Ibu meraung jerit2 klu kau ingin kuar Lia, kau kuar juga, jgn bawa cucu aku sekali. Kau itu ibu yg tidak brtanggungjawab

Hai semua pembaca.. Aku Remi.. Lelaki berusia 38 tahun dan mempunyai seorang anak lelaki. Daniel nama anak aku. Dan aku berasal dan menetap di Puchong. Apa yg aku nk share dan kongsi kan adalah kisah hidup selepas berkahwin dan sekarang aku duda dlm proses rujuk bekas isteri aku.

Aku tahu ramai pembaca dikalangan wanita mungkin akan kecam aku, dan aku mohon korang baca sampai episod terakhir aku. Mungkin terlampau banyak aku nk taip dan kalau aku ringkaskan mungkin korang tak paham. Yang mana yg baik biar ia jadi pedoman dan kurang baik biar ia sepadan antara kita.

Aku bercinta dengan isteri sewaktu belajar di Univeristi ketika itu, UUM, Sintok, Kedah. Kami berkenalan sewaktu smester 3 diploma hingga la degree. Isteri aku cantik dan kurus yang sgt memahami keadaan aku.

Aku dgn bini lain jurusan, kami berkenalan time dekat dining (dewan makan).

Ketika zaman belajar aku lebih suka enjoy. Suka melepak, balik lewat malam, tapi assgnment tetap on time aku hantar. Time tu boleh bawa motosikal, dan aku bwa motosikal ke hulur hilir cari ‘barang’. Barang apa tu? Sejenis tembkau yg buat aku boleh berkhayal untuk siapkan asgmnt aku. Markah setiap kali exam aku score.

AKu juga pernah dapat dekan 3 kali berturut2 time tu. pendorong utama aku ialah ‘barang’ tu. Aku namakan ia “weed”. Setiap kali nk exam atau nk siapkan asgmnt aku akan ambil weed untuk energy la katakan. Bila da score, muka bangga tu ada, time tu awek bersepah nak kat aku. Tapi aku reject.

Aku nk kan Lia je. Alhamdullilah selepas 5 tahun pengajian di Sintok Kedah. Kami grad sekali. Syukur aku juga dapat pekerjaan dalam bidang profesional selepas 3 bulan konvo. Dan Lia pun dpt kerja juga di kawasan Subang time tu dalam bidang dia. Aku pula dikawasan Cheras. So, jarak tidak menjadi masalah bagi kami kerana ia agak dekat.

Walaupun da kerja dlm bidang profesional, aku masih tidak boleh tinggalkan weed ni. Segala paperwork yg aku lakukan hingga berjaya, aku perlu bantuan weed. Sehingga aku jadi pekerja kesayangan bos waktu itu. Dengan kenaikan gaji yg mendadak, keinginan aku mengambil weed sebagai stok lebih menjadi jadi.

Weed da jadi macam makanan harian aku. Pagi petang siang dan malam. Aku mesti nk hisap juga. Waktu ni keadaan fizikal aku da berubah. Aku jadi kurus. Rambut pon agak serabai da time ni. iia perasan perubahan aku time ni.

Aku hnya bg alasan kerja banyak, paperwork bnyk dan aku tgh pulun untuk kumpulkan wang untuk pertunangan kami time tu. Lia tak tahu aku menipu dia. Aku dalam dunia khayalan aku. Even aku dpt duit yg bnyk, aku masih seperate kn duit tu utk saving perkahwinan, weed belnja harian dan lain2. Oppss sblm terlupa, aku tinggal sekali dgn family aku.

Masa bersilih masa, hari berganti hari, tahun berganti tahun, genap selepas setahun ikatan pertunangan aku dgn Lia, kami sah diijab kabulkan. Kami sah menjadi suami isteri. Aku? Bangga la dapat Lia yg aku cinta dia dr zaman belajar dulu2. Pak mertua mmg cukup berkenan dgn aku, sbb mulut manis, pandai ambil hati orng tua.

