Suami Berlakon Jadi Lain Kerana Ingin Buat Kejutan Pada Isteri Tapi Lain Pula Yang Jadi

Khamis minggu lepas, lepas masak solat semua, tengok jam pkul 5.30. Biasanya paling lewat suami inform keluar ofis 5.15. Kalau balik lambat pun memang awal2 dah bagitau. Saya try call nak tanya tapi 3kali tak berangkat so saya fikir maybe tgh bawa moto. Saya yg tgh tak sihat tu pun terlelap.

Sampai lah saya terjaga dalam 7.45 masa ni jaga terus tengok henset tapi takda sebarang notification drpd dia. Saya tengok suami duk tengok tv dalam keadaan dah siap mandi semua. Saya dengan gelabah nya minta maaf kat dia sebab saya tak pernah abaikan dia masa dia balik kerja.

Memang rasa bersalah. Tanya benda yg memang selalu jadi bualan masa dia baru balik. Tapi dia biasa je tak respon sangat. Saya tanya pulak, kenapa abg tak kejut ayg waktu abg sampai? “Dah tgh tidur malas saya nak kacau awak. Dah la gi cuci muka dulu” Masa tu saya mmg tak sedap hati. Kenapa panggilan berubah. Saya ingat dia merajuk saya tak sedar masa dia balik. Saya pun cuba la ambil hatinya semula.

Tanya abg dah makan ke belum. Nak makan tak. Then dia cepat2 bentak saya kata tak payah. Saya tak lapar, saya tak dahaga, saya takda selera nak makan. Masa tu dah menitis air mata saya tapi saya masih tanya lagi abg ada masalah ke kalau ada masalah kongsi lah jangan macam ni.

Biasa nya kalau dia ada problem kat tempat keja ke atau problem lain balik je rumah dia buat2 manja sedih then terus je cerita pd saya tapi kali ni memang beza. “dahla gi solat pkul8 dah nanti tebabas” tiba2 dia tinggikan lg suara dia. Saya pun akur.

Selesai solat maghrib, saya bangun dan menuju ke bilik kami utk panggil dia jemaah isyak sama2 memandangkan org tengah azan isyak tapi malangnya pintu dikunci. Saya panggil dia ketuk2 pintu tak nyahut. Saya pun bersila sandar dekat pintu bilik tunggu dia.

Dah tengah tak sihat ni dapat sandar kat benda keras pun rasa macam tengah tidur atas tilam. Terkejut saya dia buka pintu mengejut dan dan badan serta kepala saya ikut gerakan pintu yg dibuka (dapat bayangkan cemana) tetiba jadi pening sikit sambil pegang kepala.

Sambil tu dia cakap dalam nada kasar haa sapa suruh sandar kat pintu jangan nak salahkan saya pulak sakit pala tu. Dia pun keluar ke arah ruang tamu. Saya pun gi lah solat isyak sendiri. Selesai solat, saya tenangkan diri kejap. Muhasabah diri. Ikutkan perasaan nak je saya melepek kat dia mcm biasa saya buat kalau saya tak sihat. Saya akui saya ni memang manja.

Sakit sikit pun nak perhatian lebih2. Lagi2 saya ni dah takda mak ayah. Ayah meningggal masa saya kecik. Mak meningggal masa saya baru nak kenal erti kehidupan zaman N ni. Jauh pula dr adik beradik kat kl, saya ikut suami kat pahang. Memang rasa alone bila diperlakukan macam tu. Emm. Tapi dah macam ni, saya fikir cara nak ambil hati dia semula. Bila dah ok, saya dapatkan dia. Cuba utk slowtalk.

Tp dia tetap buat tak hirau dan marah2 sy. Saya rasa ada something wrong tapi dia taknak cakap, Allah uji saya malam ni. Saya mengalah. Saya rasa saya perlu bg dia masa utk tenang. Lagipun memang tak sedap badan sangat masa tu. Saya pun cakap lah saya tak sihat ni, saya minta izin utk tidur dulu. Dia pun laju je kata dah pegi lah.

