Biasa Lah Ada Kawan Macam Tu. Itulah Dia Kawan Yang Kedekut.

Okay, lagi cerita pasal kawan. Kawan aku, Laila (bukan nama sebenar, ofc), baik orangnya. Baik tu subjektif dan mungkin ambik masa yang panjang untuk aku ceritakan pasal kebaikan dia. Tapi cukup lah aku cakap dia baik dan cukup baik untuk aku tahan dengan perangai dia. Jangan sebab kesalahan kecik yang seseorang tu buat kita nak benci dia seribu tahun kan?

Kawan aku ni satu, kedekut/berkira. Kedekut yang aku boleh tolerate la walaupun kadang2 telan air liur jugak aku tengok perangai dia. Biasa kalau shopping barang dapur apa semua kan, biasalah berbagi2 duit bayar balik tapi kadang yang 5sen pun dia mintak balik. Well, maybe sebab dia dari keluarga yang susah 5sen tu besar lah nilai bagi dia. Aku bayar je balik. Kadang2 kalau aku pesan beli barang dengan dia, dia akan kira kos perjalanan tu and bahagi dua jugak; aku bayar separuh. Okay la, aku faham, aku bayar.

Tapi aku tak ajar la diri aku nak berkira jugak dengan dia. Kadang2 kalau beza singgit pun aku halalkan. Kawan, kata till jannah, setakat seringgit dua tu aku no problemo la. Bila dia tengok aku tak berkira dengan dia, lama2 dia pun halalkan yg sen2 tu. Tapi, aku bayar jugak sebab tahu dia dari family susah. heee

Bab makan pun macam tu. Pernah aku keluar makan dengan dia and dia tiba2 nak makan frozen yogurt tu. Aku temankan tapi aku tak beli la sebab time tu aku duit cukup2 untuk lunch je takde dessert2. Dia ambik satu mangkuk large tu isi penuh2 and toppings tu dia ambik banyak gila sampai penuh mangkuk yogurt tu. Gaji dia dah masuk so sakan la makan2 ni.

Lepas bayar dia datang and duduk depan aku and makan. Sampai habis. Tak offer. Jujur aku cakap aku terliur. Sampai aku senyum2 kelat depan dia. Nak mintak memang bukan perangai aku meminta2. Malu weh. Aku pun masa dia tengah2 makan tu bangun nak tengok kedai kasut dekat depan. Menitik air liur kan, malu aku.

Aku positif jugak pasal hal ni. Yelah, dia dari keluarga yang susah so delicacies yang jarang dapat ni is a privilege and kalau boleh nak nikmaati to the fullest lah. Tapi aku takde buat dia balik macam tu. Aku kalau ada makanan sedap2 aku share la dengan dia. Bahagia kot tengok orang happy share makanan dengan kita.

Si Laila ni jugak ada pelik sikit la. Dia suka cakap sorang2. Aku pernah tido bilik dia beberapa kali and masa aku nak lelapkan mata, aku dengar suara orang berbisik2. Aku dah seram. Aku pandang Laila, dia tengah baring atas katil dia tapi aku tak nampak muka dia sebab gelap. Aku panggil Laila, bagitau dia aku dengar suara orang tengah berbisik. Dia gelak, dia cakap dia tengah bercakap dengan imaginary friend dia. Aku gelak balik (gelak kurus semangat sebab takut).

Masing2 dah 25 tahun, ada lagi ke imaginary friend umur2 macam ni? Aku tarik selimut sambung tido. Mungkin tu cara dia nak prep diri untuk lebih yakin dengan diri. Heh

Sepanjang aku sleepover dekat bilik dia, ada sekali tu aku pernah nampak dia tiba2 tersenyum sorang dalam gelap atas katil. Aku tanya, ‘Kenapa Laila senyum?’ Dia cakap yang dia teringat kejadian yang dia tengking budak petang tadi.

