sedih bila org luar yg byk tlg aku dr keluarga sendiri…

Alang jugak smbung study under mara. Dpt tajaan mara setiap bulan. Hidup dia mewah dr aku. Tapi dia diploma saja sbb dia x dpt smbung degree. Masa dia masuk kolej tu, dia selalu tipu mak aku ckp pointer dia setiap sem dekan, tpi aku akan ckp hal sebenar yg aku dpt sikit sbb kos aku susah. Aku amik kos biosains yg mmg sgt susah waktu itu. Tp aku gagah la juga habiskan degree aku.. alang keje dlu dr aku.

Bila aku hbis degree, aku terus dpt keje. Maybe rezeki aku awal. Gaji first aku belanja family aku makan. Aku bg mak abah aku n aku simpan sbb aku nak beli kereta. Alhamdullillah waktu tu aku dpt simpan 1k sebulan dan selepas setahun keja aku dpt beli kereta buatan malaysia saja.

Aku mmg buat calculation yg detail utk bayar muka lebih then monthly payment kurg. Tp aku x tau kenapa alang blh tahu berapa simpanan aku. Dia cek buku asb aku ada berapa dan dia bgtau mak abah aku. Aku keja, aku jimat kat tmpt keja aku x makan, aku balik umah baru makan. Alang pegi keja naik moto sbb dia xde lesen lg… Aku bwk kereta abah yg dah uzur, aku ada lesen n aku amik pon masa aku study kat u dlu…

Bila aku dah stabil, aku fikir utk berkahwin.

Ini la fasa setahun yg aku rasa aku happy selama aku hidup. Lepas aku habis degree, aku ada kenal dgn seorg lelaki ni. Aku penah confess sebelum ni psl kisah aku putus tunang dgn dia.. setahun aku kenal dia mmg aku sgt2 happy. Dia sgt menghargai aku. Dia byk motivate aku utk jd diri aku sendiri. Utk sabar dlm byk hal. Tapi aku x tahu mana silapnya.

Lg beberapa bulan nak kawen, aku terpaksa putus tunang.

Disebabkan byk faktor. Psl duit hantaran. Psl alang buat cerita yg bekas tunang aku hanya nak aku sbb aku ada kereta dan gaji aku tgi… Dan create story yg bekas tunang aku nak kikis aku. Allahu.. masa tu allah jer tau. Masa aku dlm planning nak kawen, aku ada bgtau parents aku yg aku terpaksa cut off duit bulanan yg aku bg pd mereka.

Selalu aku bg parents aku 200 sorg tp aku cut kepada 100 sorg sbb aku perlukan duit utk kawen, then alang ckp aku nak support laki la psl duit hantaran. Katanya, lelaki yg patot kua duit, kenapa aku susah payah nak tlg kumpul duit. Tah la. Maybe masa tu aku xde sape yg setuju dgn tindakan aku.. dorg rasa pempuan tak perlu pon simpan duit utk kawen…

sampai la aku rasa family aku x hormat aku bila semua family aku dtg ofis aku dan mintak payslip aku dr HR aku sendiri. Dorg nak tau berapa gaji sebulan aku dan kenapa aku hanya bg dorg 100 saja utk seorang. Aku sedih, aku malu. Aku kecewa masa tu. Dan mak aku mintak aku diberhentikan serta merta dan family aku bwk aku balik rumah utk berubat, katanya aku telah diubat guna guna oleh bekas tunang aku.

Sedih kan dgn masyarakat melayu punya pemikiran… aku x tau kenapa aku perlu lalui semua ni.

