Mesti ayah libas dgn tali pinggang sebab aku bangun. Itupun nak rehat kejap je dari mengadap buku lama sangat. Ayah memang.

Aku dilahirkan dlm keluarga yg aku kira susah utk menyebut 3 ucapan di atas. Ibu aku seorang guru. Ayah aku juga bekerja. Kedua ibu ayah aku sangat tegas dan garang.. lebih tepat lagi masa aku kecil. Sekarang zaman adik-adik boleh merasa lega gla kerana zaman garang ibu ayah dah berlalu. Tetapi tidak bagi aku.

Aku seakan-akan tersekat di zaman tu. Zaman yg membentuk diri aku. Dari seorang kanak-kanak yang periang dan manis menjadi seorang pendendam, jarang senyum dan susah untuk berkawan.

Aku anak yang kedua dari 5 beradik. Seorang abang, seorang adik lelaki dan 2 adik perempuan. Beza aku dari abang aku setahun. Abang aku semasa kecil seorang yg lemah dan menjadi mangsa buli sama ada di rumah atau di sekolah. Di rumah means kwn2 dkt rumah.

Ada satu hari tu abg aku lambat keluar kelas, pak cik bas marah2. Masa tu, aku tak ingat aku pergi cari ke tak abg aku pastu aku terus naik van balik umah. Sampai umah, ibu dgn ayah aku marah2 kenapa tinggal abg. Aku jd skit hati. Aku adik dia, kenapa aku yg perlu jaga dia? Sbgai seorang budak aku fikir mcm ni. Dan mereka sbg ibu bapa xjelaskan baik2 sebab kenapa mereka marah. Dan aku membesar dgn membnci abg aku. Abg aku yg mengada2, yg lembik, yg menyusahkan.

Kalau aku beli makanan luar bwk balik umah n abg aku nak. Aku xbg, dia pegi mengadu kt ibu aku. Ibu akn dtg terjah bilik aku, ketuk pintu mcm nk roboh n ckp “kalau beli barang, jgn smpai org lain nampak n terliur. Bg abg sikit.” Bila aku sorokkan brg and dia jumpa sampah brg tu ibu akn sindir pulak “beli brg tak kongsi dgn org”.

bila aku jwb dah ibu ckp kalau xnk kongsi dgn org jgn tnjuk dpn2. Org buat mcm tu lah. Ibu aku jwb lagi dgn nada yg xnk kalah “beli tu semua dgn duit ibu jugak”. Aku terus diam. Sakit hati lagi. Bukan aku marah dgn maksud di sebalik tu iaitu “berkongsi”. Tapi aku sedih dgn nada dan gaya percakapan ibu dan ayah aku.

Darjah 1/2/3 aku xpasti, ayah aku paksa aku pakai tudung. Ibu aku pakai tudung besar bidang 60 mungkin. Masa tu aku ada tudung sekolah je seingat aku. Aku pegi le ambik tdung bawal ibu aku. Pakai gaya mak itik. Hodoh gla! Separuh jalan aku bukak tudung, aku selit celah pagar jiran. Bila balik, pakai balik.

Ayah aku sejenis yg sgt baran dgn kulit sawo matang. Suara dgn cerlungan mata pun dah cukup gerun. Cubit, jentik, hanger, tali pinggang semua dah kena dgn ayah. Bila bergurau pun tgn mencubit peha gemuk aku. Mana aku tak meraung. Terus aku anti dgn ayah aku sampai sekarang. Sampai aku trauma dgn semua lelaki yg berkulit gelap.

Masa makan ramai2, bila aku tambah nasi. Abah tegur dpn org. Aku hati nipis. Sensitif betul bab makan ni. Aku letak balik nasi tu. Terus aku g basuh tgn.Ayah paksa mengadap buku berjam2 sampai aku skit pinggang. Bangun rehat kejap pergi dpn tv, ayah dtg terus dia lbas dgn tali pinggang.