Laila dengan aku ada event dengan budak2 sekolah rendah pagi tadi. Program motivasi, kitorang yang jadi facilitator. Time tengah budak2 tu sibuk2 nak beratur ambik makanan, Laila tengking budak2 tu suruh beratur betul2. Sampai dalam dewan boleh dengar suara dia sampai cikgu2 pengiring yang bawak budak2 yang masih dalam dewan cepat2 keluar panik tanya kenapa.

Facilitator2 yang lain pun terkejut cepat keluar tanya kenapa. Budak2 dah mencicit takut dengan dia. Aku yang dekat sebelah luruh jantung sebab terkejut. Kuat sangat dia jerit. Tinggi dan nyaring sampai aku rasa kilat berdentum pun tak macam tu sekali. Aku rasa okay je perjalanan budak2 tu beratur cuma kena ushered sikit la jangan tolak2. Budak2 sekolah rendah memang la macam tu. Cikgu pengiring pun sampai datang mintak maaf dekat kitorang.

And malam tu, Si Laila boleh tersenyum teringat pasal kes dia tengking budak2 tu. Dia suka tengok muka budak2 tu takut dengan dia. Dia boleh happy tengok orang takut dengan dia. Mungkin aku je yang rasa pelik dengan si Laila ni so aku sambung tido.

And ada satu benda je yang buat aku rasa bengang sikit dengan si Laila ni. Dia pandang rendah aku. Banyak situasi yang berlaku yang buat aku rasa aku ni nampak bodoh dan lembik depan mata dia. Aku ingat dia pernah ajar aku pakai scrub muka sebab dia ingat aku tak tahu macam mana nak pakai padahal aku dulu yang ajar dia pakai scrub muka masa dia baru nak berjinak2 dengan scrub ni. Aku senyum kelat je bila dia ajar aku motion nak scrub muka macam mana. Hadoi.

Lepas tu kalau cakap pasal movies or drama series ke, taste dia la yang paling hebat. Cerita sains fiction atau cerita berat2 tu tak sesuai untuk orang yang simple minded or mentaliti rendah macam aku. Dia ingat aku layan cerita macam Twilight tu je. Aku ni takde taste la tengok cerita jumud macam tu.

Pernah kitorang cakap pasal satu cerita ni, aku cakap la cerita tu jadi tak best dipertengahan cerita. Dia boleh cakap, ‘cerita ni memang berat untuk orang macam awak. orang yang betul2 ada pemahaman fizik je boleh faham cerita ni’. Dia pun beria explain cerita tu pung pang pung pang. Aku tanya dia, ‘Laila dah tengok cerita ni?’ Dia jawab, ‘Tak. Tengok trailer dengan baca wikipedia je’ Aku rasa kalau bukan aku duduk bersila masa tu, naik jugak kaki aku ke muka dia.

Aku cuma cakap cerita tu tak best dipertengahan je dia boleh cakap aku tak faham terus cerita. Aku memang tak boleh nak bagi opinion langsung kalau bercakap dengan dia, mesti dia akan rasa benda yang aku cakap tu salah and dia akan betulkan semuanya sambil senyum sinis pandang aku.

Kenapa aku masih kawan dengan dia? Macam aku cakap awal2 tadi, dia ni baik je orangnya.. Takkan sebab kecik2 macam tu aku taknak kawan langsung dengan dia kan? Walaupun dia pandang rendah aku, aku positive je, mungkin dia boleh tingkatkan self esteem dia dengan pandang rendah orang lain.

Biasa la ada kawan macam tu. Bukan semua perfect. Aku pun taknak la putuskan sillaturrahim dengan si Laila sebab dia pelik sikit and pandang rendah aku. Selagi dia tak tikam aku belakang, tikam depan, tak buat mulut pasal aku (ni salah satu point baik Laila, dia tak pernah cakap buruk pasal orang), aku boleh tahan kawan dengan dia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *