Baru Tahu Adik Aku Beli Talifon Pintar Untuk Belajar Sejarah.

Nama aku Alin. Aku anak sulung daripada 7 beradik. Keluarga aku biasa-biasa je. Ayah aku kerja guard kat kedai kereta. Petang dah keluar gi kerja. Pg esok baru balik. Kadang aku sedih jugak, sbb aku jarang boleh jumpa ayah aku. Yelah. Ayah aku ptg dah kuar gi kerja. Time tu aku xbalik sekolah lagi. Balik pulak pagi. waktu tu pulak aku kat sekolah.

Mak aku pulak ayah aku tak bagi kerja. Dah anak 7org. Nanti kalau dua-dua kerja sape nak didik anak2? Tapi nasib baik lah mak aku ni kire terer jugak lah bab kuih2 tradisional ni. kadang ada jiran2 yg tempah utk majlis. Masyuk jgk la duit tu.

Lagipon pd masa yg sama merasa jgk lah aku mkn kuih tradisional tu. Biasalah, aku bukan org senang nak selalu makan makanan sampingan ni. Biasa 2kali sehari makan nasi. Tu pon syukur dah weh dpt mkn nasi. Org lain makan nasi pon xde duit.

Nak dijadikan cerita, tahun lepas adik aku yg no 4 tu, dia masuk sekolah tahun 5. So, banyak la keperluan2 dia nak guna utk prepare UPSR. Mcm biasa, waktu tahun 4 main2 lagi. Masuk tahun 5 baru sedar tahun depan dah nak UPSR. Utk pengetahuan, bukan nak bangga tp keluarga aku ni start dari aku yang sulong sampailah adik aku yg no 3 mmg perform akademik ni.

UPSR 5A, PMR 9A, cuma SPM jelah aku down sikit. 9A je. Dan skrg aku ambik form6 sbb xde duit nak sambung belajar kat universiti. Huhu. So, nak dijadikan cerita adik aku yg no 4 ni rasa tercabar lah sikit. Dah abg kakak dia semua perform study. Konfem lah dia nak ikut jejak langkah kakak dia. Haha. Riak jap.

Ok back to the story. Nak dijadikan cerita, tahun adik aku tu, kementerian ubah semua silibus utk UPSR. Bayangkan selama ni kami adik beradik ni guna yg warisan je. Buku2 aku zaman dulu adik2 aku guna yg tulah. Mak ayah aku mana ada duit. So, kami xpernah mintak utk beli buku baru. Mak ayah aku dari kecik dah didik kami adik beradik utk berjimat cermat.

Adik aku yg no 4 ni lain sikit taw, dia ni jenis xde adab skit. Sorry to say lah ye. Tp bukan jenis xde adab sgt, just dia ni xreti la nk pikir hati mak ayah aku ni. Pikir dia nak, pasti dapat je. Haih geram plak aku. Aku yg dgr dia duk merayu2 mtk buku baru dgn mak aku tu rasa mcm nak lempang je. Tapi aku diam je.

Esoknya hari jumaat. So aku yg duk pantai timur ni mmg cuti lah kan. Satu hari aku duk rumah je tolong mak aku kemas rumah bagai. Adik aku yg no 4 tu pulak entah kemana menghilang. Aku tgh masak brekfes waktu tu. aku dgr dia dh keluar dgn kawan dia. Pelik jugak aku xpernah2 keluar awal pagi.

Owh lupa nak cakap, adik aku ni lelaki ye. Kalau korg pon mesti akan pelik jgk bdk laki kuar awal pagi. Biasa konfem tido je memanjang pagi2 buta ni. Cuti pulak tu.

Petang tu, dalam pkul 4 macam tulah. Waktu tu ayah aku duk baca surat khabar . Sambil2 mak aku duk goreng cekodok kat dapur. Tetiba adik aku balik. Yang aku pelik, adik aku balik tu, terus gi borak ngn ayah aku. Lama jugak lah boraknye. Ayah aku dari tadi asyik mengangguk je. Tak tahu lah apa yg dianggukkan tu. Aku duk kat dapur waktu tu. Xdpt nak tangkap sgt perbincangan diorg waktu tu.

Ok. Lepas tu, dalam 3minggu jgk lah. Perkara pelik berlaku kat mak ayah aku. Bagi aku agak pelik lah sbb sebelum ni tak pernah terjadi kat mak ayah aku. Sejak 3minggu lepas, ayah aku selalu xbalik rumah. 2hari sekali baru balik. Tu pon kejap sgt. Kadang kami adik beradik mmg seminggu tu langsung xsempat jumpa ayah aku.

Adik aku yg bongsu selalu duk merengek kat mak aku. ” ayah, mana mak?” mak aku boleh senyum je kat adik aku waktu tu. aku ni duk tahan je air mata dpn mak aku. Yelah. Kalau ada mslh cite lah. Aku kan anak sulong, wajib lah aku ni bantu family aku kan. Aku rasa mcm xberguna giler kot utk family aku waktu tu.