Aku darjah 4 5 tak pandai masak lagi, masa tu takut dgn minyak panas semua. Ibu aku bgtau semua adik beradik dia yg aku pemalas. Aku kena ceramah dgn pak cik aku suruh rajin-rajin masak tolong ibu aku. Aku masa tu baru darjah kot. Disebabkan aku berbadan besar aku dipaksa untuk dewasa cepat dari umur.

Ibu dan ayah selalu meninggikan suara sampai aku pernah tanya ibu aku “kenapa perlu tinggikan suara? ckp pelan pun org dgr”. At that time, aku kecik lagi rasanya. Tak paham betul, bila bercakap asik nk menjerkah je. Sampai aku rasa xde hati nak bercakap. Ikut je mcm robot asal xkena jerkah.

Bila sepupu aku dtg umah. Rasa bahgia gla sbb ayah jarang balik kampong n jarang bg kami balik kampong. Kdg2 kami balik pun tanpa ayah. Dan ayah juga tak suka bila saudara-mara dtg rumah. Bila sampai masa spupu aku balik, aku nangis dalam bilik. Senyap2. Sedih n sunyi kat rumah sendiri. Lama2 aku jd faham sendiri dan malas utk berharap pd org lain.

Disebabkan aku jarang bercakap dgn ayah aku sampai sekarang, boleh kira dgn jari berapa kali dia hulur duit pd aku. Bila ibu mintak dgn ayah kalau time aku perlukan duit, ayah aku byk ckp xde duit dari ada. Aku jd tawar hati dgn ayah. Kebanyakan keperluan rumah semua dr ibu aku.

Lupa n bgtau ayah aku ada anak dgn isteri lain. Ibu aku isteri kedua. Isteri pertama ada 8 anak dan dia pun dah meniggal. Kdg2 aku fikir ayah kawin dgn ibu aku semata2 nk ada org tanggung dia ke. Sbb rumah dgn kereta ibu aku yg bayarkan. And, ayah aku byk minta duit dr ibu.

Ibu. Typical malay mom. Anak perempuan kena rajin. Anak lelaki dirajakan. Bila ank perempuan lambat buat sesuatu kerja, terus dicop pemalas dan pelbagai lagi kata2 yg sangat asid. Semua pemberiannya akan diungkit. Tak pernah memuji bila semua kerja dibuat.

Sebelum aku pandai kereta, aku rasa hidup aku macam dalam sangkar. Hidup aku hanya rumah dan sekolah. Bila diploma dapat dalam negeri, aku tak dibenarkan keluar selain dari kolej. Masa tu, aku takut. Kalau aku keluar, apa2 jadi aku akan mti sbg anak yg derhaka. So, setiap hujung minggu ayah akn dtg amik balik rumah. Aku dapat lesen kereta selepas diploma.

Tak lama lepas tu , ibu aku skit. Masuk hospital selama 11 hari. Aku yg menjaga seorang. Makan, pakai, mandi kencing semua aku yg uruskan. 11 hari yg menyeksakan. Bukan kerana susahnya menjaga ibu aku. Tetapi tak bebas selama menjaga di hospital. Aurat kena jaga. Peskit disebelah pula suami dia yg menjaga isteri yg skit. Walaupun bkn nk bersangka buruk, tapi aku tetap dlm keadaan berjaga2. Tidur tak tentu, mandi tak sempurna, rambut selama 11 hari tak dapat nak dilepaskan. Tidur pun bertudung.

Selama 11 hari aku tak dibenarkan balik utk berehat walaupun sekejap oleh ayah aku. Lepas tu mental aku tak kuat. Sedih dgn keadaan ibu aku dan serabut dgn diri aku. Aku rasa mcm nak gla. Bila aku tak tahan sgt, aku paksa abg aku pula utk ambil alih. Aku Cuma nak balik berehat sekjap pun jadilah. Allah mendengar rintihan hati aku, bila abg aku ambil alih, alih2 ibu aku dibenarkan keluar hospital. Syukur sgt.

