Tunang buat hal. Lagi seminggu nak nikah saya terpaksa buat keputusan batalkan perkahwinan dengan Azam.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah sedikit sebanyak yang telah di luahkan oleh penulis. Mari ikuti kisah yang sebenarnya di bawah.

Apa yang ingin saya kongsikan ini mungkin agak menjengkelkan ataupun sudah biasa kita dengar. Sebenarnya saya tak tahu nak mulakan macam mana atau bagaimana terjadinya bila saya batalkan majlis perkahwinan saya sendiri lebih kurang 3 minggu sebelum majlis tu berlangsung.

Saya kenal Azam (bukan nama sebenar) hampir 10 tahun dalam tahun 2009, sejak zaman sekolah lagi. Dia senior saya dan berkawan baik dengan sepupu saya, Dania (bukan nama sebenar). Azam selalu datang rumah Dania dengan kawan-kawan kelas yang lain untuk study group dan saya memang rapat dengan Dania sejak kecil dan selalu lepak dekat rumah dia sebab rumah kita orang dekat je.

Satu hari mungkin ditakdirkan saya jumpa Azam di rumah Dania dan Azam mula berminat nak berkawan dengan saya. Saya anggap dia macam kawan biasa je sebab jarak umur kami agak jauh. Azam tu dia 4 tahun lebih tua dari saya dan saya agak kekok untuk berkawan. Tapi sebab Dania selalu cakap dia lelaki yang baik, so saya kawan je mcm biasa. Sampailah Azam luahkan yang dia sukakan saya.
dan saya selalu jumpa dia kat rumah je.

Bukan dekat luar and keluarga saya pun dah kenal Azam. Keluarga saya ini agak tegas dalam bab berkawan dengan lelaki ni. Sampailah dia habis sekolah, kami jarang berhubung dan saya tahu dia dah jumpa orang lain. Yelah. Bila dah sambung belajar, macam macam orang awak akan jumpa kan. Saya percaya dan saya biarkan sahaja. Benda dah boleh agak kan. Dan saya tak mengharapkan apa2 dalam hubungan ni.

Saya masih muda dan jauh lagi perjalanan. Dipendekkan cerita, selepas 9 tahun kami tak berhubung kami ditakdirkan bertemu semula. Azam menyatakan hasrat untuk memperisterikan saya. Dia bekerja di Sarawak dan saya bekerja di Selangor.

Lepas dia luahkan untuk berkahwin, kami balik ke kampung (Johor) pada Disember 2018 dan dia bawa saya berjumpa dengan keluarganya. Pada masa itu semunya berjalan dengan lancar. Keluarga dia sangat baik dan menerima kehadiran saya. Kami bertunang pada Februari 2019 dan merancang untuk bernikah pada Julai 2019.

Semua berjalan dengan baik, sehinggalah sebulan sebelum majlis (Jun 2019), Azam buat pengakuan pada saya yang dia ada bertemu dengan perempuan lain, Saya namakan dia Syafika. Saya memilih untuk bertenang dahulu, dan tidak membuat keputusan terburu-buru. Azam bercerita pada saya tentang Syafika. Mereka berkenalan pada bulan April 2019. Ya, pada bulan puasa waktu itu.

Azam beritahu bahawa Syafika berasal dari Sarawak, bekerja sebagai seorang guru sekolah, dan dia merupakan bekas pelajar sekolah agama. Saya tanya Azam, apa tujuan dia meluahkan semua ni pada saya? Dan dia mengaku yang dia tak dapat nak tinggalkan Syafika dan pada masa yang sama dia tak nak lepaskan saya. Sehinggalah saya menyatakan hasrat untuk membatalkan majlis jika benar dia tak mampu meninggalkan Syafika.

Azam mengugut untuk bunh diri jika saya batalkan majlis. Dan waktu tu saya tak tahu apa yang sepatutnya saya buat. Saya berhubung sendiri dengan Syafika. Syafika juja mengaku, dia yang cuba dapatkan Azam. Dia yang luahkan perasaannya pada Azam yang dia sukakan Azam.

Dia juga mengaku bahawa dia yang buat Azam ragu-ragu untuk berkahwin dengan saya tetapi Azam tetap mahu meneruskan juga perkahwinan kami. Syafika menyatakan pada saya, bahawa dia akan lepaskan Azam tetapi jika Azam berani berjumpa dengan walinya, dia akan terima. Dan saya tidak menyatakan apa2.

Saya hanya mengiyakan kata2nya. Syafika ada mengatakan bahawa sepanjang bulan Ramadan, mereka selalu bersaing untuk bangun malam dan melakukan solat istikharah. Dan jawapannya dari solat istiharah tu Syafika mimpi Azam, dan Azam mimpi Syafika.