Apa yg aku perasan, mak ayah aku sibuk kerja je. Mak aku boleh pulak buat kuih gi hantar kat kedai2. Sebelum ni kalau ada tempahan baru buat. Hmm.. Pelik sungguh. Dan benda yang paling paling aku pelik, dah 3kali aku nampak mak aku borak ngn adik aku kat dapur. Pastu hulur apa tah kat adik aku. Aku perasan ni pon sbb aku pelik sgt pastu aku senyap2 intai apa mak ngn adik aku buat kat dapur.

Satu hari, pagi sebelum gi sekolah. Aku nampak mak aku hulur duit kat adik aku. Banyak weh! Bukan sikit. Aku nampak ada la dlm 2 3 keping jugak lah not rm50. Masa tu aku berang giler. Tp aku tahan je. Buat buat xnampak je. Series weh, Sepanjang hari tu aku tak tenang langsung duk pikir ke duit mak aku bagi adik aku tu.

Macam biasa , aku akan balik sekali dgn adik aku. Benda yg buat aku bertambah pelik bila adik aku gtau aku dia xjadi balik sekali dgn aku. Dia dh mtk izin mak aku balik lewat sikit. Ok fine. Aku boleh balik sorg lah.

Petang tu, dlm pkul 6.15 kot, adik aku balik. Dia jalan masuk rumah tu, satu benda je aku tengok. Bukan tengok muka dia. Tapi aku tenung je benda yg kat tangan adik aku tu. Phone weh! Phone! Mak aku bagi duit pg td tu dia beli phone weh! Aku ni berderrau darrah ni nak marah. Kaki aku ni laju je pergi kearah dia dan “PANNNGGG!” .

Akubtampar dia weh! Aku tampar adik aku! Aku dari tadi tak berhenti menangis. Tangan aku still lagi rasa pijar sakit sbb aku tampar adik aku td. Rasa mcm mimpi. Sekelip mata berlaku.

Esoknya, aku buat dont know je. Nampak adik aku kat dapur, kat ruang tamu. Tapi ibarat mcm xde org. Adik aku pon senyap jgk. Tp yg buat aku xreda marah aku ni sbb dia selamber lagi duk main phone tu dpn aku. Pastu kdg duk atas kerusi, meja study. Tp bukan tengok buku pon. Geram nya aku tu allah je tahu. Makin lagha dah adik aku ni.

Satu hari, aku nekad nk ambik phone adik aku tu, pastu nk sorok. Sorok jelah mana2 pon. Asal adik aku rajin balik baca buku mcm dulu. Kebetulan adik aku gi dapur. Nak buat air milo kot. Air favourite dia. Aku pon dgn nekad tekad semua benda lah aku pon pergi lah nk ambik phonr adik aku tu.

Dan waktu aku nk ambik tu, aku pelik lah kan sbb aku nmpk ada gmbr, bentuk2 gitu. Aku pon dekat lah sikit lagi. Bila aku intai tu. Aku nampak dia duk baca nota sejarah. Kat tepi2 nota tu ada video yg berkaitan dgn nota tu, pastu ada dia tempat dia highlight tajuk2 kecik n nota penting. Mcm2 lah. Aku pon mcm pelik lah kann. Dia ni buat apa sebenarnya dgn phone.

Duk tengah aku pikir tu, ttbe adik aku muncul. Dia senyum. Paatu dia tnye aku. “kak long nak tahu tak adik buat apa skrg?” “ha, adik buat apa? ” “adik study”

Adik aku pon cite lah dari A-Z. Rupanya adik aku beli phone tu sbb nk guna apps ilearnace utk study. Niat dia nak jimatkan duit mak ayah aku . Cumanya awl2 ni kena lah berkorban sikit. Sbb dia bayar setahun sekali je. Kalau nak dibandingkan dgn beli buku, kertas soalan, tuisyen mmg adik aku dah tahu yg keluarga aku xdak duit utk semua tu.

Sbb tulah mak ayah aku kerja kuat sgt 3minggu lepas. Mereka fikir jauh. Utk masa depan. Setahun sekali je melabur. Pastu mmg agt jimat utk pelajaran. Aku ni menyesal hang tak soh habaq lah.. Mmg berjuta kali mtk maaf ngn adik aku hat sorg ni. Aiihh cakap kedah plak ceq ni. Haha.

Begitulah kisah dia. Kalau lah aku tahu dari awal. Mmg xlah aku nak tampar adik aku. Aku selalu pikir negatif je kat adik aku sorg ni. Rupanya dia sgt berjasa. Fikir utk jimatkan dan kurangkan kos mak ayah aku guna dlm pelajaran anak2.

Apa pon, yg aku perasan, akademik adik aku sgt meningkat dari sebelum ni. Khulasohnya, dlm kegawatan ekonomi skrg, berjimat cermatlah. Skrg dah xyah beli buku dh habis beratus ringgit. Hanya beli satu kad, ada semua subjek, soalan, peta minda, nota. Sangat jimat .