Bila aku buka je pintu tu, terus bunyi paappp dekat pipi aku. Rupanya pak sedara tampar aku. Aku tak peduli aku lawan balik.

Hai Serius aku tulis ini untuk kurangkan rasa sedih dalam hati aku. Semoga korang semua boleh bagi nasihat yang membangun untuk aku dan dapat jadikan kisah aku sebgai pengajaran buat kita semua.

Nama aku Jannah. Dari kecik aku tinggal dengan nenek aku. Aku ade 4 org adik beradik. 3 lelaki and aku yg bongsu. Arwh mak aku meniggal masa aku umur 2 tahun setengah. Ayah aku? Ada. Tapi langsung tak bertanggungjawab. Aku dgn abg aku nom 3 tinggal dgn nenek belah ibu.

And abg sulung n kedua tinggal dengan nenek belah ayah kpd abg aku. Aku anak hasil perkahwinan kedua mak aku. Ayah kpd abg aku dah takde. Alfatihah untuk arwh. Ayah aku… Ada lagi. Tapi dia langsung tak bagi nafkah untuk aku. Tanya khabar pun tak.

Okey… Aku nak luah sedih aku hidup dgn nenek aku. Aku rasa semua orang tahu kot cara org tua didik anak perempuan macam mana. Hal rumah semua kena pandai drpd masak… Basuh baju… Basuh pinggan. Kerja rumah la senang citer mesti perempuan kene buat. Lelaki? Tak perlu buat semua tu.

And dari kecik… Aku dapat rasa nenek aku pilih kasih. Btw, mak saudara aku yg bongsu tinggal sekali lps dia bercrai dengan suami dia. Mak saudara aku ni.. Kerja rumah langsung tak buat. Weh.. Korang bayangkan aku yang baru waktu tu sekolah rendah. Kene buat semua tu.

Kalau aku tak buat, nenek aku tak bercakap dgn aku. Korang boleh rasa tak tekanan untuk seorang budak waktu tu. Dgn mase tu aku nak ambik upsr. Mak saudara aku… Balik kerja.. Main phone.. Keluar then balik tido. Tu je. Nenek aku tak pernah marah.

Kalau aku balik sekolah (penat la kan. Dah la gi skolah jalan kaki) . Balik tidur nenek aku membebel tak henti sebab tak tolong buat kerja rumah. Hahah. Dan mak sedara aku ni. Dia jenis kuat mengadu. Aku tak suka dialah. Aku masuk bilik dia la walaupun aku tak buat. Dia akan cakap aku.

Pernah waktu tu tgh tgk tv, dia suruh aku ambik beg duit die dlm bilik. Waktu tu dia nak suruh aku gi beli makanan kat kedai. Bila aku masuk bilik then ambik ambik beg duit dia. Aku terus keluar.

Dan kisah sedihnya, duit dia hilang. Dan aku la yang kena tuduh. Wallahi, aku tak curi duit dia. And waktu tu, korang bayang eh. Botol air mineral besar punya yg jual kat kedai harga 2 ringgit lebih kalau tak silap aku, dia baling kena kepala aku. Hahahaha. Sumpah aku tak pernah lupa. Menangis aku time tu cakap bukan aku tapi dia tetap tak percaya. Nenek aku pun tak percaya. Time ni aku tingkatan 2.

Start drpd tu, aku jadi pendiam. Aku takut nak kenal orang. Aku sedih… Aku ada masalah. Aku pendam sorang². Nak luah kat nenek aku. Huh… Dia siap ajuk balik masalah aku bila mak sedara aku datang rumah. Sampai satu tahap… Rutin harian aku pergi sekolah balik rumah duduk sorang².

Aku buat kerja rumah n kerja sekolah senyap². No communication bagi aku. Aku menjauh. Sampai kalau waktu tu aku tengok tv then ade mak saudara aku join tgk tv skali, aku lari masuk bilik.

Memang aku terasa vibe dia. Apa nenek aku cakap, aku buat. Memang lama aku macam ni. Jira sebelah rumah walaupun 2 tahun duduk kat situ (rumah sewa) aku tak pernah tegur. Sebab aku takut. Aku pergi sekolah kawan aku cuma berapa orang je. Ye, aku survive kat sekolah sebagai budak pendiam. Tapi aku kategori budak pendiam tapi berisi. Bukan diam tin kosong.

