Mak balik mnangis kena halau dgn nenek petang tadi, mengucap panjang dgr cerita mak aku.

Hai. Aku tak pandai tulis karangan tapi malam ni, masa aku tengah tulis ni aku kecewa sangat dengan sikap nenek aku. Mak aku balik rumah dari jenguk nenek dekat rumah dia tadi, dia balik nangis2. Tu mak aku, sebagai anak aku sedih, kecewa dan marah dekat nenek aku lepas mak aku cerita yang nenek marah dan halau dia tadi.

Straight to the point, dari kecik memang nenek aku tak syg sangat dekat mak aku. Sebab dia aku taknak cerita nanti panjang pulak confession ni. Nenek aku kawin 2kali, perkahwinan pertama dapat mak aku, yg kedua dan terakhir dapat 5orang adik beradik mak aku dari lain ayah. Ayah tiri mak aku dah meniggal.

Masa aku kecik2 selalu nenek layan sepupu2 aku lebih dari kitorang adik beradik ni. Banyak kali aku tengok mak aku nangis sebab nenek aku. Kau bayangkan lah aku kecik2 dah tau dah orang tak sayang kami adik beradik tapi aku ikut jugak mak balik kampung ziarah nenek aku sebab tu nenek aku. Tu belum lagi aku cerita mak aku kena kutuk kena fitnah, tak mengaku adik beradik dengan adik2 mak aku. Tapi tiap kali kitorang jumpa aku masih senyum, masih salam dengan diorang.

Nenek aku ni bias sikit dengan anak2 dia, dia sayang lebih2 anak bongsu dia. Segala benda dia bagi anak emas dia tu. Serius, semua benda. Tapi time dia skit, mak aku la yg jaga dia.

Berapa kali dia masuk hospital, dia banyak penyakit, kanser usus, skit jantung, tiap kali dia masuk hospital mak aku la yg teman dia dalam hospital tu. Anak2 dia yg lain? Main tolak2 mcm bola je. Basuh berak dia? Mak aku la. Bila suruh anak bongsu dia tu? Hram taknak, geli lah apa lah tapi dalam facebook bukan main post kata kata konon nya sayang mak.

Baru2 ni nenek aku masuk hspital, anak2 mak aku la yg tolong, abang aku uruskan bayaran nak masukkan bateri dekat jantung dia. Cucu2 yg dia benci ni la yang tolong dia. Aku turun naik hospital gilir2 teman dia malam2 dengan mak aku. Anak dia yg lain? Adaa. Tapi jenguk2 masa waktu melawat, tu pun kadang2 tak datang langsung.

Baru baru ni mak aku nasihatkan anak emas nenek aku tu. Jangan susahkan nenek aku tu lagi. Kitorang baru tolong dia setelkan hutang2 yang dia ada. Mak aku nasihat jangan cucuk nenek aku suruh meminjam lagi. Dia skit jantung tu pun kes kerja kuat nak setel kan hutang dia yg berlambak. Berhutang tu pun duk pergi berjoli dengan anak bongsu dia tulah.

Bila mak aku nasihat, anak emas dia pergi mengadu dekat nenek aku, hasilnya tadi mak aku kena marah betul2 dengan nenek aku sampai dia suruh mak aku bayar balik penat dia besarkan mak aku. Nenek aku tak bagi mak aku jejak kaki dekat rumah dia lagi, and nenek aku ada cakap yang dia nak buat solat hajat biar mak aku ni jatuh miskin.

Aku bukan sebelahkan mak aku sebab dia mak aku, aku dah besar aku reti beza hak dengan yg batil. Tapi aku boleh cakap yg mak aku ni baik betul, dari kecik dia dilayan macam sampah dengan nenek aku tapi dia masih lagi harapkan kasih sayang dari nenek aku. Dia masih hormat dan jaga nenek aku. Macam2 dah nenek aku buat tapi mak aku masih lagi jenguk nenek aku dekat kampung. Sungguh, kalau semua ni jadi dekat aku, memang tobat aku tak ambik tahu dah.

Anak2 nenek aku sampai ada dah yg buang dia, sampai ada yg tak mengaku mak. Cucu2 dia yg lain pun mana ada yang ambik peduli pasal dia. Ni semua kes dia mewah dan rajakan anak emas dia tu. Anak2 mak aku je yg peduli.

Tapi hari ni mak aku janji dah yg dia takkan ambik peduli dah. Aku rasa hati dia dah tawar betul. Sedih betul tengok dia tadi. Bulan 9 ni nenek aku ada appointment dekat hospital pasal beteri dekat jantung dia tu. Mak aku cakap dah dengan adik beradik dia, dia taknak dah pergi tolong. Dia suruh anak2 nenek aku tu yg lain balik, jaga sendiri. Selama ni mak aku je yg bersungguh jaga nenek.

Banyak lagi kisah dia. Tapi aku taknak cerita details. Takut korang malas baca. Hahaha.Sebagai anak, aku taktahu. Berdosa ke mak aku? Salah ke kalau mak aku mcm ni? Kalaupun salah, habis perasaan mak aku macam mana? Sampai tahap mana lagi dia kena bersabar? Aku tak sanggup nak tengok mak aku mendrita lagi. Kalau ikut hati, mmg aku taknak bagi dah mak aku balik..

Ok utk part ayah..ayah aku masih hidup. Doakan dia panjang umur ye. Cuma ayah tak pernah halang mak berbakti dekat nenek. Mak aku selalu kena marah, kena halau tu dah biasa dah, depan ayah pun nenek pernah marah tapi ayah tak halang lepastu kalau pun mak nak balik jenguk nenek lagi. And yes, mak kena marah macam mana pun still lagi balik jenguk, jaga nenek. Sebab tu mak dia.

Pasal hutang, bukan nak ajar bayarkan hutang nenek tapi dia dah tua kerja kuat sebab nak langsaikan hutang dia sampai jatuh skit. Anak mana yg sanggup nak tengok mak dia skit lagi. Tambahan lagi nenek baru keluar hospital, tempat dia berhutang pun call tiap2 hari mintak nenek bayar. Mak taknak dia skit lagi.

Kami adik beradik sedih tau bila tiap kali jadi macam ni. Macam mana mak berkorban pun macam sia2 je. Time skit tu dia puji mak sebab jaga dia bila sihat terus lupa. Sape yang tak sedih tengok mak dia kena layan macam ni?

Aku memang bukan cucu yg baik, aku tak mintak kena puji pun sebab selama ni apa aku buat semua sebab mak aku. Aku jaga nenek dekat hospital pun sebab kesian dekat mak. Mak tak sihat sangat, dia pun bukan muda lagi.

Tapi, aku harap korang doakan nenek aku berubah. Dan doakan lah dia sihat. Aku tak mintak lebih, aku cuma harap nenek dapat syg mak aku n hargai mak sebab aku dapat rasa yg mak masih lagi berharap dan menagih rasa syg nenek untuk dia. Dari kecik dia tak dapat rasa kasih ibu yg sebenar, aku harap mak dapat rasa lepas ni, walaupun sikit.Terima kasih. Doakan yg baik2. Bye