Sy pun akur. Saya terus lena, pastu terjaga bila dia dah masuk tidur. Tapi dia tidur belakangkan sy. Saya ambil tangan dia rasa leher dgn dahi sy, saya cakap saya demam. Muntah. Tapi dia cuma bunyi emm emm je. Saya belakang dia dah kesat kesat air mata. Yela dia tak penah macam ni sebelum ni. Mana lah saya tak terasa sampai macam tu sekali.

Esoknya pun saya jaga time dia dah nak gi keja. Saya terlepas subuh. Terlewat nak masuk mengajar tapi memang plan saya nak mc pun hari jumaat tu sebab mmg tak larat sangat2. Tu pun jaga sbb dia goyang2 betis sy. Saya dgn lemahnya cuba buka mata minta maaf dgn dia saya terbabas dan memang tak terjaga langsung.

Minta maaf tak dapat sediakan sarapan. Saya agak masa tu dalam pkul7 sebab biasa sama2 siap time macam ni. Dia dah bangun nak gerak tapi saya cakap kejap bang. Saya cakap nak gi klinik. Masa tu cakap sambil batuk2 rasa mual. Dia kata ok. Saya tanya abg taknak bawa ke. Ayg tak larat la. Dia jawab awak boleh drive kan.

Sy ada hal penting pagi ni nak settel. Ada mesyuarat penting katanya. Saya dah menitis air mata masa tu. Tiba tiba rasa nak muntah tak sempat bangun saya muntah atas katil. Dia boleh marah sy. Kata saya ni macam budak kecik dah tahu nak muntah tu cepat2 la bangun masuk bilik air.

Tempat tu lah nak tidur tempat tu lah saya muntah. Tak tahu najis ke. Belajar agama tinggi2 tapi tak tahu cemar cuci. Dia hina sy. Hina pelajaran sy. Saya tak hirau dah masa tu, memang tak tahan dah memang banyak saya muntah. Alang2 dah muntah situ saya habiskan muntah saya atas tu. Bila dah habis keluar saya rasa macam lega sikit tau. Saya pandang dia. Saya pun menjawab tapi rasanya tak lah biadab sangat pun bahasa sbb dah tengah sakit sangat.

Lagipun saya ni memang jenis suara halus tak reti berkasar. Tapi masa tu saya tak tahan sangat dengan perangai dia. Saya perli dia. Saya kata awak kalau tak boleh tlg saya tak payah lah marah2 sy. Awak ingat saya sengaja ke muntah kat sini. Kalau taknak tlg tu dah pegi je kerja. Kerja tu penting.

Meeting tu penting. Saya tahu la nak cucikan semua ni. Saya bukan budak kecik saya tahu cemar cuci. Pandai lah saya bersihkan nanti. Dia diam. Saya pun usaha utk bangun turun dr katil nak ke bilik air, tiba tiba dia dalam nada ego, tak ikhlas papah badan saya “meh nak tlg, cepat sikit gerak saya dah lewat ni” saya tepis saya cakap tak payah. Gi je kerja. Kerja tu penting.

Sy memang geram sangat masa tu dan terus jalan pegang dinding ke bilik air. Dia dgn nada ego dia lagi cakap awak takyah gi klinik. Rehat je kat rumah. Wkt lunch nanti saya balik kejap bawa awak ke klinik. Jangan degil. Tapi saya tak hirau. Sbb dia masih dalam gaya yg kasar tanpa belas kasihan. Dia pun terus keluar rumah gi kerja. Saya memang tak boleh terima apa yg dia buat.

Lepas bersihkan semuanya, saya mandi makan roti, makan penadol. Rehat jap. Rasa macam ok sikit, saya rasa nak ke hospital terus. Risau kena tahan wad, saya pun standby lah keperluan yg patut. Dan saya pun drive ke hospital private yg jadi pilihan utk bersalin anak first tahun lepas (tapi takda rezeki jantung anak tak berdegup masa 5bulan lebih) Nak dijadikan cerita memang kena warded.

