Kanak-kanak Yg Memegang Watak Budak Lelaki Dalam Filem CJ7 Kini Mnjadi Wanita Yg Cantik

Apakah anda pernah menonton filem CJ7? Filem yang ditulis, diarahkan, dibintangi sekaligus diterbitkan oleh pelawak Hong Kong yakni Stephen Chow. Selain watak Chow dan alien lucu bernama CJ7, watak anak Chow dalam filem itu yakni Dicky Chow kelihatan sangat comel.

Persahabatan Dicky, kanak-kanak lucu dan nakal dengan CJ7 memang membuat penonton ketawa, kagum dan sedih. Tapi tahukah anda siapakah pelakon asal Dicky? Beliau adalah pelakon yang lahir pada 5 Ogos 1997 bernama Xu Jiao.

Dicky bukanlah kanak-kanak lelaki seperti di dalam filem tersebut, sebenarnya beliau adalah kanak-kanak perempuan. Bahkan peranan sebagai Dicky, membawa Jiao meraih anugerah di Hong Kong Film Awards 2008. Ketika itu Jiao mengakui bahawa watak lakonannya sebagai Dicky di lakonkan begitu saja.

Dalam wawancara yang pernah dilakukan odt.co.nz, Jiao mengakui bahawa keperibadian dirinya dan Dicky sangat berbeza. Namun pelakon yang sudah beranjak remaja ini mengaku bahawa lakonan menangis di adegan terakhir CJ7 adalah sangat sukar.

Potongan rambut yang pendek seperti budak lelaki, membuat Jiao berjaya menjelma menjadi Dicky. Dengan kepercayaan diri bahawa rambutnya akan kembali panjang, kini Jiao sudah berinjak menjadi remaja cantik.

Berikut adalah sedikit sinopsis cerita CJ7:

Ayah tunggal (Stephen Chow) bekerja tanpa mengenal penat lelah untuk mendapatkan wang yang cukup untuk menjaga anaknya, Dicky (Xu Jiao), mendaftar di sekolah swasta, dengan harapan pendidikan akan membawa kepada pilihan kerjaya yang lebih baik.

Dicky belajar dengan tekun, tetapi pakaiannya menimbulkan kecurigaan dari rakan sekelasnya yang mewah, menjadikannya merasa seperti orang yang tersisih. Tidak dapat membeli mainan mahal yang Dicky mahu, Ti menjumpai bola yang bersinar di dalam longgokan barang terpakai dan memberikannya kepadanya. Tidak selepas itu, “bola” itu menjadi kawan terbaik Dicky – seekor makhluk asing.

Sungguh berbeza wajahnya yang dulu dengan yang sekarang. Dulu kelihatan kelakian tetapi kini anggun seperti wanita tulen. Ya! Xu Jiao memang wanita tulen dan bukannya tiruan seperti kebanyakan barangan China.