Weed tetap aku tak tinggalkan dalam perkahwinan aku. Lia masih tidak tahu lagi time ni. Dan diawal perkahwinan aku decide nk tinggal dgn mak ayah aku je, sbb bilik byk kosong, adik2 pon kerja. Opss adik aku ada 2 orng je. 2 2 perempuan. Sorang kerja kerani, dan seorang lagi pegawai bank.

Untuk pengetahuan korang, family aku sorang pon tak tahu yg aku ambil weed ni lagi. So alam perkahiwinan begitu indah. Aku hari2 seperti pergi angkasa, sebelum balik rumah aku akan cas (hisap) dulu atas mtosikal. Sampai rumah isteri atupun kadang2 mak yg akan siapkan makanan untuk dijamah. Bahagianya rasa….

Cuma sekarang aku da makin berani ambil weed dalam bilik. Cuma Lia je tak tahu lgi. Hingga lah 1 malam kami brgduh besar, time tu Lia mengandungkan Danial 7 bulan. Lia terjumpa barang yang aku sorokkan. Dia da tahu aku penghsap weed. Dia da tahu selama ni kadang2 aku seperti berkhayal bila bercakap dgn dia.

Dia jumpa gunting, weed, tabung semua bawah katil aku. Memang aku bdoh malam tu tak sempat nk sorok. Time gaduh tu pun aku masih berkahyal. Cuma terngiang2 je sambil senyum aku pertahankan diri aku.

Lia: Selama ni berpuluh tahun ni, abg mmg ambil barang ni ke? Apa semua ni bang?

Aku: Sayng relax jee, abg ambil bnda ni bersebab, perforamance abg! Lia relax je..

Lisa: Perfomance kepala hangguk ko!! Aku tgh mengandung, tak kan anak dlam kandungan ni nk tgk bapa dia pnghisap ddah!.. Insaf la bang.. Tolong la.. Saya merayu kt abg..

Aku seperti tidak menghiraukan apa yg Lia ckp, aku peluk dia kuat2 suruh dia diam takut dgr dgn mak ayah aku pula nnt. Lagi kecoh.

Selepas kejadian malam tu, Lia seakan menjauhkan diri dr aku, dia pandang aku seperti lelaki hina, bnyk pertengkaran sejak malam tu. Lia bnyk melawan dan masam muka. Tak mahu bercakap kadang dan kurang bercakap dgn aku.

Kejadian ini berlaruatan sehingga anak kami dilahirkan.

Aku? Masih dalam dunia aku, cuma sekarang aku da berani ambil weed depan2 Lia. Aku da berani feel ‘high’ depan dia, aku da berani berkhayal depan dia. Depan anak kami, walaupun masih baby, aku da berani berkhayal dlm bilik kami. Tiap2 malam.

Pretasi kerja aku merosot. Tiap malam aku tidur lewat sbb berkahyal, susah nk bangun pagi. Sehingga aku dpt warning letter dr majikan. Tak kurang dgn keegoaan aku pergi pejbat konon nk dpt kan hak keadilan, malang nya aku dibuang kerja terus.

Yes, aku jd penggangur. Lepas 44 hari pantang, Lia mulakan kerja seperti biasa. Aku? Masih mencari pekerjaan time sekadar seronok2.. tak bersungguh.. Danial mak aku yg jaga. Aku duduk dekat bilik kononya cari kerja, tp aku berkhayal.

Lia sampai tepu menasihati aku supaya berhenti ambil barang terlarang. Kemuncaknya bila duit gaji Lia jadi hak aku. Mula nya aku berjanji akan ganti selepas dapt kerja, tp da masuk 8 bulan aku masih menganggur, aku masih blm dpt kerja. Duit yg aku ambil dr Lia konon nk pergi iv aku runner beli weed.

Aku tipu Lia hdup2. Depan Danial aku berpura normal. Seakan2 tidak berkhayal. Tapi itu semua hanya tipu. Aku masih dgn dunia aku.

Habis gaji Lia aku pakai, aku tak pedulikan Lia dan Danial time tu. Kad bank Lia aku yg pegang. Nasib family aku tanggung susu dan pampers Danial waktu tu.

Tiap2 hari aku dan Lia gduh. Hingga lah satu hari Lia packing kesemua barang dia.Pagi tu Lia nk keluar dr rumah tak tahan dgn perangai aku lg. Dia mntak semua kad bank dia kt aku.