Selepas insiden di ofis tu.. aku balik stay kat umah. Tp aku x keje… mcm mana nak bayar duit kereta.. korg tau apa cadangan along aku masa tu. Suh aku jual kereta aku kalau aku x blh nak bayar.. sedih weyh dgn dorg pegang kunci kereta aku sbb takut aku keluar ke mana mana..

hp aku pon dorg pegang dan dorg pulangkan selepas seminggu sbb dorg niat nak pisahkan aku dr bekas tunang aku. Pada bulan 12, aku ada undangan pegi majlis akikah anak kwn aku.. dan dlm masa sama, bekas tunang aku dtg utk berbincang dgn org tua aku psl perkahwinan kami… biarpun time tu kami dah putus tunang tp dia masih mahu meneruskan hubungan ni… tp mcm biasa la.. ada yg menhasut.

Lepas aku balik dr kenduri kawan aku tu, aku terus kena pukul dgn parents aku. Mmg berbirat dan berdarrah bdn aku kena pukul. Aku x tau apa fitnah yg alang dah ckp pd parents aku.. pdhal aku x jumpa pon ex aku. Aku tau ex aku dtg pon bila mak aku bgtau td dia dtg umah…

aku x tahu apa2 tp ni yg aku dpt… aku rasa teraniaya sgt… mlm tu, jam 3 pg.. aku dpt kunci kereta aku. Aku larikan diri ke kl.. bwk brg2 berharga. Dgn sedikit simpanan, aku larikan diri ke kl. Aku stay sana seminggu.

Dan aku try utk contact pakcik aku psl apa yg berlaku, dan aku jugak kena mrh sbb bg mereka aku jua yg slh…. aku sedih sbb aku takde tmpt utk aku share mslh aku… lepas sminggu aku dpt keja di kl, aku balik kedah utk ambil semua brg2 aku…. dan family aku pon tahu tntg keja aku n dorg mmg menentang bila aku nak keja di kl.

Aku bina hidup aku di kl. Aku bina kerjaya aku. Aku smbg master utk aku lupakan kisah sedih dlm Hidup aku. Masa aku contact mak aku bgtau yg aku nak smbg master, aku call sbb nak mintak restu.. tp aku dpt kata2 makian. Mak aku ckp kalau aku smbg master, aku bukan anak dia.. sbb dia ckp masa aku degree pon takde laki yg sgup nak bg hantaran dgn level degree, kalau aku smbg master mmg aku xkan kawen la gamaknya…

aku mmg terkejut dgn apa yg mak aku ckp tp aku degil.. aku teruskan jugak master aku. Alhamdullillah aku berjaya tamatkan master aku dan grad on time. Masa aku study jugak, aku dpt biasiswa mybrain utk further master, alhamdullillah semua kos study aku dibiaya oleh KPT… aku bersyukur sgt2..

Aku masih berhubung dgn bekas tunang aku sbb dia yg mendorong n memberi motivasi dlm hidup aku. Masa aku study part time, aku bekerja dan aku juga mampu utk beli rumah di kl. Bila aku rasa aku dah dpt aku nak dan kecapi, aku balik kg aku utk mintak restu utk kawen, sbb aku x nak la smpai kawen lari kesiam. Bg aku restu parents tu perlu sgt2..

tapi… bak kata dorg, dorg takkan jilat semula apa yg dorg dah ludah. Aku dah tau jawapan. Aku terpaksa pilih antara family atau cinta..

ketahuilah. Aku sgt cintakan dia… benda ni dah lama tp till now, aku masih belum jumpa peganti dia… n guess what.. aku pilih family. Aku redha if dia kawen ngan org lain.. dia pon dah kawen.. dah ada anak… n aku.. masih dimusuhi oleh family sendiri…. ramai ckp family first dan aku dah utamakan family aku dlm segala hal… tp akhirnya aku dibuang family.

Then lepas aku balik mintak restu tp x direstui tu.. alang pon sibuk nak kawen.. ok la. Dia kawen tp dia ckp dia xnak aku dtg. She msg me personally and said. Dia xnak aku dtg. Dia xnak nnt aku rosakkan majlis dia…. hurmm rupanya dia kawen pakai duit parents aku 100%.. patot nak kawen sbb masa tu abah aku dpt kuarkan duit epf dia. Kuarkan duit epf utk buat kenduri anak… syabas utk alang.