Seterusnya selama 3 bulan aku menjaganya. Menemani ke rwatan susulan. Makanan perlu berpantang. Nasi kena sentiasa panas dan baru. Kena on-time. Sekali lagi kesabaran aku teruji. Nenek aku yg juga sedang skit tapi juga kesiankan anaknya iaitu ibu aku dtg ke rumah. Aku kena jaga 2 org skit. Ibu aku menjadi penggesa. Kebajikan nenek juga perlu terjaga.

Rumah kami sentiasa didatangi pelawat dari kalangan rakan2 guru, pelajar2 dan sdara-mara. Jasad aku menjadi sgt letih. Rebus air, buat air, hidangkan minuman, basuh lagi. Berkali2. Mana nak kemas rumah. Ada sekali tu tetamu petang. Aku dah tak larat nk rebus air utk buat air manis, aku bwk air kosong je. Ibu aku mrah dpn kwn merangkap cikgu2 aku.

Suruh goreng keropok. Aku rasa mcm nk menangis kat situ jugak. Cikgu aku perasankan air muka aku. Dia pula yg seakan memahami ckp tak payah susah2. Ckp aku mesti dah penat sgt tu. Berkali2. Kenapa ibu aku tak boleh faham? Sedangkan cikgu aku pun boleh nampak?

Tak lama lepas tu, keputusan UPU ijazah keluar. Aku ingatkan nk sambung dkt kolej lama aku je. Sbb dekat. Senang aku ulang-alik. Tapi ayah aku ckp sambung ijazah tu biar ada bunyi U jugak. Bukan stakat kolej je. Ibu aku pun cakap benda sama. Berat hati aku. Tapi aku doa juga. Kalau baik bagi aku, mudahkanlah. N aku dapat sambung IPTA.

Sebelum tu, aku dah bagtau ibu aku awal2, sedikit mengugut di situ. kalau nak aku sambung U, jgn sekat aku nk g berjalan. Ibu aku mcm sedikit keberatan tp dia tetap setuju dgn syarat aku. Aku pun tahu batas aku, bukan bermaksud jalan sampai lupa diri. Cuma, jgn sama mcm di kolej. Bg aku kenal2 tmpt org jugak.

Mungkin Allah nak bg aku rehat. Mula2 susah juga nak bertahan di tempat baru. Lepas tu, otak dan hati aku rasa lebih ringan yg sebelum ni rasa macam nak pecah jantung sebab rasa berat sangat ujian yg Allah bg aku. Aku ada kwn baik dari zaman sek men lagi. Tapi aku xblh ceritakan pd kwn aku sbb aku xnk ibu dan ayah aku dipandang rendah oleh dia. Ibu aku cikgu dia juga. Ibu dan ayah dia sgt berbeza dr ibu ayah aku. Jadi, semua aku pendam seorang.

Semua yg aku pendam seperti b0m jangka, keluar satu-persatu aku sindir ibu dan ayah aku sekarang. Aku macam masuk zaman rebellious pulak. Semua yg aku simpan dulu, aku hambur sekarang. Aku rasa berdosa tapi hati aku masih berdendam. Skit sangat. Apa yang aku buat, rajin banyak mana pun, ibu aku still sebut2 yg aku malas.

Abg aku yg hanya tolong belikan barang kt kedai runcit dpn rumah yg diangkat sbg anak yang rajin. Bila aku buat ujian online tentang dpression kalau tak silap aku yg page Aiman Psikologis pernah post. Aku di peringkat mild depression. Aku tulis ni sbb aku tgh sedih. Aku tak bercakap 5 hari dah dgn ibu aku. Puncanya dia buat siaran ulangan pasal aku malas.

Then, tadi aku dgr dia cerita kat abg aku ckp semua org tgh marah dia. Abg aku ja tak. N ibu tahu aku sedang dgr. Last, korang boleh relate tak dgn tajuk tu? Sbb bagi aku, kalau ibu ayah aku ckp 3 perkataan tu, hati aku akan tenang. Tapi tak.Tolonglah biasakan diri korang sebut 3 benda ni. Tak rugi pun. Sekian dari yang rabak hati.