Family yg tak tahu apa tercengang dgn tindakan Lia. Dia mahu bawa Danial bersama tp berjaya dihalang oleh mak aku. Yes,sampai sekarang family blm tahu kegiatan hram aku. Lia pandai sembunyikan aib aku dpn family.

Depan family aku, Lia seperti orang bersalah kerana mahu lari dr rumah. Lia seperti ibu yg tidak bertanggungjawab. Aku time tu menyorok kerana masih dlm khayalan. Aku cuma dgr suara ibu brteriak menangis dgn tindakan Lia.

Ibu: Kalau ko mahu keluar Lia, ko keluar, jangan bawa cucu aku sekali. Ko ibu yg tidak bertanggungjawab. Ko ibu yg tak guna!!

Lia hanya menangis time tu. Tak salah aku duit dia hanya Rm50. Aku dgn ego tak pernah halang dia nk keluar dr rumah family aku. Dalam fikiran aku confirm Lia akan pulang.

Lia pergi dgn tangisan dgn membawa sebuah beg berisi baju. Dia tinggalkan aku dan Danial. Aku pula keluar dr bilik sperti menyokong tindakan ibu aku. Nampk seperti Lia yg bersalah tinggalakan aku.

Menguatkan lg hati ibu yg tgh panas aku tergamak cakap..

Aku: Biarlah kt dia ibu, dia tak sanggup lagi bersama along, sbb along kan takde kerja.

Riak wajah ibu nampak sgt membenci Lia. Yes, aku berjaya meracuni fikiran ibu time tu. Ayah aku pula seperti memahami keadaan aku. YES!!

Ibu: Kalau ko mahu keluar Lia, ko keluar, jangan bawa cucu aku sekali. Ko ibu yg tidak bertanggungjawab. Ko ibu yg tak guna!!

Lia hanya menangis time tu. Tak salah aku duit dia hanya Rm50. Aku dgn ego tak pernah halang dia nk keluar dr rumah family aku. Dalam fikiran aku confirm Lia akan pulang.

Lia pergi dgn tangisan dgn membawa sebuah beg berisi baju. Dia tinggalkan aku dan Danial. Aku pula keluar dr bilik sperti menyokong tindakan ibu aku. Nampk seperti Lia yg bersalah tinggalakan aku.

Menguatkan lg hati ibu yg tgh panas aku tergamak cakap..

Aku: Biarlah kt dia ibu, dia tak sanggup lagi bersama along, sbb along kan takde kerja.

Riak wajah ibu nampak sgt membenci Lia. Yes, aku berjaya meracuni fikiran ibu time tu. Ayah aku pula seperti memahami keadaan aku. YES!!

Cerita aku belum habis, sekarang masuk 3 tahun Lia meninggalkan aku tanpa dicerai oleh aku. Dia masih sah isteri aku! Ya Lia masih sah isteri aku. Dan masuk tahun ke 3 ni la klimaks segalanya kisah duka aku.

Tiba tiba pagi tu sampai 1 surat dari mahkamah. Lia tuntut fasak dari aku. Dalam masa 3 tahun ni la kalau korang nk tahu aku masih terumbang ambing dengan noda kegiatan hram aku.. Bilik aku da jadi macam tempat gian. Danial? Danial da 4 tahun.. Da besar anak aku..

Aku da kantoi dgn family aku. Tapi untuk tutup aib, ibu dan ayah tak kecoh kan hal ni. Mereka sorok dr pengetahuan polis dan sedara mara. Aku makin liar dgn dunia aku sendiri, aku makin bebas terlanjur dgn kegiatan ini tiap2 hari. Seluar aku yg dulu 34 sekarang da 27. Pinggang aku kecik, badan aku jd cengkung, pipi jadi kedalam, gigi pon rongak.

Sambung balik pada surat yg aku terima tu, yes aku akur perlu craikan Lia di mahkamah, bukan 3 bulan aku tak bagi nafkah zahir dan batin, tapi 3 tahun aku tak bagi. Aku cuba cari dia melalui nombor yg lama, tp dia da tukar nombor lain mungkin. Beribu kali aku cuba call, anta mesej tidak dijawab.