Then aku tetap balik pd hari kenduri. Tapi aku dihalau sbb mak aku x mengaku aku anak… sedih kan. Tp aku redha.. sbb aku sendiri x tahu kenapa mak aku benci sgt dgn aku…. aku balik ke kl semula… aku diamkan diri sejak dr tu… smpai lah bulan puasa.

One day.. sorg makcik aku contct aku.. n suruh aku balik raya.. aku pon balik raya mcm biasa. Aku support baju raya utk family aku weyh. Tiga tahun berturut aku support utk semua termasuk la anak alang. Pasal baju raya, aku support utk semua family aku from head to toe and semua la yg dlm pon aku support.. tak sangka apa jua pengorbanan aku tak pernah dikenang.

Bukan tu jer.. setiap org dlm family aku punya birthday, mesti aku celebrate, siap belikan kek n adiah.. tp bila turn besday aku.. semua diam.. krik krik jer la hari tu.. alasan mak aku.. kami x tau nak beli apa kat angah, sbb angah ni semua dah ada.. aku kecewa weyh.

X semestinya brg mahal2, kalau bwk belanja makan dan kek satu slice pon aku dah rasa dihargai… nak tau kenapa aku ckp setahun jer aku happy? Masa aku dgn ex aku dlu… dia la org pertama yg menghargai aku, dia la org pertama yg celebrate besday aku… yg belikan apa aku nak. Buat surprise.. tapi kami putus bukan sbb org ketiga.. tapi sbb family yg x merestui…. Selepas itu, tiada lg smbutan besday utk aku…

Awal tahun 2018 aritu.. aku buat keputusan utk pindah balik ke kg halaman. Aku tau slh aku even ramai nasihat aku jgn duduk dekat dgn family setelah apa yg dorg penah buat pd aku. Tapi aku fikir, umo dah 30, apa lg nak buat kalau bukan utk bahagiakan parents kita.. aku balik. Pindah duduk depan umah parents aku.. sbb aku susah nak get along dgn mak aku. Maybe ada kemungkinan so aku menyewa depan umah parents.

Aku sewakan umah aku kat kl even aku dah fully renovate umah aku kat sana… aku tinggalkan semua nya kat sana utk aku rasa happy dgn family… and tetiba family aku mintak aku jual jer rumah kat kl tu… but nasib baik aku x jual n aku sewakan pd org.. kira setiap bulan pon ada la income utk aku jugak…

Aku pindah n alhamdullillah aku dpt keje terus kat sini. Benda yg plg aku bersyukur sgt adalah aku jenis yg mudah diberi rezeki kerja. Rezeki aku x penah putus.. alhamdullillah utk rezeki aku… aku keja awal pg n balik lewat n dah malam baru smpai umah. Jadi aku sgt penat n aku saje nak busykan diri aku dr fikir benda2 yg x sepatotnya aku fikir..

Anak alang dah setahun, nak buat besday party. Aku jugak sponsor. Aku sygkan anak sedara aku tu… Kalau dikira la, baju anak sedara aku tu lg byk yg aku beli dr alang n laki dia beli… aku bukan nak berkira. Tapi cara dorg tu mcm nak mengikis aku pon ada…

Aku byk sgt keluarkan duit utk gembirakan hati family aku. Actually aku bukan harap sgt.. tp at least appreciate.. bila org berbudi, kita berbahasa… adik2 aku study aku tlg. Masa aku stay kl. Aku sgup amik adik aku kat melaka n balik ke kedah sama2…

setiap kali aku jumpa adik aku kat melaka, aku bg dia duit belanja, belanja makan apa dia nak, kalau dia dtg kl naik bas, aku yg akan anta dia balik melaka sendiri, aku drive dr kl ke melaka utk anta dia dan patah balik kl sorg2. Kalau aku mntak tlg dia apa2 pon, aku akan upah dia makanan atau belanja tgk wayang ke apa.. sbb aku sedar, takkan ada pertolongan percuma dr sesiapa pon.. tapi skrg dia ungkit kat aku mcm2… bila aku ungkit dia ckp aku mengungkit.. tapi aku hanya nak mengingatkan dia apa yg aku penah buat kat dia selama ni..

aku x pernah mintak sesen pon duit dorg.

