Hari ini suami lafazkan cerai talak 1 di hadapan hakim. Kes selesai 10minit je kerana yg nombor 2/lebih dominan.

17 tahun dulu

Kami sama sama menuntut di sebuah universiti di utara tanah air. Aku junior, dia senior. Tiada langsung rasa cinta. Bermula dari kawan bertukar menjadi kekasih. Kami rapat selama 3 tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkawin

14 tahun dulu

Berkahwin pada usia muda. Penuh cbaran. Suami kerja cukup makan sahaja. Prnah aku kerja kilang 12 jam. Tertidur di celahan mesin. Walaupun kami keduanya seorang siswa dan siswazah. Pernah berhutang barang maknan di kedai. Pernah hanya tinggal 10 sen (masa ini dh ank 2). Aku rela bertahan asal bersama orang yang tersayang.

Rezeki kami semakin baik. Suami dpt kerja sebagai penjawat awam. Manakala aku rela sambung belajar untuk kesenangan hidup kami suati hari nanti.

Betullah ckp org, org lelaki diuji ketika senang. Wang dah semakin tebal. Aku pun da dapat gaji yang baik untuk membantu suami. Pada masa ini dia dah mula aktif melepak berkonvoi dengan kawan kawan. Sekandal usah cakap lah. Kaki tangan juga sudah mula naik ke muka dn badanku. Aku masih bertahan lagi. Aku hanya fikirkan anak yang masih kecil. Pernah kepalaku berjahit. Mataku lebam. Rasa betapa b0dohnya masa tu. Naif. Nafkah ank anak sudah mula culas. Alasan banyak hutang. Aku fikir tak apa lah bantu suami. Redha lagi. Keadaan ini berterusan sehinggalah…

tahun lepas.

Suami kemalaangan jalan raya. Patah kaki. Terlantar selama 6 bulan. Perit jerih air mata menguruskn dia dn anak anak. Usah cakaplah. Kawan kawan cakap tak apa. Besar pahalanya. Syurga buat kamu. Aku tersenyum memikirkn ada hikmahnya. Pernah aku tukarkn pampers diatas katil itulah aku dan suami sama sama menangis. Aku bg kata semangat. Walau apapun terjadi. Walau awak lumpuh sekalipun saya akn tetap jaga awak hingga ke akhir hayat awak.

6 bulan kemudian dia disahkn sihat dan bole kembali bertugas seperti biasa. Bagai batu menghempap kepala. 3 bulan seterusnya ku dspst perkabaran dia dsh berkahwin lain di negara jiran. Bermsksud sehabis sembuh dia terus bernikah.

Aku namakan dia x (perempuan itu x sanggup nk sebut namanya) masih lagi balajar di universiti tempatan. X berkhwin mmbelakangkn keluarga. Semenjak dari itu hidup kami kucar kacir. Yang no 2 lebih dominan dari no 1. Pelik kan. X minta suami ceraikn saya. Tak nak bermadu. Padahal siapa yang rela jadi madu. Allahu. Saya msih cuba menaruh harapan. Memperbaiki keadaan. Berdoa semoga suami berubah dn tinggalkn x itu. Anak anak diabaikn. Saya urus segalanya. Siang dan malam

Selama 1 tahun 5 bulan saya bertahan. Nampknya jodoh setakat ini sahaja. Hari ini suami telah melafazkan cerai talak 1 di hadapan hakim. Kes selesai dalam masa 10 minit tetapi telah menghancurkn rumah tangga yang dibina 14 tahun lamanya. Dengan itu saya faham bahawa dia dh buang kami dan pilih budak hingusan tu.

Walau saya punya kerjaya. Rupa menarik. (ini kwn yg ckp). Dan segala penat lelah menjaganya selama ini terbalas begini. Sy cakap padanya saya dah puas hidup dengannya kerana saya tidak ada hutang langsung dengannya. Malahan dia yang banyak ‘berhutang’ dengan sy.

Jatuhnya talak itu bmksud dia da buang saya dn anak anak. Dan bermula dari hari ini saya juga akan buang dia terus dari hidup sy. Hidup daripada susah. Pengorbanan setinggi gunung bukan menjamin bahagia hingga akhir hayat. Tiada lagi rasa sayang untuk dia. Saya juga berhak bahagia.