Kali ni aku bersedia ke mahkamah, aku nk tgk Lia cinta hati aku yg da lama aku tak jumpa. Tapi kali ni strategi aku lain. Danial? Memang mak aku yg jaga 24 jam. Mak dan adik aku yg jaga kelengkapan dia, segala apa yg danial mahu, adik bongsu aku turutkan, Danial dibesarkan dlm keadaan mewah da serba serbi dlam rumah ini.

Kadang2 dia akan tanya mak dia, biasa Danial tnya siapa mak dia.. Yela Lia tinggalkan dia sewaktu dia masih kecil lagi. Tapi, bila adik beradik da bencikan Lia, mcm2 alasan dyrng bg kt Danial. Mak kau lari ikut jantan lain la, mak kau tak tahan hidup dengan ayah kau la.. Semua keburukan Lia supaya Danial benci pd mak kandung dia.

Aku hanya diam, hanya mengangguk apa yg family aku bg tahu Danial. Yela, takkan aku menidakkan. Nanti mesti Danial ingat aku ni jhat kan. Tapi perkara sebenar hnya aku dan Lia sahaja yg tahu. Mereka just hukumi Lia secara luaran sahaja.

Jauh dilubuk hati, aku masih sayang dan cintakan Lia. Pagi tu tiba saat aku perlu menghadiri diri ke mahkmah. Aku ditemani keluarga dan juga Danial. Tak sabar aku nk tengok muka Lia sekian lama aku tak berjumpa dengan dia. Turun sja dr kereta time tu, hati aku tak tenteram, tercari2 mana Lia.

Dia berpakaian tudung dan baju hitam dr jauh, kelihatan tertunduk muka ke bawah. Aku cepat2 pegang bahu Danial sambil tersenyum. Lia macam nk lari dptkan kami berdua. Tiba2 mak aku menghalang..

Ibu: Ko jangan sentuh cucu aku! Ko ibu tak guna! Sekarang anak aku akan ceraikan ko! Ko pergi cr jantan lain..

Badan Lia kelihatan susut, tak seceria dulu, mungkin kemurungan, dari riak wajah aku nmpk kebhagian time dia melihat aku dan Danial. Ini strategi aku!!

Aku: Ibu, biarkan Lia nk pegang Danial, ini smua salah Remi juga kan.. ( Aku hanya melihat tepat ke arah mata Lia )

Lia peluk Danial sekuat kuatya dengan tangisan air mata kali ni. Dia hnya cakap ‘ Danial sayang ibu.. Danial sayang ibu.. Danial sayang ibu.. Aku hnya bertanya khabar dia.. dan aku ckap aku akan terus jaga Danial bukan Lia..

Lia menangis depan pintu mahkamah.. Time ni memang real nampak seperti Lia yg jhat dan aku orng baik!

Depan hakim, aku lafazkan Lia dgn talak 1.. Dan untuk penjagaan hak anak kami dinasihatkan supaya setel diluar mahkamah atas sebab yang tertentu.. Ibu senyum gembira lpas aku ceraikan Lia pagi tu.. Sah Lia sekarang bukan milik aku.. tapi.. aku boleh rujuk kembali jika kami berdua mahu..

Lia berjanji akan kerap melawat Danial jika ada masa terluang.. tapi perkara begini takkan berlaku, sebab ibu aku melarang sekerasnya Lia berjumpa anak dia. Ibu aku seperti seakan tidak dapat menerima Lia dalam keluarga kami. Lia akur, cuma aku time tu aku ckap aku masih sayang kan Lia even kami da becrai..

Lpas balik dr mahkamah, aku masih teringat wajah Lia, aku cuba nk lupakan dia dgan ambil weed lagi, tapi mmg sukar aku nk lupakan. Aku ambil dos yg tinggi hingga aku overdose, aku tidur 2 malam tak bangun2. Ibu kejut, aku tengking jangan kacau aku. Aku nk Lia juga .

