12 tahun kawin ada 3 anak. Terpaksa talakkan isteri slps dia gaduh dengan mertua. Suami tak tahu nk pilih yg mana.

Haritu ada klien kes cerai. Menantu perempuan gaduh dengan mak mertua, si suami tak tahan lalu ceraikan isterinya. Iyelah, nak ceraikan mak memang tak boleh la kan. Tak pasal pasal dapat status anak derhaka pulak nanti. Tapi nak buang 1, maka buanglah isteri.

Mereka dah kawen 12 tahun, ada 3 anak. Sejak kawin mereka memang tinggal bersama parent lelaki sebab si lelaki adalah anak tunggal. Masa nak balik, si suami sempat cakap “kenapa lelaki boleh hidup dalam keluarga mertua tapi perempuan tak boleh? Sebab perempuan cerewet! Semua nak menang,” katanya sambil berlalu pergi meninggalkan pejabat kami dgn riak kesal.

Terfikir jugak. Memang betul apa yg dia kata. Jarang kita dengar menantu lelaki berselisih faham dgn mertuanya kalau tinggal bersama. Tapi selalu kita dengar menantu perempuan berselisih faham dgn mak mertua mahupun ipar duai jika tinggal bersama. Hmmmm…… Di mana silapnya? Menantukah? Mertuakah? Suamikah? Isterikah? Lelakikah? Atau perempuankah?

Tapi kalau difikirkan sedalamnya, menantu lelaki nak berselisih faham dgn mertua mengenai apa? Potong bawang salah? Masak nasi lembik sgt? Masakan masin? Kopi tawar? Tak pandai masak? Tak pandai lipat kain? Tak pandai jaga anak? Tak pandai jaga isteri? Tak pandai kemas rumah? Tak pandai itu? Tak pandai ini? Takde satu pun menantu lelaki terlibat dlm hal ni. Cukuplah andai dia boleh bekerja & menyara hidup anak isteri.

Sedangkan kalau menantu perempuan, terlalu banyak perkara remeh yg nak dipertikaikan. Itu tak betul, ini tak betul. Sentiasa nak menantu tu ikut cara famili suami sedangkan dia dibesarkan dlm keluarga yg lain, yg mungkin dari cara hidup yg tak sama. Nak pula ada ipar duai yg ada perasaan cemburu kerana ada perempuan lain masuk dlm familinya.

Suami pulak, bila isteri mengadu, marahkan isteri. Dikatakan isteri tanak bertolak ansur. 12 tahun masih lagi isteri tak bertolak ansur??? Mulalah ungkit. “Dulu masa belum kawen, saya dah kata bahawa kita akan tinggal dgn mak saya dan awak setuju. Skrg kenapa tak boleh pulak?” haaa…… siapa kata lelaki tak pandai mengungkit? Tapi suami lupa bahawa masa nak kawen dia pun berjanji takkan abaikan isteri walaupun tinggal dgn maknya?

Bila isteri berselisih faham dgn mak, suami keluar rumah. Lepak dgn kawan. Malas masuk campur dgn harapan nanti ok la tu. Lepas tu kata serba salah, dua2 pun sayang. Tak tau nak back up siapa. Huh!

Sebab tu digalakkan pasangan yg dah berkawen, tinggallah berasingan dari keluarga. Bukan nak buang keluarga tapi demi menjaga keharmonian keluarga. Biarlah susah, makan nasi dgn kicap je . Takpe, asalkan hati tak susah. Jika anak tunggal, carilah rumah yg dekat. Ziarahlah ibubapa selalu. Mula2 akan ada bunyi sbb sanggup tinggalkan mak ayah lepas kawen. Lama kelamaan akan ok bergantung kpd bagaimana layanan kita pd mak ayah. Itu lebih baik dari mula2 manis tapi lama2 jadi pahit.

Cuba selidik balik kenapa Hawa dicipta? Adalah utk menemani Adam. Bukan menemani org lain, bukan menemani anak Adam sekalipun. Perempuan dicipta dgn hati yg halus. Agar hatinya penuh kasih sayang. Kenapa lelaki boleh kawen 4 tetapi perempuan tak boleh? Kerana mereka dicipta sbg pemimpin yg mampu melindungi. Mereka sepatutnya mampu berlaku adil. Tapi perempuan tak mampu lakukan apa yg lelaki mampu kerana ciptaan dan tujuan ciptaan perempuan tak sama.

Jika semua insan faham kenapa setiap ciptaan Tuhan itu begitu dan begini , tiada perkara yg tak boleh diselesaikan. Bahkan poligami pun akan jadi manis. Lelaki pasti senyum kalau cakap begini kan? apa kata anda. Kalau rasakan ianya bermanfaat silakan share