Setelah itu, saya bertanya pada Syafika, jika itulah jawapannya, kenapa Azam masih tak nak lepaskan saya? Jawapannya, sebab KESIAN. Kesimpulannya, saya kena terima bahawa ada orang lain dalam hati Azam dan kemungkinan besar Azam akan bernikah dengan Syafika setelah dia menikahi saya. Saya mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan bertemu ibu bapa Azam yang saya panggil mama dan abah. Saya luahkan segalanya.

Saya maklumkan pada keluarga saya juga. Dan mereka meminta saya untuk buat keputusan sebaiknya. Saya bersyukur, keluarga saya tidak memberi tekanan kepada saya. Walau apa yang dilakukan Azam cukup menyakitkan hati, tetapi mereka tetap meminta saya doakan yang baik2 saja buat Azam.

Mak usu meminta saya untuk istikharah dan sepanjang itu saya tidak berhubung dengan sesiapa untuk mendapatkan jawapan yang sewajarnya selain drpd berbincang dengan keluarga saya serta keluarga Azam. Sehinggalah saya membuat keputusan untuk menangguhkan majlis yang hanya tinggal beberapa minggu saja lagi. Keluarga saya memaklumkan pada keluarga Azam.

Dan mereka menerima keputusan saya dengan baik walau kami semua terluuka dan kecewa. Betapa hancurnya hati mama dan abah atas apa yang terjadi. Ya. Kenapa terlalu lama masa yang saya ambil untuk buat keputusan? Kerana banyak maruah yang terlibat. Saya perlu fikir apa kesannya jika saya buat keputusan terlalu cepat since kesihatan mama kurang baik sehingga kini.

Dan demi kebaikan saya serta yang lain, saya tangguhkan majlis. Dalam erti kata lain, saya batalkan majlis. Alhamdulillah, sehingga kini, hubungan keluarga saya dan keluarga Azam dalam keadaan baik. Saya masih menziarahi mama dan abah jika saya pulang ke kampung.

Saya sudah anggap mereka seperti ibu bapsaya sendiri. Azam, sejak abah memberitahu dia yang saya batalkan majlis, dia tak dapat terima keputusan saya dan bertindak mendiamkan diri sehingga kini dan tidak pulang walau untuk bertemu mama dan abah. Dia menghiina saya perempuan yang tidak baik dan tidak menerima semua yang terjadi.

Dan menyatakan saya pentingkan diri sendiri. Sampai satu hari Azam memberitahu pada saya bahawa dia hanya perlukan masa untuk meninggalkan Syafika. Tetapi bukan itu yang dia nyatakan pada awalnya kepada saya. Untuk Syafika, jika awak ada baca luahan hati ini, saya sudah lepaskan dia. Saya tidak akan berjuang untuk orang yang tidak mahu berjuang.

Dia selalu kata awk perempuan yang baik, jadi terimalah dia sebaiknya. Walau mama abah tidak merestui kalian, itu bukan atas kuasa saya. Saya tidak pernah menyerang awak, instead awak menyerang saya dengan mengatakan saya tak pandai jaga tunang saya.

Saya masih simpan semua mesej awak, semua penghinaan yang kalian lemparkan ke atas saya walau pada hakikatnya, maruah saya yang tercalar. Bukan saya jika awak anggap saya akan menyerang awak. Saya bukan begitu. Jika dia berpaling, saya akan meningggalkan. Keputusan ni berat.

Sangat berat, tetapi saya tidak mahu menanggung risiko ditinggalkan suatu hari nanti. Jodoh itu rahsia Allah. Dan Allah sudah menyelamatkan saya daripada hubungan toxiic ini. Saya sayangkan dia. Tak pernah saya tinggalkan namanya dalam setiap doa saya.

Tapi bukan dia yang terbaik. Semoga kalian bahagia dunia akhirat. Dan semoga mama dan abah merestui kalian. Buat ‘orang ketiga’ di luar sana, kalian bukan hanya menghancurkan satu hati, bukan hanya mencalarkan maruah seorang manusia, tetapi kalian telah menghancurkan hati serta mencalarkan maruah setiap insan yang menantikan penyatuan ini. Sekarang saya dalam process untuk melanjutkan pelajaran. Mohon kalian doakan segala urusan dipermudahkan.

Saya yakin dengan hikmah Allah yang indah. Ada yang lebih baik yang Allah persiapkan untuk saya. Buat kalian yang sedang kecewa, yakinlah dengan rahmat Allah. Jika bukan dia yang terbaik, lepaskanlah. Jangan bersedih terlalu lama, Allah itu ada. Dia maha Melindungi. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca luahan ini. Moga Allah merahmati kita semua. Aamiin.

– Nad (Bukan nama sebenar)

Artikel didalam cerita ini telah di olah semula dan nama-nama di dalamnya telah di ubah bagi mengelakkan indentiti sebenar. Semoga cerita ini menjadi pengajaran kepada semua.