Aku jadi sprti gla bayang dan gla talak dalam tempoh setahun, aku cr Lia di merata tempat hingga lah aku jumpa dia di Tg Malim. Fuh masih single, so aku punya chances agak tinggi utk dpatkan hati Lia kembali. Kalau tnya pasal anak aku Danial? Memang mak aku yg jaga dia fully, aku mmg tak amek port pasal anak aku sgt. Kerja pon tak de.

Aku cari Lia ni pon pakai duit pinjam adik aku, aku nk tebus segala dosa aku dekat dia selama ni, aku nk rujuk dengan dia kembali, aku nk berubah. Yes, hatiku aku nk berubah jika Lia kembali pada aku. Dan ternyata usaha aku berjaya, Lia lembutkan hati dia utk terima aku kembali.

Alhamdullilah.. next aku kena pujuk mak utk terima Lia kembali. Dalam masa yg aku hanya akan berkhayal pada waktu malam ,memang susah untuk aku nk buang tabiat ni. Ia da sebati dngan drah daging aku. Badan aku akan sengal kalau tak ambil benda hram tu sehari.

Dalam masa yg samma Lia pandai, dia kena syarat dekat aku sebelum kami merujuk, dia nk aku buat ujian saringan. Kalau aku lpas ujian saringan bru la dia akan terima aku kembali. Kalau tidak, dia nk hantar aku ke pusat pemulihan selama setahun. Dan aku terima syarat dia.

Macam biasa lepas ujian saringan, aku fail, yes aku aku fail. Aku tahu benda hram tu mmg sebati dgn aku. Aku terima syarat Lia bahawa Lia akan hantar aku ke pusat pemulihan di Gombak selama setahun. Dan selama setahun tu la aku merana dlm untuk pmulihan. Badan aku mcm nk termuntah setiap kali gian tu sampai.

Dalam masa yg sama ibu aku lagi benci pd Lia. Ibu tak pernah bersyukur sbb Lia cuba pulihkan aku. Ibu anggap Lia begitu jhat sanggup bersekokol unutk hantar ke pusat pmilihan. Sebab apa? Bla aku masuk di pusat pemulhan, jiran tetangga, adik beradik ibu akan tnya dimana aku sekarang.. Air muka ibu jatuh..

Alhamdulliah, selepas setahun aku menerima rawatan, badan aku semakin pulih.. Fikiran aku da tak ingat pasal weed. Cuma aku terkilan sepanjang tempoh setahun, Lia tak pernah melawat aku pun, aku risau kalau Lia mingkiri janji dgn aku.

Hari aku dibebaskan Lia datang. Syukur dia datang juga. Dan aku akan merujuk degan dia kembali. Ini keputusan aku, ibu ayah dan family aku, dilarang sama sekali untuk menghalang keputusan aku.

Long short story, kami diijab kabulkan kali 2. Danial time muka agak excited sbb dpat bertemu dgn mak dia kembali. Ibu aku smpai sekarang masih tidak boleh menerima Lia sbgai menantu dia.

Dan untuk pengetahuan kornag juga, alhamdulliah syukur nikmat aku bebas dr segi perbuatan kegiatan hram aku. Dan syukur tak terhingga aku juga perolehi tawaran kerja baru dan gaji agak lunayan.

Sampai sekarang aku, Lia, dan Danial masih tinggal dirumah mak aku. Mungkin lepas raya nnt aku akan berpindah ke rumah lain supaya takde nk bermasam muka lagi dgn mak aku.

Moral cerita aku ni kalau boleh korang perhatikan lah geligat anak2 muda korang supaya tak terlibat dalam kegiatan hram ni, kalau da kena sekali, mmg susah nk berhenti. Kedua kalau korang ada orang disayangi, sayangi lah dia kerana Allah.. sbb time kami berkenalan di universiti itu lah niat aku.. even crai dan rujuk kembali, dia masih tetap aku punya hingga hari ni.

Last but not least, doakan aku sentiasa istiqamah apa yg aku lakukan ini. Jangan aku terpalit kembali bnda hram tu. Selamat hari rya dan terima kasih bnyak yg mengikuti kisah aku ni. Kalau sesiapa ingin share amat dipersilakan..bye selamat raya