Sampai la satu ketika tu, jiran aku nak buat kenduri. Nak psg 10 khemah, aku x kesah nak psg kat depan umah aku. Tp apa yg aku kesahkan bila brg2 kenduri letak dlm garaj kereta aku… without any permission. Aku balik malam, satu hal x blh park kete dlm umah. Parking jauh, n then aku tanya kenapa letak. Susahkan aku mcm ni… n u guys tahu apa yg dorg ckp kat aku.. biasa la kenduri.

Tumpang letak kejap.. (dalam hati aku, tumpang letak tp tak mintak izin pon nak tumpang) n then dorg ckp aku x reti hidup berjiran.. patot la aku x kawen. Aku andartu.. n alang yg ckp mcm tu kat aku… n yes aku sgt terasa. Aku n alang dah berbaik masa tu n aku sgt sygkan anak alang mcm anak aku. Mcm2 aku dah beli kan utk anak alang. Dr carseat smpai stroller tp aku x sgka dengki dia pd aku masih tgi….

mcm2 dia ckp pd aku. Adik aku yg study kat melaka tu, dia ckp x hidup berjiran, nnt mati golek masuk kubur sendiri. Hurmm aku x tau nak ckp apa kalau dah benda mcm tu keluar dr seorang pempuan yg bertudung labuh dan sering ke usrah… sape dorg nk judge hidup kita… aku sgt sedih. Salah ke aku tanyakan hak aku.. sbb rumah yg dorg letak brg tu, umah yg aku sewa n aku bayar setiap bulan.

Siap pesan, jgn kunci pagar… sbb susah dorg nak kuar masuk amik brg… aku rasa x selamat sbb bila tidur, org keluar masuk umah aku sesuka hati tgh2 malam sbb nak amik brg kenduri…. Org yg buat kenduri tu dah happy2.. tp family kmi masih berantakan…. Disebabkan aku tak puas hati sbb dia letak brg kat umah aku.. semua family aku pulaukan aku n buang aku.. pelik kan.. lebih pentingkan org luar dr family sendiri..

N bru bulan lepas, sekali lg mak aku kuarkan dr mulut dia yg aku ni bukan anak dia. Dia xde anak yg jahat mcm aku.. aku sendiri x tau apa kejahatan yg aku buat. Mak aku n family aku sgt lebih kan org luar dr family sendiri….. jiran2 sgt penting dr mereka lebih dr aku…

n now. Aku balik kepada hidup aku yg dlu. Aku hidup sendiri.. mmg aku hidup depan je umah family aku tp rasanya seperti jauh.. sebelum puasa ni aku dah berpindah rumah lain yg jauh sikit dr rumah aku skrg. Niat aku nak pindah balik ke kl, tp disebabkan aku dah keje kat sini. Officemate aku semua baik2 walaupon aku sorg je melayu dan yg lain cina. Dorg sgt respect n layan aku dgn baik sgt…

aku x tau apa slh aku.

Mcm2 dah aku berikan. Adik aku xde duit aku bg. Tp ni yg aku dpt…. mungkin aku terlalu byk

Memberi smpaikan dorg tak pernah nak hormat aku…

Apa yg aku buat semuanya salah.

Kdg2 aku rasa mcm dorg perlukan aku utk amik

Kesempatan atas aku. Dgn apa yg aku ada.

Aku ingat kawan jer yg akan makan kawan.. tp

Family jugak ada yg mcm ni..

aku x sgka actually ni yg aku dpt atas apa aku dah berkorban. Aku dah korbankan byk benda escpecially aku pindah balik stay dkt dgn dorg…. dalam masa yg sama, aku bersyukur sbb aku ada kwn2 yg tak pernah judge aku.

