Tanda aku bagi hint dekat isteri, luar pintu bilik, aku saje je ketuk ketuk sudu dan mangkuk tapi ini pulak isteri buat pada aku.

Bini aku baru mengandung anak sulung 3 bulan gitu lah, sekarang ni aku ada masalah besar, bini aku merajok terok ni. Aku jenis gila kerja, aku sedar tu, tapi aku tak boleh nak ubah. Isnin sampai ahad aku memang sibukkan diri aku dengan kerja sejak aku bujang lg.

Lepas subuh aku dah pergi kerja, malam aku baru balik. Macam tu la setiap hari, bini aku kerja juga tapi dia opis hour je. Ahad kami memang off day tapi aku tetap jugak akan cari kerja untuk dibuat pada hari ahad tak kisah lah buat apa pun kat umah mak aku.

Sekarang bini aku merajok sangat sebab dia kata aku tak ada masa untuk dia, ke mana dia pergi semua sendiri aku tak teman, beli barang dapur, pergi pasar malam ke ape ke. Nasib baik pegi check up dia tak ade ajak aku dia handle sendiri.

Sebab aku fikir dia dah ada kereta sendiri aku pun ada kereta sendiri so wat hal masing masing sendiri la. Bila malam dia baru sampai rumah balik kerja terus masak dan mengemas semua so dia penat dan tidor awal. Aku ada satu tabiat, jenis kalau tak kerja sehari aku dah mula bukak buku akaun kira kira tengok apa yang aku rugi, bini aku nak bercuti aku bwk dia tidur rumah mak aku je, kira cuti lah tu. Jimat.

Rumah mak aku dengan rumah kami tak jauh sgt. Jadi senang sikit kerja aku, bawak dia cuti tidur rumah mak aku, aku boleh buat kerja aku. Aku jenis terlalu berjimat punya orang. Bini aku patut bersyukur tau dapat suami macamaku.

Jadi sekarang bila dia merajuk dia langsung tak pandang aku. Muka aku dia tak pandang langsung ok, tak pandang langsung. Kain baju yang dah dijemur pun dia tak nak angkat, dia angkat dia punya je, kira first time jugak la aku angkat kain kat jemuran, selama ni aku tak pernah buat, aku letak sekali kat longgok baju dia, lepas tu aku tengok dia lipat baju dia je. Baju aku dia tolak tepi, astagha, begitu marah dia kt aku.

Dia buat hal dia je sekarang, masak pun dia tak nak, aku nak masak tak reti. Aku ajak makan luar pun dia tak nak ikut dia suruh aku pergi sorang. Aku belikan coklat mahal kat dia, dia ambik coklat tu lepas tu sambung benci aku balik,

Adoyai. Lepas tu dia berkurung dalam bilik je, aku kat luar pintu bilik aku bagi hint aku ketuk ketuk sudu dengan mangkuk, tanda aku lapar la dengan harapan dia masak, dia keluar masuk dapur masak, berbunga hati aku. Tapi aku sgt sentap bila dia masak untuk dia je siap bawak masuk nasi goreng tu makan dalam bilik, aku semangat pergi tengok dalam kuali tinggal sisa yak campur cili kering je.

Sekarang aku makin risau bila dia dah mula pack baju dalam luggage, aku takut dia dah mula berjinak nak keluar roadshow untuk kerja dia, sebelum kahwin dia aktif roadshow sana sini urusan kerja, lepas kahwin aku nasihat suruh dia jgn aktif roadshow dan dia pun stop sebab fikir komitmen dah kahwin, alahai kalau dia plak jd fokus kat kerja buat aku cm tak wujud naya aku.

Aku rindu dengan usik mengusik bebelan caring dia kt aku. Dulu kalau dia marah aku sekalipun makan aku tetap terhidang, pakaian aku pun siap dia sediakan hari2 atas katil, aku tinggal sarung je, bekal semua dia sediakan sebelum dia pergi kerja, tak pernah miss hantar aku dpn pintu rumah time aku nak pergi kerja baru lah dia masuk rumah siap2 pergi kerja, balik kerja pun dia ada sambut aku kt depan pintu rumah sebab dia memang selalu akan sampai rumah dulu sebelum aku.

Sekarang. Kejut aku pun pakai stick note tulis ‘abg bangun’ tampal kt sebelah bantal aku ya rabbi memang aku tak terjaga la cm gitu geraknya. Selama ni tak pernah plak jadi isu cm gini cuma dia ada nasihat aku sipi2 la suruh aku balance kan antara kerja dengan family tp aku dgr ala2 gitu je.

Aku tak boleh move on la macamni. Squad makcik bwg, sila jalankan tugas anda, kecam atau bg idea tak pe aku terima tp jgn suruh aku kahwin lain, yg da ada satu ni aku dah pening kepala, kahwin lain lg tak dapat aku nak jimat kena tanggung ramai ramai. Apa kata anda. boleh sebarkan jika menarik.