Tu cerita dulu, sekarang umur aku dah 19. And aku ada masalah communication and aku sangat susah nak bergaul. Aku takde kawan lelaki. Macam mana la aku nak jumpa jodoh . Haih. And nenek aku tetap dgn perangai yg dulu. Hal baik aku disimpan, hal buruk aku dicanang canang.

Aku takde maksud nak bukak aib ke apa. Aku nak meluah. Sejujurnya, aku rasa aku alami depression. Mungkin bila ada masa aku nak jumpa doctor pakar. Mak saudara aku dah kahwin baru. Tapi hubungan diorang aku tak nampak sinar. Aku pun pernah kena halau dari rumah 2 tahun lepas, lepas aku gaduh dgn ayah saudara aka suami mak saudara aku tu.

Kesnya, mak saudara aku tu… Bersalin. Berpantang kat rumah nenek aku. Aku kerja part time masa ni . Balik time malam la. Habis spm aku kerja pasaraya as SA. Korang tahu la letih macam mana kan. Dengan tak boleh duduknya . Aku tak tahu pasaraya lain rules macam ni ke tak. Nak² time tu ada promosi sempena sekolah nak bermula.

Bila balik rumah, nenek aku dgn mak saudara aku duk arah itu ini itu ini. Aku dgn penat. Korang bayang time tu aku balik pkul 11 malam weh. 11 malam baru tutup kedai. Kerja dari pkul 9. Korang rasa sakit tak. Pastu bila balik nak rehat kena macam tu. Jadi, aku pekakkan telinga masuk bilik.

Bila ayah saudara aku ni sampai… Nenek aku ni nangis² la konon aku lawan cakap dia. Tak buat dia suruh. Weh. Aku sakit hatinya adalah… Ayah seudara aku tu. Kerja mesin rumput mpk je weh. Balik kerja pkul 5 ptg. Kenapa setiap malam pkul 11 baru smpai rumah nenek aku.? Kenapa tak balik kerja terus tngok isteri dia.

Sebab dia malas jaga isteri dia baru lepas beranak. Nak harapkan nenek aku. Bangang ah species lelaki macam ni. Pastu die ketuk bilik aku, aku bukak je pintu. Pappp! Aku kena tampar. Tapi time ni, maybe sebab hati aku dah selalu sakit. Aku langsung tak nangis.

Aku lawan balik tapi panggilan hormat aku guna. Takde aku cakap aku kau syial ke apa. Takde. Aku luah tanya semua. Jawapan dia, dia letih balik kerja. Aku hangin la. Aku duk sembur dia last dia suruh aku keluar dari rmah . Aku tengok nenek aku.

Nak raih simpati. Nenek aku langsung tak pandang muka aku. Aku pun keluar rumah tu. Pkul 12 lebih aku keluar. Tgh hujan lebat pulak tu. Memang drama habis. Sejak tu, aku tinggap dengan supervisor aku.

Tapi alhamdulillah, aku berkeras jugak balik rumah lepas tu. Walaupun nenek aku tak bercakap. Kadang dia kunci rumah tak bagi aku masuk. Aku balik jugak. And dia trima aku balik. Walaupun sama macam dulu, tapi aku rasa aku kena balas jasa nenek aku jaga aku dari kecik.

Cuma… Sekarang aku dah nampak kifarah buat mak saudara aku. Bukan aku nak bahagia, cuma aku nampak. Dia sekarang langsung tak bahagia. Macam² masalah dia dapat. Dari rumah ke tempat kerja. Masalah hutang yg tak selesai. Dengan anak dia yang ada penyakit. Suami tak bertanggungjawab.

Nasihat aku, kpd pihak yang jaga anak yatim ni. Tolong la. Jaga diorang macam jaga anak korang sendiri. Hargai usaha diorang nak bahagiakan korang semua. Jgn pilih kasih. Dan paling penting, jgn makan duit anak yatim. Banyak yg aku nak luah tapi aku takut korang semua bosan baca citer aku ni. Sekian.