Mcm biasa la. Adik2 aku semua hebat sgt jd stalker. Sampaikan add fren dgn kwn2 aku kat s0cial media aku.. nak tgk aku buat apa.. tpi si alang ni dia takde kawan.. kawan2 dia smeua gaduh ngan dia… kat tmpt keje pon org pulaukan dia… sbb dia rasa dia byk ilmu agama dr org lain. Suka rasa dia plg bagus… dia jugak stalk ex aku n then bgtau aku psl ex aku. Siap ckp aku loser sbb ex aku dah bahagia..

aku x pernah slhkan ex aku kalau dia kawen ngan pempuan lain. Sbb aku tau, aku dgn dia mmg takkan kawen tanpa restu. Jadi buat apa aku still nak pertahan kan hubungan tu..

kadang2 family aku selalu mrh bila aku byk habiskan masa dgn kwn2 aku… sbb aku rasa dorg lg paham aku dr family aku sendiri…

Kalau aku hang out ngan kwn2 aku.. ktrg sama2 spend money. Kalau sorg dah isi minyak ngan tol, yg lain belanja makan, yg lain bayar parking. Tapi kalau aku keluar dgn adik2 aku, aku la keluar minyak, aku la byr toll, makan semua la all in under aku, mcm aritu, mintak byrkan parking rm2 pon ckp aku berkira sbb mintak duit parking sedangkan time tu aku xde duit kecik.. susahkan bila nampak senang di mata family. Aku paham konsep rezeki yg kita dpt ada bahagian rezeki org lain… aku ikhlas nak share rezeki dgn family, tp dorg dah ambil

Kesempatan lebih dr apa yg aku bg.. tah la. Aku buntu bila fikir balik…

Lg 5 ari nak raya. Aku masih sendiri. Dorg pon tak contact aku utk tanya perihal aku. Tapi aku x kesah. Hidup aku pegi keje balik keje. Aku taknak fikir benda yg buat aku stress.. dan bila stress kita akan cepat nampak tua… hahahaha (joking)

Aku bukan ego taknak balik raya tp aku rasa hati aku masih sakit lg dgn apa yg berlaku…. aku x mampu nak telan semua benda pahit tu….

Bukan aku nak derhaka, tp aku penat sgt hadap

Benda ni dr dlu lg….

Aku harap raya kali ni dorg akan sedar la dgn tindakan dorg pd aku… tapi akan keluar dr mulut alang yg, gamak nyaaa aku x balik raya.. hahaha. Sbb takde yg bg duit raya byk utk anak dia… tu aku dah tau dahh…. biarlah. Raya tahun ni pon aku dah beli semua baju raya utk dorg jugak…. tp x tau la dorg akan pakai atau x pd raya first nnt….. zakat fitrah utk diri aku pon aku dah bayar sendiri.

Aku x nak mcm tahun lepas, alang akan pertikaikan, aku dah keja kenapa abah aku yg kena bayar lg… setahu aku la kan, selagi belum kawen, masih tanggungjawab abah kita.. tp biarlah, aku xnak ada apa2 arguments lg… Aku dah penat jaga hati org. Kali ni biarlah aku jaga hati sendiri. Aku cuba happy kan diri aku…

Dah 24 hari puasa, aku sahur dan berbuka sendiri. Kdg2 ada yg tanya knp sorg jer, tp aku x jwb apa2 dan aku harap dorg paham la situasi aku. Kwn2 yg tau kisah aku ni, dorg mesti akan tau sape yg confess ni… ..

Utk pembaca semua, tak kesah la mcm mana hidup yg korg lalui, setiap manusia perjalanan hidup tak sama. Mmg aku ada semua nya. Tp aku takde family yg memahami dan yg supportive utk diri aku.. tu la ujian allah utk aku…..

Doakan aku kuat utk menghadapi ujian raya 2018 ni yer…. Doakan jugak aku dipertemukan jodoh yer…..

– ~tulip lavender~ via edisimedia