Sy disahkan mengandung Alhamdulillah. Kena masuk air dan masuk darah. Saya memang kurang darah sebelum kawin lagi, keturunan. Staff situ tengok saya berseorangan, dia tanya la husband mana saya cakap out station. Memang jadi gila juga la turun naik dr tempat parking ke bangunan hospital. Sedih memang sedih, penat memang penat tapi saya redha jelah dan saya bersyukur Allah bagi kekuatan pada sy.

Alhamdulillah Allah lindung saya dr perkara buruk yg berlaku. Dalam masa yg sama saya baru buka henset, dia wasap kul11.30 suruh saya bersiap. Masa tu dah kul 12. Lepas tu dia wasap lg haii baca jeke. Saya off data dan call kawan rapat saya bagitau pasal ni.

Adik beradik sy, mak ayah mertua serta adik beradik ipar pun saya tak inform. Lepas tu suami call 3kali saya tak angkat. Dia pun sms kata degil betul la. Agaknya dia tgk saya takda kat rumah kot. Saya off henset lepas inform segala maklumat dekat kawan sy. Ptg tu kawan sampai. Dia tanya husband mana saya ubah topik. Tapi yelah dah rapat ni dia dapat baca lah keadaan sy. Saya tak cerita masalah saya tapi saya kata saya nak bersendiri tanpa suami.

Ahad ptg saya boleh discharge. Saya on henset. Banyak la sms sms yg miscall semua tu. Buka internet. Ada 163 msg dari suami kat wasap. Tapi first chat saya buka dr mak mertua dulu. Antara perkara yg disebut ialah mak tak tahu masalah rumahtangga kami tapi mak minta saya balik.

Kalau taknak balik rumah kami balik lah rumah mak. Saya dgn mak memang rapat dr sebelum kawin lg. Wpun jauh tapi selalu wasap sejak mak kandung saya meningggal, saya dikenalkan kepada mak, mak memang ambil berat pasal saya wpun belum lagi jadi menantu masa tu. Tapi dalam hal ni saya tak fikir nak balik rumah mak.

Sy taknak menyusahkan mak. Mak tak berapa sihat. Mak kena jaga Abah yg sakit tua. Dalam masa sama, mak jaga kakak ipar baru seminggu bersalin. Selain tu ada cucu2 yg tinggal dgn mak, mak perlu jaga. Saya memang dah fikir sebelum ke hospital lagi hal ni. Taknak susahkan mak bukan nak sisihkan mak.

Sy ambil keputusan duduk rumah kawan tadi tu dia pun ok utk tumpangkan saya sementara. Dia dtg naik teksi kemudian dia drive kereta saya bawa ke rumahnya. Saya dapat mc seminggu.

Bila dah sampai rumah kawan, saya call mak dan bagitau hal sebenar. Lama juga call duration and dalam masa tu saya call mak tu banyak kali suami call saya juga. Habis cakap dgn mak, saya rehat dan off henset. Adik beradik di kl pun tak tahu pasal ni. Hari isnin baru saya buka dan baca wasap wasap dia.

Dia minta maaf dan menyesal sangat sangat. Dia kata dia nak buat seperais utk saya memandangkan hari jumaat tu hari special. Tu yg dia saja2 buat kasar2 dgn sy, nak bagi saya sedih dan sedih tu bertukar happy bila dia buat seperais hari jumaat lepas dia balik kerja. Hmm seperais ke apa macam tu? Kenapa dia lebih pentingkan seperais tu lebih daripada keadaan saya yg lemah masa tu? Sanggup dia buat saya macam ni. Sampai hati awak bang.

Sy cuma balas, saya perlukan masa utk bersendiri. Bila dah sedia, saya akan balik. Saya masih trauma lagi diperlakukan macam tu.

Kat mana mana hatta dalam doa saya pun, saya masih ternampak nampak yg dia marahkan sy, hina pelajaran sy. Terbayang bayang apa yg dia buat. Setiap kali teringat memang saya sedih. Susah saya nak terima alasan dia yg nak buat seperais tu. Hmmm

Hari rabu saya dtg kl, sampai skrg ni ada kat kl rumah aruah mak kandung sy. Saya takut nak balik rumah sy. Hmmm saya buntu sangat. Apa perlu saya buat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *